Tak jijik ke orang tua ni pakai baju ada logo 1 Malaysia.........
Pasal apa dia sanggup datang dari jauh ke Pekan, Pahang ...... MB Terengganu tak ada pun ...... dia nak apa daripada Najib .......
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Biarpun dipertahan oleh Datuk Seri Najib Razak, namun Pakatan Rakyat yakin dan percaya bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri itu sememangnya agenda politik Umno BN.
Semalam, Najib menegaskan konsep 1 Malaysia bukan alat politik BN tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara. Pandangan sama turut dikongsi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa 1Malaysia bertujuan merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik.
Kedua-duanya berkata demikian sebagai menjawab tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada semua iklan di papan tanda di seluruh negeri itu kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik BN. Biarpun alasan yang diberikan mereka itu dirasakan konkrit, namun bagi Pakatan Rakyat, ianya hanya kenyataan 'mulut manis' pemimpin Umno itu yang sama sekali bercanggah dengan realiti amalan mereka.
Beliau turut mempersoal, jika benar Umno mengamalkan semangat 1Malaysia, kenapa Umno masih bersikap double standad dalam banyak hal terhadap Pakatan Rakyat. "Jabatan Pelajaran larang sekolah di Kedah gantung gambar Menteri Besar (Datuk Seri Ust Azizan Razak), habis kenapa Umno bising tentang lambang 1Malaysia.
"Mereka larang semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat masuk sekolah, tetapi kenapa Umno boleh?" katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa sambil mempersoal adakah itu konsep sebenar 1Malaysia Najib. Selain itu katanya, matlamat 1Malaysia untuk membangunkan negara tidak lebih dari slogan politik semata-mata.
Ini kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan.
"Mengapa Ahli PR dinafi peruntukan? Kenapa Pimpinan PR tidak boleh masuk sekolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah?
"Jelas, 1Malaysia adalah politik," katanya.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30025:pas-1malaysia-memang-alat-politik-umno-bn&catid=1:utama&Itemid=50
Dr. Lo' Lo' ..... aku nak tanya sikit la ..... YB-YB BN di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah :
1. Mereka diberi peruntukan YB oleh MB PAS, MB Keadilan atau MB DAP?
2. Mereka diberi kebenaran menggunakan kemudahan-kemudahan kerajaan negeri PAS, PKR dan DAP?
3. Mereka dijemput hadir ke majlis-majlis rasmi kerajaan negeri PAS, PKR dan DAP?
0 ulasan:
Catat Ulasan