Sabtu, 30 Julai 2016

KALAU SUBSIDI TAK DITARIK BALIK ......



Siapa sebenarnya yang dapat subsidi kerajaan paling banyak?

Orang kaya memiliki kenderaan tidak kurang daripada 4 buah. Kenderaan milik mereka pula mempunyai tangki petrol yang kapasitinya besar. Ada yang sehingga 70 - 100 liter.


Orang kampung pulak hanya memilik sebuah motosikal. Ada juga yang hanya memiliki basikal sahaja. Malah ada juga yang tidak memilik kenderaan langsung. Kapasiti tangki petrol motosikal cuma antara 4 - 6 liter sahaja.

Jika berlaku kenaikkan harga dunia makan kerajaan akan menaikkan harga minyak petrol dan disel. Jika kenaikkan 1 liter 5 sen dan disubsidi oleh kerajaan, siapa yang dapat paling banyak dan siapa yang dapat sedikit atau tak dapat langsung?

Orang kaya isi 70 liter dapat subsidi sebanyak RM3.50. Orang kampung sekali isi 4 liter dapat subsidi 20 sen. Orang kampung yang tak ada kereta atau motosikal tak dapat apa2 subsidi.

Kalau sebulan 10 kali isi full tank, orang kaya dapat subsidi RM35.00. Orang kampung dapat subsidi cuma RM2.00 sahaja.

Ada orang kampung yang pakai motosikal isi minyak penuh tangki 100 liter sebulan?

Kalau setahun, orang kaya dapat subsidi RM420.00. Orang kampung dapat RM24.00.

Bayangkan orang kaya yang ada 30 - 40 buah lori balak, berapa banyak subsidi yang mereka nikmati?

Ini baru minyak belum yang lain2 seperti tepung, gula beras, minyak masak, gas memasak dan lain2 barang keperluan harian yang disubsidi oleh kerajaan. Kerajaan terpaksa tanggung subsidi lebih daripada RM30 billion setahun.

Siapa sebenarnya yang untung dan banyak dapat subsidi ....?

Bila kerajaan tarik balik subsidi minyak, orang kampung sama ada yang ada atau tiada memiliki motosikal dapat BR1M RM1,000.00. Orang kaya tak dapat BR1M sebab mereka tak layak sebab mereka banyak duit.

Rakyat nak yang mana dapat subsidi minyak RM24.00 setahun atau BR1M RM1,000.00 setahun ....?

Isu subsidi dimainkan kerana orang2 kaya yang selama ini menikmati subsidi besar tetapi hari ini mereka sudah tidak menikmati subsidi. Wang mereka susut kerana terpaksa bayar penuh sebab sudah tiada subsidi.

Pembangkang sudah 'jemput' US ....



Mungkinkah tentera kafir sudah bersedia 'menghadiri' jemputan pengkhianat-pengkhianat negara
untuk menjajah dan merompak segala khazanah negara kita? 

Jabatan Kehakiman dan Peguam Negara US sudah punya alasan untuk menceroboh Malaysia. Pihak pembangkang sudah menjemput mereka. Mereka ada alasan datang ke sini untuk menangkap 'Malaysian Official 1'. Mereka juga punya alasan untuk membebaskan rakyat Malaysia yang kununnya ditindas dan dizalimi oleh kerajaan sepertimana yang diwar2kan oleh pembangkang.

Sepertimana US mula menjajah Iraq dan Libya. US beralasan senjata berbahaya WMD (Weapon Of Mass Destruction), tapi sampai saat ini tak pernah terbukti. Pembangkang Iraq 'menjemput' US untuk menggulingkan Saddam Hussein.

Begitu juga di Libya pembangkang 'menjemput' tentera US dengan alasan kerajaan pimpinan Muammar Ghadafi menindas rakyatnya.

Tujuan sebenar mereka adalah untuk menguasai kekayaan minyak Iraq dan Libya.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal .....

SEKIRANYA Amerika Syarikat bertindak menyerang Malaysia sebagaimana terjadi pada Iraq dan Libya mampukah kita bertahan? Mereka akan datang atas permintaan sebahagian dari rakyat negara ini yang menyatakan mereka ditindas melalui sistem kehakiman korap dan tidak adil. Apa akan berlaku? Sebelum itu ingin dipersoalkan: Adakah itu yang kita mahu? Atau... Alang alang menyeluk pekasam...

Amerika sangat berminat untuk menguasai Malaysia kerana lokasinya yang strategik. Jika mereka dapat bertapak di Malaysia secara tidak langsung mereka dapat mengawal Laut China Selatan dan Selat Melaka yang menjadi laluan perdagangan terpenting antarabangsa. Mereka hanya menunggu peluang sahaja. Mereka menunggu 'jemputan' dari pihak pembangkang Malaysia sahaja.

Bersedialah wahai rakyat Malaysia jika kamu bersekongkol dengan pengkhianat 'menjemput' tentera kafir menjajah negara ini. Pastikan isteri dan anak2 perempuan kalian berada dilokasi yang selamat jika tidak mahu dirogol atau diliwat sepertimana yang tentera kafir lakukan terhadap wanita2 Iraq dan Libya.

Jangan hanya kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Akibatnya bukan sahaja nyamuk dan kelambu yang terbakar malah seluruh rumah musnah menjadi abu. Sudah berpuluh2 tahun negara yang jajah US huru hara yang seperti tiada kesudahannya.

Sudah aman dan selamatkah penduduk Afghanistan ...?
Sudah aman dan selamatkah penduduk Iraq ......?
Sudah aman dan selamatkah penduduk Libya ......?

Jika rakyat mahu seperti yang rakyat Afghanistan, Iraq dan Libya rasakan ..... teruskanlah bersama pembangkang 'menjemput' tentera US datang ke sini.

Mungkin ada yang ketawa dan suka ...... begitu jugalah betapa sukarianya rakyat Iraq dan Libya ketika mula2 tentera US menceroboh negara mereka. Namun akhirnya hingga hari ini tangisan dan kematian mengerikan bagai tiada kesudahannya.

TAK KEDENGARAN ORANG MAKI, CACI DAN CERCA DS NAJIB BILA GAJI NAIK ......



Sejak DS Najib menjadi PM tahun 2009 dia tak pernah sunyi dari makian, cacian, penghinaan dan fitnah. Marah benar mereka dengan Najib dan Rosmah.

Minyak naik maki Najib .....
Tol naik maki Najib .....
Bil letrik naik cerca Najib .....
Astro naik hina Najib .....
Tambang naik makin hamun Najib .....
Bila semua naik je mesti maki, cerca dan hina DS Najib ....

Tapi cuma satu je yang naik mereka tak maki DS Najib, mereka tak buat demo, tak buat bantahan, tak hasut rakyat benci Najib, tak buat fitnah ......

Patutnya mereka marah, panas hati dan akhirnya jatuh sawan bila gaji, elaun dan BR1M dinaikkan ....

Patutnya mereka tanya dari mana DS Najib dapat duit untuk naikkan gaji, elaun dan BR1M ....

Patutnya mereka bising sebab DS Najib guna duit rakyat untuk naikkan gaji, elaun dan BR1M .....

Patutnya mereka buat demonstrasi dan bantahan atau himpunan BERSHIT 9.0 untuk bantah DS Najib naikkan gaji, elaun dan BR1M .....

Tapi mereka senyap je macam tikus munduk tercekik. Mata terkebil2, mulut macam digam dan otak macam tak berfungsi.

Malah bilik2 pameran kereta penuh dengan pelanggan. Ramai yang menempah kereta baru. Baru 10 hari tempahan Perodua Bezza sudah mencapai 10,115 unit. 

Bila naik gaji tambah hutang. Tukar kereta baru, tambah kereta, renovation rumah, beli perabot baru, melancong ke luar negara dan sebagainya. Bila rasa susah akan salahkan kerajaan kerana tidak bela nasib rakyat.

MENYESAL KUNUN ......


Kalau dia cakap depan aku ..... bukan setakat aku tak simpati malah aku sepak dan ludah mukanya ....... 

“Saya menyesal kerana meruntuhkan patung itu. Saya mahu Saddam Hussein kembali. Walaupun beliau membunuh ramai ahli keluarga saya, tetapi beliau jauh lebih baik berban­ding ahli politik yang menguasai Iraq selepas pencerobohan AS." 

Untuk apa menyesal .... untuk apa menangis
semua itu sudah tiada gunanya
Lelaki terbabit, Kadhim Hassan Al-Jabouri, 58, turut menegaskan Iraq sememangnya berada dalam keadaan yang lebih baik ketika di bawah pemerin­tahan Saddam.

Malah beliau mahu bekas Presiden AS, George W. Bush serta bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dibicarakan kerana telah ‘merosakkan’ Iraq.

Bukan George W. Bush dan Tony Blair yang patut dihukum tetapi rakyat Iraq yang menjemput 'syaitan dan iblis' untuk menganyang negara mereka.

Buka setakat 'nasi sudah menjadi bubur' tetapi negara Kadhim Hassan Al-Jabouri sudah menjadi 'bubur' punah ranah hancur berkecai menjadi tanah perkuburan besar. Anak haram pun ramai yang dilahirkan oleh rakyat Iraq yang menjadi mangsa seks iblis dan syaitan. Menyesal sudah tiada gunanya. Tanggunglah derita sampai bila2 yang entah ada atau tidak penghujungnya bagi menikmati semula keindahan, kemewahan dan kesenangan yang dinikmati seperti sebelum perang.

Berpuluh tahun sudah berlalu namun keganasan
tidak pernah ada surutnya. Hari-hari nyawa terkorban
Inilah akibatnya bila rakyat mengikut telunjuk pembangkang yang gila nak berkuasa. Tak perlu menyesal atau menangis. 

Mungkin Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama jika rakyat tolol seperti Kadhim Hassan Al-Jabouri percaya dengan fitnah pembangkang dan Tun M.

Janganlah nanti bila Malaysia sudah jadi seperti Iraq dan Libya ada macai pembangkang menyesal macam Kadhim Hassan ..... kalau menyesal depan aku memang tapak kaki singgah kat muka la jawabnya.