Khamis, 23 Jun 2011

DAP telah menjadi lebih Islam hasil didikan PAS .........??


Gampang betul si laknat nih .......

1. Masuk rumah orang Melayu tak buka kasut ..... tak hormat langsung adat Melayu. Kalau tuan rumah tu masih nak sokong laknat tu ...... baik simpan je tulisan dalam frame yang tergantung kat dinding tu ...... jangan cemarkan kesucian nama itu .......

2. Punyalah kurang ajarnya mereka ..... hadir sidang DUN tak pakai pakaian rasmi perasmian sidang DUN ....... mana tok guru mereka ..... apa ulama PAS buat selama ni ...... kata dah berjaya mentarbiahkan laknat2 ni .....

Dipetik dari malaysiakini

Dewan Pemuda PAS kesal dengan sikap beberapa ADUN Sarawak dari DAP yang tidak memakai pakaian rasmi untuk majlis perasmian sidang dewan undangan negeri semalam dengan alasan pemakaian songkok adalah bercirikan Islam.

“Kami merasakan perbuatan tersebut tidak mencerminkan kekitaan yang terdapat di dalam perlembagaan negara yang menghormati antara satu sama lain.

“Walaupun perkara ini berlaku di Sarawak, kami amat kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah sokongan rakyat terutama bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat selama ini.

“Kami dengan ini mendesak agar majlis tertinggi Pakatan agar memberikan pemahaman terhadap ADUN tersebut agar tindakan ini tidak akan berulang lagi,” kata naib ketua, Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Yang itu ok lagi, yang dibawah ini saya ketawa terguling-guling membacanya sampai terkeluar muntah hijau.

Pemuda Pas kata,

PAS melihat kegagalan ADUN berkenaan menyarungkan songkok dan berbaju rasmi persidangan adalah kerana gagalnya UMNO dan BN dalam mendidik rakyat bagi memahami budaya adat resam orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

Hahahahahahahahahaha.....................

Nampak gayanya mereka-mereka ini memang fobia dengan UMNO. Siang malam UMNO sering menghantui hidup mereka. Ada kalanya tidur malam pun tersedar dalam keadaan berpeluh-peluh kerana termimpikan UMNO. Di Sarawak UMNO bukannya ada pun, tapi UMNO juga yang kena.

Punyalah hebatnya UMNO, sampaikan Adun DAP yang tidur sebantal dengan Pas tak pakai songkok pun UMNO juga yang disalahkan. Katanya mereka dah berjaya mentarbiahkan DAP .......

Kenyataan demi kenyataan bangang yang dikeluarkan Pas kebelakangan ini adalah sebagai isyarat Pas akan berkubur tidak lama lagi.

0 ulasan: