Ahad, 11 Disember 2011

KONSPIRASI BALAS DENDAM ........???

Tak Sehati Sejiwa
Kononnya ketidakcukupan pencalonan menyebabkan Dr Hassan Ali mungkin tidak dicalonkan sebagai calon dalam PRU13. Kenyataan yang dipetik daripada beberapa blog .... "Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Kalau diimbas kembali perbalahan dalaman berlaku di antara Dr. Hassan Ali dan Shaari Sungip serta Khalid Samad yang dipecat dari jawatan masing-masing pada tahun 2008 ketika Dr. Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Baca di sini. Juga di siniDan di sini

'Ayam' yang dipecat oleh Hassan Ali
Peluang untuk menyingkirkan Hassan Ali terbuka luas apabila Hassan Ali tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kapar, Dr Haji Abd Rani Othman, yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Meru telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor bagi sesi 2011/2013 menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Haji Hasan Mohamed Ali. Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru telah melantik semula Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya III dan Shaari Sungip sebagai Ketua Penerangan PAS.

Ekoran dari perubahan organisasi PAS Selangor, Hassan Ali tidak memegang apa-apa jawatan di dalam PAS Selangor. Beliau hanya menduduki jawatan exco PAS pusat sahaja. Isu-isu yang berkaitan agama Islam yang lantang dipertahankan oleh Hassan Ali tidak disukai oleh 'orang-orang PAS' sendiri. Hassan Ali telah menjadi duri dalam daging bagi PAS dan rakan-rakan PAS.

Kontroversi demi kontroversi yang dicetuskan oleh Hassan Ali ibarat pucuk dicita ulam mendatang bagi kedua-dua musuh Hassan Ali untuk menyingkirkannya dari arus perdana parti PAS Selangor. Pendapat dan tindakan Hassan Ali yang tidak selari dengan arus kepimpinan PAS Selangor telah meletakkan nama Hassan Ali di dalam senarai orang yang tidak dikehendaki oleh parti.


Sama ada benar atau tidak, sama-samalah kita lihat dalam masa terdekat ini, adakah konspirasi ini adalah benar atau hanya agenda UMNO seperti yang diperkatakan oleh PAS.

Apakah ada kemungkinan Hasan Ali bakal meninggalkan PAS dan bertanding sebagai seorang calon bebas di kerusi DUN Gombak Setia? Atau beliau akan menyertai Umno?

Wallahua'lam .......

0 ulasan: