Isnin, 18 Julai 2011

Padah akibat fitnah : Rais Senyum ...... Amizudin Sedih ........




Kerana pulut santan binasa ...... kerana fitnah terima padahnya ....

Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol seorang amah Indonesia terhadap menteri berkenaan. Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Pada 31 Januari lalu, Rais Yatim memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin Ahmat, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember lalu. Tulisan itu disiarkan dalam laman sharpshooterblogger.blogspot.com. Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais Yatim berumur 69 tahun, berkata kesemua perkataan dalam makalah itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau. Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia. Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais Yatim berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais Yatim, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Akhir tahun lalu, Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang Amizudin. Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya iaitu Rais Yatim. -Bernama.

Sedikit sedutan perbicaraan .........

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, Amizudin berkata sebelum menerbitkan artikel itu dalam blognya, beliau tidak membuat pengesahan tentang kebenaran artikel itu dengan Rais atau isterinya Masnah dan juga dengan bekas pembantu rumah Rais.

Muhammad Shafee : Sebagai penulis blog dan ahli politik yang bertanggungjawab, sebelum menerbitkan sebarang artikel yang menuduh orang lain melakukan sesuatu perkara, anda mesti siasat bukan. Tapi dalam kes ini sebelum anda terbit artikel itu, anda langsung tidak siasat perkara itu sehingga ke akar umbi untuk pastikan perkara itu benar?

Amizudin: Betul.

Bagaimanapun, beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah pergi ke Jakarta, Indonesia pada 18, 19 dan 20 Mei untuk mencari saksi selepas lima bulan beliau disaman oleh Rais.

Muhammad Shafee: Anda terbitkan artikel itu dahulu, baru nak buat siasatan?

Amizudin : Ya, betul, saya pergi ke Jakarta selepas saya kena saman.

Muhammad Shafee : Selepas anda kena saman baru pergi ke Jakarta, cari saksi.

Amizudin :Ya.

Kepada soalan Muhammad Shafee, bagaimana beliau boleh mengesahkan berita yang diterbitkan itu benar, Amizudin berkata beliau telah bertemu dengan Indah Utami, penulis laporan siasatan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Indonesia, Migrant Care, yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia di luar negara, yang telah menemu bual pembantu rumah itu.

Bagaimanapun, beliau gagal bertemu dengan pembantu rumah itu kerana tidak berjumpa rumahnya.

Katanya beliau pergi ke Jakarta bersama rakannya yang dikenali sebagai Cikgu Bad iaitu anggota PKR daerah Rembau atau nama penuhnya Badrulhisham Shaari dan seorang lagi yang beliau tidak ingat namanya.

Ditanya Muhammad Shafee adakah Cikgu Bad, boleh dikatakan sebagai musuh politik Rais, Amizudin berkata beliau tidak tahu, tetapi boleh dikatakan bukan kawan.

Beliau memberitahu bahawa artikel itu yang diterbitkan dalam laman blognya adalah "copy and paste" daripada artikel yang disiarkan dalam Harakah Daily berdasarkan siaran akhbar yang dibuat oleh Migrant Care pada 1 Ogos 2007.

Semasa pemeriksaan utama oleh peguam yang mewakilinya, Puspawati Rosman, Amizudin berkata beliau percaya artikel yang diterbitkan itu benar kerana dalam laporan siasatan oleh Migrant Care, nama Rais disebut sebagai bekas majikan pembantu rumah itu.

Apabila ditanya adakah wakil Migrant Care dan mangsa akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan, beliau berkata bahawa mereka khuatir untuk datang ke negara ini untuk memberikan keterangan. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/Raismenangsamaterhadappenulisblog/Article/

0 ulasan: