Rabu, 30 November 2011

UMNO TAK PERLUKAN BLOGGER DAN FACEBOOKER LAGI .........?


PM sahaja yang menghargai blogger dan facebooker.

Nampaknya urusetia penganjur perhimpunan tak fikir tentang betapa pentingnya blogger dan facebooker pada persidangan ini. Patutnya diberikan satu ruang atau kawasan khas utk bloggers , paling tidak berikan mereka kebebasan utnuk bergerak mencari modal cerita untuk menghangatkan dan memantu kempen demi umno dalam persidangan ini .

Belum apa-apa, sudah terkeluar cerita tentang seorang urusetia bernama Nasri yang berlagk seolah 'bos' besar menghalau dan mengherdik bloggers , apa jadi ?
PM Najib bekerja keras untuk mendekati bloggers, orang bawah Najib pula berlagak pada bloggers!

Blogger dan facebooker bantu UMNO secara sukarela untuk mengikat emosi dan sokongan pengundi, orang UMNO pula menunjuk sombong seolah-olah tak perlukan bloggers!

Perkara ini patut disampaikan kepada PM!!! Biar PM tahu apa berlaku diperingkat bawah!!

UMNO terlalu mengharap media massa Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, TV1, 2, 3, 7, 8, 9 sahaja sebab media ni ada kepentingan periuk nasi mereka. Takkan dana nak salur pada bloger pulak. UMNO cume pandang bloger dan facebooker ni ibarat 'backup' masa terdesak dan nak Free Of Charge (FOC) je Kadang-kadang aku terkilan juga. Kenapa kata nak berjuang tapi tidak serius. Adakah mereka buta IT. Sesetengah mereka ada website, blog, FB atau Twitter. Itu pun mungkin upah orang tolong buat. Silap haribulan upah orang juga untnk update... tolonglah maju wahai UMNO.

Masalah bukan pada DS Najib. DS Najib memang dah kuat sangat bekerja kerana dia tahu dia jadi PM dalam zaman sakit. Penyakit kronik yang diwariskan oleh Tun Abdullah. Masalah sebenar adalah pada orang-orang UMNO diperingkat bawahan yang lebih sudu dari kuah, jenis yang kuat mengampu.... telan kejap.. lepas tu lupa segala..jenis bila pemimpin berucap.. bersorak sorai.. pastu tak ada buat tindakan apa-apa.... DS Najib dah sedar kepentingan cyber troopers... cuma banyak sangat 'Little Emperor' yang tak berguna di bawah dan tak faham-faham nak melaksana aspirasi DS Najib tu...

Walaupun DS Najib kata blogger dan facebooker adalah askar BN/UMNO tapi orang UMNO hanya beranggapan blogger dan facebooker hanya bertaraf prebet yang hanya layak duk dikaki-kaki lima Dewan Merdeka atau tepi-tepi jalan sahaja. Tidak ada apa yang ada pada prebet tepi jalan ni.

Ada orang kata kalau tak dapat masuk dalam pun boleh dapat berita juga. Di luar dewan disediakan tv atau skrin besar yang menyiarkan semua perbahasan dalam dewan. Boleh dapatkan berita untuk tulis berita dalam blog atau FB masing-masing.

Bagaimana kalau blogger dan facebooker yang pro BN/UMNO beralih angin kepada pembangkang .........??

Gajah belum tentu mengalahkan semut tetapi semut-semut kecil boleh membunuh seekor gajah yang besar. Fikir-fikirkanlah ..........

0 ulasan: