Selasa, 26 Julai 2011

Ahli Pas, tapi tak solat ........?

Oleh Herman Samsudeen
http://syukran.wordpress.com/2009/04/23/ahli-pas-tak-solat/




Solat merupakan tiang agama sebagaimana yang disebut oleh hadis Rasulullah s.a.w. iaitu,

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka ia telah meninggalkan agama.” (riwayat Al-Baihaqi).

Maka bila membaca perihal solat ini dan juga tingkah laku manusia yang beragama Islam maka sewajarlah ia menjadi kayu pengukur akan keislaman itu.

Baru-baru ini saya ditemui oleh beberapa orang sahabat yang mengadu perihal seorang sahabat satu Jamaah (Ahli Pas) yang tidak solat. Sedikit terkejut juga dengan berita itu kerana goyahnya tiang agama sahabat tu sekaligus bakal mengoyahkan pandangan masyarakat terhadap parti Islam.

Mahathir akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti ........



Jawapan kepada Nik Aziz ......

Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

MELAYU DAP KELUAR PARTI RASIS .......... ??



Kata orang tua-tua, 'kalau sesat jalan kembalilah ke pangkal jalan'. Begitulah yang terjadi kepada Mohamad Razali Abdul Rahman yang telah 'tersesat' ke dalam hutan cauvinis yang dpenuhi dengan belukar perkauman dan agenda tersirat. Menyedari akan agenda yang tersirat maka beliau telah kembali kepada perjuangan sebenar bangsanya yang mempertahankan hak bangsanya (bukan mengambil hak bangsa lain). Kini beliau telah berada di atas landasan yang betul bagi memperjuang dan memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu seterusnya mempertahankan bumi Malaysia tercinta. Lebih molek jika beliau menyertai wadah perjuangan Melayu yang didokong oleh parti keramat iaitu UMNO.

'KHALIFAH' didakwa mencuri...........???

        "siakap senohong gelama ikan duri
             bercakap bohong lama-lama jadi pencuri"


Betullah kata bidalan orang tua-tua dahulu, 'bercakap bohong lama mencuri'. Tabiat mencuri barangan peniaga telah dilakukan semula oleh orang-orang yang mempunyai tabiat suka bercakap bohong dan pencuri pada bulan Mac lalu berulang kembali. Yang jadi mangsa curi pulak adalah orang Melayu.

Kalau di barat ada Robin Hood yang tabiatnya mencuri, merompak dan menyamun dan harta samunannya diberikan kepada orang miskin. Tak kisahlah si Robin Hood tu sebab dia kafir, mana tau halal dan haram. Dalam agamanya pun (kalau la Robin Hood tu ada agama) tentu dilarang mencuri, merompak dan menyamun. Tapi dalam Islam dah tentu haram.

Selasa, 19 Julai 2011

Masyaallah ..........

Meleleh air liur ulama-ulama PAS bila nonton aksi mereka ....... kopiah entak ke mana ...... serban entah ke mana ....... hahahahahaha .................




HIBURAN merupakan fitrah dalam kehidupan. Sesiapa pun mahukan hiburan dan memerlukan hiburan. Hiburan adalah makanan batin. Islam sendiri tidak menghalang hiburan. Tetapi hiburan itu mestilah menempati syariah dan membawa maksud dakwah kepada manusia. Hiburan yang boleh memberi kesegaran jasmani dan rohani.Kalau hiburan kering dengan unsur-unsur dan peranan demikian ia merupakan hiburan yang batil dan akan membawa kemudaratan.

Peringkat awal Pas memerintah Kelantan segala bentuk hiburan bertentangan dengan syariah, yang mendedahkan kepada maksiat diharamkan. Segala konsert terbuka tidak dibenarkan diadakan. Larangan ini menyebabkan timbul sunggutan secara senyap oleh penggemar hiburan hedolisme.

