Sabtu, 20 Ogos 2011

Dulu Ali Setan ...... kini Pendakwah Setan .......???


SUBANG – Tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan selain menyindir dan memperlekehkan institusi diraja dalam tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu malam kelmarin.

Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam.
Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih.

Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya ALLAH.

“Selain itu, dia turut melabelkan kerajaan sebagai kafir kerana mengamalkan undang-undang kafir. Menghina Rukun Negara dan menuduh sekolah kerajaan mengikut acuan kafir selain mendakwa tidak wujud sekolah agama Islam yang sebenar di negara ini,” katanya.
Paling mengejutkan, kata Shafie apabila artis itu berulang kali mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh.

“Ini yang menyebabkan semakin ramai orang meninggalkan masjid kerana tidak berpuas hati dengan kata-katanya yang sangat kesat dan menghina itu,” katanya.

Shafie berkata, seorang warga emas turut menjadi mangsa kritikan artis itu apabila pertanyaannya sama ada tazkirah itu sebenarnya program ceramah politik.
“Penceramah itu mempertikaikan solat, zakat dan haji warga emas berkenaan yang menurutnya jadi sia-sia kerana menegur perbuatannya,” katanya.

Ditanya siapa yang me-ngundang artis itu dipercayai tidak mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk berceramah, Shafie mengakui dia tidak tahu.

“Saya pun tak sangka sampai begitu sekali,” katanya.

.......... Sudah berak tak mau mengaku pulak ........

........ Bekas pelakon popular, Azmil Mustapha, 60, atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’, menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.

Azmil berkata, maklumat tersebut langsung tidak berasas dan disalah ertikan oleh pihak yang membuat laporan polis.



::::: Lu sudah berak sana Kampung Melayu Subang ...... lu tarak mau mengaku ada berak ...... orang kampung bukan bodoh ...... lu punya berak, apa yang keluar dari lu punya mulut taik mereka sudah rakam ..... apa lagi lu mau nafi .......

Baca lagi di sini ......

http://www.pribumiperkasa.com/?p=6473
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/08/ali-setan-tampil-buat-kenyataan-ekoran.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AliSetan_didakwahasutkariah/Article
http://suarabawahtanah.com/2011/08/20/laporan-polis-terhadap-azmil-mustapha/
http://www.dapurkakjee.com/2011/08/apabila-ali-setan-tuduh-melayu-bodoh.html

0 ulasan: