Jumaat, 10 Jun 2011

DAP menang besar ....... ulama PAS terjun longkang .......


Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim tersenyum lebar sambil menikmati teh tarik sambil berborak-borak kosong di kedai mamak ....... lebih nikmat lagi dengan aroma roti canai dicicah dengan kuah kari campur sambal.

Mereka begitu gembira kerana mereka telah memiliki satu pasukan tentera sukarela yang akan berjuang bermati-matian untuk mempertahankan mereka daripada serangan BN/UMNO .......
 
 
Kata Tun Mahathir ..........
 
Dalam pertandingan tentu ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan jarang menghasil keputusan "Menang Menang", dengan semua yang bertanding berjaya. Demikianlah juga Muktamar PAS yang baru lepas - terdapat yang menang dan yang kalah.

Katanya yang kalah ialah puak ulama. Yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Syabas.

Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan.

Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS - iaitu mendiri negara Islam. Dengan begitu mudah asas ini digugurkan.

Kenapa? Kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khusus Karpal. Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.

Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.



Kematian perjuangan 'Negara Islam' ....... berkubur bersama omong-omong kosong dan perjuangan palsu parti yang bertopengkan Islam .......

Sedutan ucapan penggulungan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang

............. “Kita tidak terikat dengan individu tertentu. Kita kerja bersama-sama.... Bukan pemimpin yang membuat perubahan, perwakilan yang membuat perubahan.

“Strategi kita berubah, tetapi dasar, matlamat dan acuan kita tidak berubah,” katanya yang ‘terlupa’ sehari sebelum itu baru saja mengubah prinsip utama perjuangan PAS, dari matlamat mewujudkan sebuah negara Islam, kepada sekadar memiliki negara kebajikan.

Kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden Pas ini sudah pasti membuatkan pemimpin pakatan pembangkang lain — DAP dan PKR — menarik nafas lega kerana sikap berhati-hati kumpulan ulama dan terus bersandar kepada perjuangan menegakkan syariat Islam sering menimbulkan masalah kepada mereka.

Walaupun kepemimpinan utama masih dipegang Hadi dan Mursidul Amnya, Datuk Nik Aziz Che Mat, umum mengetahui kedua-dua pemimpin ini terutama Nik Aziz amat mudah dipujuk untuk mengeluarkan sebarang “fatwa” yang boleh mengelirukan rakyat.

Justeru, tidak kiralah apa yang ingin kita panggil perubahan lantang dalam kepemimpinan PAS kali ini — tsunami Erdogan, kemenangan kumpulan profesional atau lenyapnya suara ulama — yang paling penting Mat Sabu dan rakan-rakannya “Erdogan” sudah menang.

Impak lebih besar susulan daripada kemenangan ini terutama kepada — kepemimpinan ulama PAS, prinsip dan hala tuju parti, perubahan corak dan strategi politik PAS — akan menjadi perhatian pemerhati politik.

Dunia politik Malaysia dijangka menjadi lebih kronik dengan kehadiran mereka. DAP dan PKR dijangka memulakan strategi agresif bersama barisan kepemimpinan baru PAS ini untuk melancarkan “serangan” menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.

Umno dan Barisan Nasional (BN) akan diheret dalam dilema kemelut politik lebih “kasar”. Drama politik negara yang tidak kunjung padam sejak PRU1, dijangka semakin panas selepas ini.

Berita Harian

0 ulasan: