Rabu, 19 Oktober 2011

Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut

Mustaffa bin Mat Arof bersama Syed Hamid
JR telah menerima panggilan telefon daripada Sdr. Mustaffa bin Mat Arof pada 16 Oktober 2011 kira-kira pukul 12.45 petang sejurus tiba di rumah dari Kuala Lumpur kerana menghadiri Program Himpunan Penulis Maya 2011 Bersama Perdana Menteri di KL International Hotel. Beliau menjemput ke Rest House Jerantut bagi memikir dan merancang suatu idea bagaimana untuk menyatukan pengamal-pengamal media maya ini tanpa mengira fahaman politik. 


Dalam masa yang singkat kami dapat mengumpulkan tujuh orang pengamal media maya (blogger dan facebooker) untuk berbincang dan merancang aktiviti. Perjumpaan tersebut diadakan di Rest House Jerantut kira-kira pukul 4.30 petang dan berakhir jam 6.40 petang. 

Hasil dari perbincangan tersebut, persetujuan telah dicapai untuk merancang menghimpun semua pengamal-pengamal media maya (Blogger, Facebooker dan Twitter) dengan tujuan untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat, pandangan atau idea. Bagi memeriahkan lagi perjumpaan tersebut, blogger-blogger terkenal juga akan djemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. 

Majlis tersebut dijangka akan dirasmikan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut. 

YBM Tengku telah melantik sdr. Mustaffa sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut untuk mengendalikan media baru Jerantut. Beliau juga adalah Pengerusi MAYC Kebangsaan. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di Persatuan Francais Malaysia. Mustaffa Mat Arof berkelulusan degree economics dari UUM. Pemegang Master in Information Technology dari UKM. 

Mustaffa Mat Arof segera mengambil langkah mengadakan pertemuan dengan bloggers, Facebookers, Twitters Jerantut. 

Melalui perjumpaan ini diharapkan dapat dikumpulkan seberapa ramai yang mungkin pengamal-pengamal media maya setempat.




Biro Media Baru Jerantut yang diketuai Sdr. Mustaffa bin Mat Arof menjemput semua penulis-penulis maya (blogger, Facebooker dan Twitter) hadir ke Majlis Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut. Majlis tersebut akan diadakan pada 26 Oktober 2011 jam 4.30 petang di Rest House Jerantut.


**** Kepada penulis-penulis maya Jerantut, sila sebarkan kepada sahabat-sahabat penulis maya Jerantut untuk hadir ke majlis tersebut.

0 ulasan: