Selasa, 6 September 2011

PAS TERPAKSA KORBANKAN MAT SABU ......... ???


Mustaafa Ali nih betul2 atau tak nak lehernya terbelit sekali dengan temberang Mat Sabu. Orang PAS sekarang baik yang ulama ke, tak ulama ke sama je ....... tak ada beza. Demi kuasa dan keduniaan mereka sanggup lakukan apa saja ....... berbohong, fitnah, memaki, mencarut atau bekerjasama dengan musuh-musuh Islam.

Tak macam kebanyakan pemimpin PAS lain yang masih nak tegakkan benang yang basah.
Demi sayangkan undi kafir .......... tipu pun tak apa ....... sebab cogan kata mereka 'WAL HARAM MU WAL HALAL KU' yang bermaksud HARAM bagi kamu tetapi HALAL bagi aku .......... contohnya : UMNO berkawan dengan kafir MCA dan MIC jadi kufur tetapi PAS berkawan dan berkasih-kasihan dengan kafir DAP tidak kufur .........
PAS Akur Umno Perjuang Kemerdekaan Tapi Yang Lain Turut Sama KUALA LUMPUR: PAS, pada Selasa menegaskan bahawa parti itu menolak ideologi dan perjuangan komunis dan pada masa yang sama menerima hakikat bahawa Umno memang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Berbeza dengan kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebelum ini, Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat Pas di ibu negara bahawa parti itu tidak menafikan bahawa Umno memperjuangkan kemerdekaan.


Mustafa berkata, terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi menolak British dan cara 'peaceful cooperation' (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.

"Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan Umno. PAS juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis.

"Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris," katanya.

Mustafa berkata, kenyataan hari ini adalah pendirian rasmi PAS selepas meneliti kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas yang antara lain dipetik sebagai berkata bahawa Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah polis penjajah British.

Sementara itu Mohamad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata nama Tunku Abdul Rahman dan Onn Jaafar wajar diletakkan sebagai tokoh pejuang kemerdekaan, tetapi tambahnya perlu disertai dengan nama-nama pejuang yang lain.

Mohamad berkata, polis juga sudah memanggilnya untuk memberi kenyataan dua hari lepas berhubung kenyataannya di Tasek Gelugor itu.

Sebelum ini, lebih 500 laporan polis dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pihak, terutama bekas anggota pasukan keselamatan negara, yang marah terhadap kenyataan kontroversi oleh Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis sebagai hero. - BERNAMA

Untuk pengetahuan Mustafa Ali dan ulama-ulama PAS, Kerajaan tidak pernah menidakkan sumbangan pihak lain yang sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan kecuali komunis yang sememangnya ada agenda lain.

Sejarah mengenai perjuangan pihak lain ada dimuatkan dalam buku Memori pejuang bangsa yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan.




Kepada Mat Sabu, cukup-cukuplah membohongi rakyat kerana kenyataan rasmi PAS sendiri yang membongkar pembohongan anda.

*Mat Sabu Kena Checkmate Dengan Partinya Sendiri. Mungkinkah ada pergolakan dalaman PAS lepas ni?
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/9/6/mstar_berita/20110906185015&sec=mstar_berita

0 ulasan: