Di dalam Al-Quran dan hadis telah diceritakan bagaimana di akhir zaman iaitu sewaktu hari kiamat hampir tiba, umat Islam ditindas habis-habisan oleh Yahudi laknatullah. Tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan umat Islam walaupun pada ketika itu orang-orang Islam terlalu lemah untuk berperang.
Namun selepas sekian lama umat Islam ditindas, akhirnya umat Islam akan bangun dengan kekuatan yang ada dan diceritakan dalam peperangan tersebut, umat Islam dapat menewaskan dan membunuh kaum Yahudi.
Pada ketika itu, umat Islam akan menentang Yahudi laknatullah secara besar-besaran. Orang-orang Yahudi ini akan berselindung di sebalik pokok-pokok dan batuan kerana takut akan dibunuh oleh umat Islam. Dengan kuasa Allah سبحانه وتعالى, pokok-pokok dan batuan akan segera memberitahu umat Islam bahawa terdapat Yahudi laknatullah yang sedang menyorok di belakangnya, tetapi sejenis pokok yang bernama ‘Gharqad’ atau ‘Pokok Yahudi’ iaitu sejenis pokok yang berduri bertindak sebaliknya.
Rasulullah ﷺ bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi:
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود, فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر, فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم, يا عبد الله, هذا يهودي خلفي, فتعال فاقتله .. إلا الغرقد, فإنه من شجر اليهود
“Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara ‘Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya.’ Kecuali Pokok Gharqad (diam tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.”
Jika dilihat daripada hadis di atas, kaum Yahudi akan berselindung di sebalik segala batuan dan pokok untuk menyelamatkan diri. Dengan izin Allah سبحانه وتعالى, pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang orang Yahudi yang berlindung di sebalik mereka, pokok Gharqad akan tetap berdiam diri dan bersekongkol dengan Yahudi serta tidak akan sama sekali memberitahu umat Islam jika orang-orang Yahudi bersembunyi di belakangnya.
Rupa Pokok Gharqad
Ramai yang tidak tahu dan keliru tentang bagaimanakah rupanya pokok Gharqad ini. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok krismas, pokok rhu dan ada juga yang menyatakan bahawa ia adalah pokok kaktus dan sebagainya.
Pokok Gharqad yang bakal digunakan oleh puak Yahudi untuk bersembunyi nanti, bukanlah di bawah pokok saka yang ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 kaki (seperti gambar utama di atas) tetapi di dalam rimbunan anak-anak pokok di bawah 7 kaki yang penuh duri.
Foto yang dipapar berikut, diharap dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad.
African Boxthorn atau pokok Gharqad
Pokok Gharqad dengan nama saintifiknya ‘Nitraria retusa’ dan sebahagian berpendapat ianya pokok ‘African Boxthorn’ dari keluarga ‘Solanaceae’ adalah sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Daunnya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja.
Galakkan Menanam Pokok Gharqad
Banyak sebaran yang menunjukkan bahawa pemimpin Zionis Yahudi menggalakkan kaumnya menanam pokok Gharqad di Israel yang kononnya sebagai cara terbaik untuk menunjukkan mereka mengambil berat bagi menghijaukan bumi.
Orang-orang Yahudi digalakkan menanam pokok tersebut bersama mesej peribadi melalui pelbagai kempen seperti untuk semua majlis, semasa menghantar setiap hadiah istimewa kepada rakan atau orang yang dicintai, sebagai suatu pesanan, sempena suatu pengakuan, kelahiran, Bar atau Bat Mitzvah, tamat pengajian, perkahwinan, hari jadi, ucapan cepat sembuh atau tanda ingatan kepada orang yang istimewa.
Dimaklumkan bahawa sebenarnya Bangsa Yahudi laknatullah giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di serata Negara dunia, terutama di setiap rumah tempat tinggal mereka di ‘Negara Haram Israel’ sebagai persediaan menghadapi tentera Islam dan supaya mereka dapat bersembunyi di sebalik pokok tersebut apabila tiba masanya kelak.
Dari hadis tersebut jugalah Rejim Zionis kini semakin giat merampas Tanah Negara Palestin dan sebahagiannya untuk ditanam dengan pokok Gharqad. Oleh itu, tidak hairanlah, projek menanam pokok ini dilakukan sejak 100 tahun yang lalu dan secara besar-besarannya bermula 1984 hingga sekarang. Yahudi percaya dengan hadis di atas, bahawa pohon gharqad akan melindungi mereka dari dikejar dan serangan pejuang Islam.
Di dalam laman web Jewish National Fund (JNF), terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana khas kebangsaan ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal. Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 250 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka menawan negara Palestin.
Sukan Olimpik
Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok yang sering ditanam di acara-acara besar dunia seperti Sukan Olimpik itu adalah pokok Gharqad iaitu lambang kepada bangsa Yahudi.
Bukti, pokok Olimpik London 2012 adalah lambang pokok Yahudi “Gharqad”
Replika pokok yang biasanya diletakkan di atas bukit dan kemudian ada ramai manusia keluar dari bawah pokok tersebut sebenarnya menunjukkan dengan jelas simbolik kelangsungan hidup Yahudi.
Tentera Israel
Pada ketika ini, tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menangkis serangan roket dari Semenanjung Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.
Pokok-pokok yang ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza berfungsi untuk menghalang pandangan pejuang Palestin yang ada di Semenanjung Gaza. Dengan itu diharapkan serangan roket Mujahidin akan menjadi tidak tepat.
“Dengan cara ini rakyat ‘Israel’ yang tinggal di sekitar Gaza lebih dilindungi dan selain itu juga boleh menikmati pemandangan hijau,” ujar salah satu pejabat tentera Israel, Brigjen Elkabetz, seperti dilaporkan Israel National News
Tentera Israel sendiri berkata ketika ini orang Yahudi di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak berlaku gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah penjajah Yahudi menggempur wilayah Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November 2012 lalu.
Puak Zionis Yahudi sangat yakin akan dapat mengalahkan seluruh umat manusia, khususnya umat Islam dan menjadi pemimpin dunia, namun di sisi lain mereka juga berlumba-lumba menanam Tanah Palestin yang mereka duduki secara tidak sah dengan pokok Gharqad. Maka kenyataan ini menjelaskan sesungguhnya mereka memahami hakikat hari akhir zaman, di mana mereka akan dikejar oleh umat Islam dan hanya pokok Gharqadlah satu-satunya tempat yang bersedia untuk dijadikan tempat berlindung.
Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi ﷺ, cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Walaupun Allah سبحانه وتعالى memberi tempat dan peluang kepada musuh paling utama umat Islam iaitu Yahudi laknatullah dengan wujudnya pokok Gharqad untuk mereka bersembunyi, tentu terdapat pengajaran betapa azabnya bersembunyi dalam tumbuhan berduri seperti mana kedahsyatan Pokok Zaqqum di neraka.
0 ulasan:
Catat Ulasan