Bukan itu saja, persembahan permainan tradisional Mak Yong, Dikit Barat dan Wang Kulit juga tidak dibenarkan pada awalnya. Larangan ini menimbulkan polemik dan kritikan oleh budayawan dan peminatnya. Tetapi kelonggaran akhirnya diberi, persembahan permainan tradisional itu dibenarkan selagi ia tidak mempunyai unsur-unsur kurafat dan maksiat.

Isnin, 18 Julai 2011

Padah akibat fitnah : Rais Senyum ...... Amizudin Sedih ........




Kerana pulut santan binasa ...... kerana fitnah terima padahnya ....

Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol seorang amah Indonesia terhadap menteri berkenaan. Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Khamis, 14 Julai 2011

“PAPA HEBAT .....” kata anaknya.

SIAPA LEBIH JIJIK DALAM PERMAINAN POLITIK ......... sudah terang lagi bersuluh.


Apa kata bang Nuar ......




Apa pula kata bang Hadi ......

Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diberi layanan buruk oleh polis selepas ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu, merupakan satu usaha terakhir untuk meraih simpati rakyat terhadap masa depan politiknya.

Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Annuar Basiran berkata, Anwar Ibrahim gagal membohongi rakyat apabila tuan punya badan, Datuk Seri Hadi sendiri lebih rela untuk bercakap benar, dengan menafikan dakwaan Anwar tersebut.

“Pengakuan Abdul Hadi sendiri di Kuala Terengganu bahawa beliau diberi layanan yang baik oleh polis sepanjang ditahan bercanggah dengan dakwaan Anwar ketika berceramah di Pulau Pinang bahawa Abdul Hadi telah diseret dan dihumban ke dalam lokap.

“Malah Hadi sendiri mengakui polis bukan sahaja telah melayan beliau dengan baik, malah semua peserta perhimpunan Bersih yang ditahan, telah diberikan layanan yang baik sepanjang tempoh tahanan,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan 4 Justice mengesa pihak berkuasa khususnya pihak PDRM mengambil tindakan tegas terhadap Anwar yang terbukti bukan sahaja membohongi malah menghasut rakyat dengan tohmahan dan tuduhan yang cukup jijik terhadap pihak PDRM yang selama ini telah menyumbang jasa dan bakti demi menjaga keharmonian rakyat.

“Apa sebenarnya permainan yang hendak dimainkan Anwar lagi dengan mengaitkan Hadi dalam permainan penipuan dia. Adakah dengan meletakkan Hadi sebagai mangsa pihak polis, dia percaya bahawa penyokong Pas akan marah dan menuntut bela dan membalas dendam terhadap pihak polis.

“Cukup-cukuplah Anwar, jangan cuba lari dari kenyataan bahawa apa yang dia buat selama ini, sehingga membawa kepada peristiwa Perhimpunan Bersih baru-baru ini sekadar untuk menyelamatkan dirinya dari kes liwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari selain memesongkan isu video seksnya bersama seorang wanita Cina sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk T baru-baru ini,” tambahnya lagi.

Permainan Anwar tegas beliau cukup terancang dan rapi.

“Jika sebelum ini, dia dan isterinya berjaya memesongkan isu ‘kekecohan pemilihan PKR’ dengan isu penganugerahkan gelaran `Anugerah Tuhan’ kepada Anwar, kali ini Bersih dijadilan alat untuk menyelamatkan dirinya dari isu liwat dan video seksnya.

“Kita semua terpedaya. Sejak mereka meng’uar-uarkan isu Perhimpunan Bersih 2.0, kita semua seakan-akan terlupa isu liwat dan video seksnya. Habis semua dipesongkan kepada isu Bersih, inilah kecekapan Anwar yang sebenar untuk memerangkap kita dan melarikan dirinya dari soal kerosakan akhlaknya sebagai pemimpin Agung pakatan pembangkang,” ujarnya.


Penyokong pembangkang kecewa apabila Hadi Awang bercakap benar .......

http://www.tawanmalaysia.com/index.php?option=com_k2&view=itemlist&task=tag&tag=hadi%20awang%20layanan%20polis%20baik

MENGAPA TUAN GURU HAJI HADI BERUCAP SEPERTI AMATUR POLITIK?

Silat politik begini mudah saja dilipat dan ditunduk umno. Kalau ini keluar dari mulut ahli parti bawahan tidak mengapa.

Kalau ini keluar dari pimpinan peringkat kawasan tidak mengapa. Tapi ini keluar dari mulut presiden.

Ya....Hakikatnya tuan guru dilayan baik pdrm kalau menurutnya.

Tapi.... Ini bukanlah cara bersilat politik dengan UMNO.

- Dato seri ditembak tepat dengan kelongsong gas pemedih mata.
- Abang mat dilanggar trak polis.
- 1,700 rakyat ditangkap.
- Ratusan cedera.
- Ribuan rakyat dibedil gas pemedih mata.
- Seorang meninggal dunia.

Lalu...

Seorang presiden mengucap seperti amatur politik...."polis beri layanan istimewa...". Apa pun hakikatnya, ia tidak mencerminkan realiti yang berlaku pada ribuan rakyat di himpunan bersih 9 julai.

Syabas TV3 dan UMNO....!. Kamu berjaya patahkan segala serangan media baru pakatan rakyat. Aku salut penerbit buletin utama malam ini.

Kami barisan blogger dan media baru pakatan dan rakyat yang turun ke himpunan bersih telah pun dibidas dengan ucapan 53 saat seorang amatur politik.

Nasib baiklah ada group PAS reform. Dah sampai masa......
Kami bersama kamu wahai pas reform.

Ahad, 10 Julai 2011

Perhimpunan bersih UMNO di PWTC .........

Seminggu lepas aku menerima sms daripada Ibu Pejabat Penerangan UMNO Malaysia menjemput hadir ke Majlis Penerangan Perdana oleh Perdana Menteri Malaysia pada 10 Julai 2011. Pada mulanya agak keberatan nak pergi sebab sehari sebelum itu pemberontak-pemberontak merancang mengadakan huru-hara di Kuala Lumpur. Bukan kerana takut tapi benci melihat pemberontak-pemberontak yang tidak siuman tersebut. Tiga hari sebelum majlis tersebut aku telah menghubungi semula Ibu Pejabat Penerangan UMNO Malaysia memaklumkan bahawa aku akan hadir ke majlis tersebut.

Jalan Tunku Abdul Rahman

Bermula jam 6.30 pagi, perjalanan aku dari Jerantut ke Kuala Lumpur pada hari Ahad 10 Julai 2011 begitu tenang. Tidak banyak kenderaan melalui Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Karak. Meneruskan perjalanan memasuki bandaraya Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Duke mengejutkan aku kerana jalan begitu lenggang. Mungkin penduduk Kuala Lumpur ‘melarikan diri’ keluar kota kerana tidak mahu terancam dengan perbuatan-perbuatan pemberontak yang akan menggila di bandar mereka ataupun mereka bersantai di rumah bersama keluarga.

Aku sampai di PWTC kira-kira pukul 8.30 pagi. Aku agak terkejut apabila tiba di aras 4 untuk mendaftar diri aku lihat begitu ramai jemputan yang hadir sehingga urusetia kehabisan kad pendaftaran. Aku bernasib baik kerana dapat mendaftar. Dimaklumkan oleh petugas di pintu masuk bahawa Dewan Merdeka telah penuh. Jemputan diminta memasuki Dewan Merdeka melalui pintu-pintu di aras 5. Tapi aku dapat masuk Dewan Merdeka di aras 4 dan mendapat tempat duduk hampir pentas utama.

Dimaklumkan kehadiran pada hari itu yang berada di dalam Dewan Merdeka sahaja lebih kurang 6 ribu orang terdiri daripada pimpinan UMNO seluruh negara, 70 NGO serta pimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Setiap tempat di dalam Dewan Merdeka dipenuhi jemputan. Ada yang duduk ditangga dan dilantai. Yang berdiri jangan kiralah. Yang tidak dapat masuk Dewan Merdeka berada di luar menonton melalui skrin besar yang disediakan.


Sepanjang aku mendengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, dia tidak pernah berucap dengan nada yang berapi dan begitu bersemangat. Sehinggakan seorang wartawan semasa sidang akhbarnya selepas majlis itu berkata padanya bahawa ini kali pertama dia melihat Perdana Menteri dalam mood seumpama itu.

Majlis yang dianjurkan secara ‘last minute’ oleh pejabat Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu bergema sokongan penuh hadirin terhadap Perdana Menteri ekoran perhimpunan haram Bersih memperlekeh kerajaan pada hari sebelumnya.








Paling menarik Najib kali pertama bercakap agak panjang lebar dan membelasah serta memperlecehkan aksi ‘lakonan’ demi ‘lakonan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk isu video seksnya. Begitu juga dengan pemimpin-peminpin PAS dan Ambiga.

Juga mengenai aksi ‘muka sakit’ Ketua Umum PKR itu semasa mendakwa cedera ringan ketika kejadian melanggar hadangan polis di KL Sentral dan kemudian masuk untuk rawatan di Hospital Pantai.

Sambil menilai Anwar berdepan dengan situasi ‘peluang terakhir’, beliau mengingatkan rakyat supaya berwaspada kepada Ketua Pembangkang itu sanggup buat apa saja dalam keadaan tersepit seperti itu.

Beliau menyentuh hal ini semasa awal ucapannya berkata, “kita nak bagi mesej kepada orang di luar”. Kemudiannya beliau bertanya siapa dia.

Hadirin menyebut “Anwar”. Lantas Najib berkata, ”orang di hospital...(merujuk kepada Anwar yang masuk hospital kerana dakwa cedera ringan semasa demo Bersih semalam)......yang sedang merancang nak memakai pembalut leher... yang sudahpun mendapat Oscar Pelakon Terbaik...seiring dengan Amitah Bachan (dipercayai merujuk kepada Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga)”.

Kata-katanya ini disambut dengan tepuk gemuruh dan gelak ketawa para hadirin.

“Baru kena sikit aje...muka dahi kerut, macam dah kena belasah..masuk pula gambar video di You Tube...malam tadi Tan Sri Muhyiddin tunjuk saya...oohh.... macam betul-betul dah kena belasah (oleh polis)..selepas itu terlentang di hospital...sempat lagi dengan baju kuningnya (t-shirt Bersih)...pelakon terbaik...perangainya tak berubah...perangai dulu perhimpunan di Baling.

“Saya kata pada rakan-rakan dari zaman ayahanda saya( bekas PM Allahyarham Tun Abdul Razak) ..ramai mati kebuluran...demonstrasi di Kuala Lumpur...zaman Tun Hussein Onn pun buat juga...zaman Tun Dr Mahathir...buat juga...lepas tu baik sementara (masa dalam kerajaan)...negara aman berapa tahun...lepas tu buat demonstrasi zaman Pak Lah Bersih 1...sekarang zaman saya Bersih 2.”

“Perangai hudoh ini tak berubah dari dulu sampai sekarang...dialah dalang sebesar-besarnya.

“Ambiga...siapa Ambiga....kononnya hari ini badan menegakkan demokrasi pilihanraya yang Bersih.

“ Yang dok tuding jari kat kita ni bersih sangat ke orang tu...timbalan dia siapa..Mat Sabu sanggup duduk bawah Ambiga..Mat Sabu ni duduk bawah siapa pun tak apa...apa bilik no berapa ( merujuk kepada tuduhan kes khalwat Mat Sabu di sebuah hotel di Kota Bharu dulu)

“PKR pemilihan dalam parti bersih sangat ke...tahun sudah baling kerusi...ada kena tumbuk...Datuk Zaid Ibrahim mula-mula dia ingat kot adalah peluang aku nak jadi pemimpin besar......masuk PKR ...dia ditatang jadi calon Hulu Selangor.

“Akhirnya bila nak lawan Timbalan Presiden PKR...kerana lawan dengan buah hati dia...si polan tu lah...maka Zaid Ibrahim kecewa sampai dia kata dia kena manupulasi dalam pilihanraya PKR.

“Rumah tangga sendiri tak betul...dimanupulasi keputusan agar buah hati menang Timbalan Presiden...sekarang ini dia nak ajar kita tentang pilihanraya di dalam negara.

“Banyak tak terjawab lagi...jam Omega ( video seks) tak terjawab...nafi seribu kali nafi..pakar forensik terkemuka di dunia kata 99.99 persen...eh..dia kata bukan saya...kerana apa..kerana perut.

“Forensik ni dia bukan ukur perut aje ( katanya disambut gelak ketawa hadirin)...macam-macam...profesor di Amerika tak betul...dengan Saiful pun nafi...

“Saya pun ada pembantu-pembantu tapi kalau nak berunding dengan pembantu berundinglah di pejabat...mengapa nak berunding di sebuah kondominium...apa nama rundingan ini

“Saya bawa Saiful keluar negeri..sebab dia .... 'teaboy' .... orang lain tak boleh buat 'tea' ke...apa keistimewaan 'tea' yang Saiful buat .....”

“Macam-macam dulu (masa dalam penjara) kata saya akan kena arsenic poisioning...tak cukup dengan racun arsenic...nak kena injection HIV...semuanya kita ni buruk...sedahsyat-dahsyat orang ni ....... kerajaanlah...dari dulu sampai sekarang...semuanya buruk kita ......dialah manusia sebaik-baiknya.....anugerah Tuhan.

“ Inilah manusia yang sebabkan kita hadapi masalah semalam ( demo Bersih)..masalah orang yang hendak sangat menjadi Perdana Menteri...sanggupkan korbankan segala prinsip...ketepikan agama dan bangsa...asalkan akulah Perdana Menteri.

“Dulu maki PAS bukan main..kata bodohnya PAS ...saya ingat lagi..PAS tak ada otak...ini dia pakai...tak boleh fikir PAS ni...Kit Siang dia bantai masa jadi Ketua Pemuda UMNO...sekarang ni .... oh my friend....semua orang dia peluk.

“Inilah angkara yang berlaku kerana nafsu nak jadi Perdana Menteri,”katanya.


Perdana Menteri menilai Anwar gabra apabila melihat BN menang pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk pilihanraya negeri Sarawak.

“Dia tengok..ini tak boleh jadi ni..kalau macam ni UMNO menang dengan pelan transformasi kita...rakyat dah terima dengan konsep 1Malaysia..dasar nak berlaku adil kepada semua kaum...agenda Melayu kita teruskan...dia tahu kalau tak berbuat sesuatu InsyAllah kita menang dalam PRU 13 nanti.

“Dia pun tahu inilah 'the last chance for him'..bila orang tahu inilah peluang terakhir...dia akan buat segala-galanya...yang baik jadi tak baik...kerana apa...kerana matlamat menghalalkan cara...matlamat dia nak jadi Perdana Menteri menghalalkan cara,”katanya.

Dalam usaha menghadapi ancaman seumpama ini Najib meminta UMNO agar tidak sangsi kekuatan yang ada pada parti.


Beliau menegaskan UMNO sendiri ada ahli 3 juta yang bila-bila masa boleh saingi himpunan Bersih yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang di Kuala Lumpur semalam.

Katanya tak payah 3 juta...satu juta cukup untuk ‘ tawan’ Kuala Lumpur.

Menurut beliau bukan sahaja UMNO..tetapi campur pelbagai pertubuhan yang sokong kerajaan seperti yang ramai hadir pada majlis itu.

Beliau memberi contoh persatuan seni silat gayong dan lincah.

“Pendekar-pendekar kita turun...tak masuk NGO-NGO lain lagi,”ujarnya.

Apapun kata Perdana Menteri UMNO tidak sekali-kali akan mulakan budaya demonstrasi jalanan.

“Jangan ..kita boleh lawan...semalam kita bagi wakil kita Ketua Pemuda saja turun...itu baru sikit saja kita turun angkatan kita...kalau kita nak buat porak peranda kita boleh..tapi kita yang berhimpun ni ...kita menjunjung prinsip undang-undang negara.

“Kita tak suka pada huru hara...kami suka pada keamanan..kami suka pada negara dimana rakyat hidup dalam harmoni...kita mahu masa depan kita lebih baik dari hari ini..ini sebab kita berhimpun hari ini...bukan kita nak tunjuk kekerasan pada mana-mana pihak..tapi kita nak tunjuk kekuatan kita...ada orang kata inilah 'silent majority'...jadi jangan sesiapa nak timbulkan huru hara dalam negara.

“Nak kata demokrasi...UMNOlah pejuang demokrasi dari awal,”kata Perdana Menteri.

Itulah di antara celoteh-celoteh YAB perdana Menteri yang penuh semangat, nasihat dan sindiran yang penuh makna menyebabkan Dewan Merdeka gamat dengan tempikan dan laungan oleh hadirin dari seluruh negara.

Aku begitu puas dengan Majlis Peneranga Perdana oleh YAB Datuk Seri Najib dan mengucapkan syabas kepada Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut.

Selepas majlis itu aku meronda-ronda di The Mall dan KLCC. Begitu ramai penduduk Kuala Lumpur dan pelancong membeli belah dan bersantai bersama keluarga seperti tiada apa yang berlaku. Mungkin pada mereka Perhimpunan BERSIH menyusahkan mereka tetapi Perhimpunan UMNO menjamin keselamatan mereka.

10/7/2011





Sabtu, 9 Julai 2011

52 Billion Kebodohan Melayu .........

Diri sendiri bodoh tapi salahkan orang lain .....

52 billion pegangan bumiputra didalam pasaran saham yang tinggal hanya 2 billion. Kemudian bermodalkan fakta ini ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang memerangkap MP Bagan menjadikan modal untuk memperbodohkan melayu yang beliau tahu cukup mudah dimanipulasi seperti mana beliau melembukan melayu Pulau Pinang.




Tujuan Lim Guan Eng membangkitkan isu ini sebenarnya untuk membuktikan bahawa melayu sendiri yang bodoh kerana menjual saham saham pegangan mereka kepada orang lain.

Perkara yang sebegitu mudah tidak boleh dicernakan otak haprak pakatan yang kita semua tahu bebal bodoh dan tidak mampu untuk berfikir,maka fakta itu dijadikan azimat untuk menghentam Umno .

Tahukah mereka apa yang mereka cakap atau sekadar berkokok dan menyalak menjadi pencacai DAP? Saham RM52 billion yang telah diagihkan melalui peruntukan khas saham bumiputera bukannya dapat secara percuma,tetapi harus dibeli. IPO yang dikeluarkan boleh dibeli asalkan beliau seorang bumiputra dan MAMPU. Kalau mana mana haprak pakatan nak beli dipersilakan,pakat beli ramai ramai di bursa saham.Tapi semua orang tahu yang berlonggok di Bursa Saham dan syarikat sekuriti adalah uncle uncle dan aunti aunti bukan melayu.Juak haprak pakatan hanya berlonggok di bursa saham fitnah di ceramah ceramah haprak pakatan. Itu saja saham mereka!

Khamis, 7 Julai 2011

Sejarah 1977 : Sebab Sebenar PAS disingkir dari BN....




"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Selasa, 5 Julai 2011

Apa yang dibentangkan Tun Mahathir mengenai Kuasa Raja ........?

Jangan hanya tau mengutuk dan menghina Tun Mahathir tanpa tau apa yang dibentangkan olehnya ....... Baca dan teliti kemudian baru buat tafsiran .......


Sejarah Mahathir mengurangkan kuasa Raja


Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

Siapa kata pindaan 1993 lucutkan kuasa Sultan ?

Ada yang kata selepas pindaan 1993, kuasa Sultan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri dilucutkan? Saya pamirkan di sini Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang sebelum 1993 dan juga selepas 1993 mengenai perkara yang berkaitan. Saya hanya mahu menyatakan kedudukan di Pahang. Di negeri lain, saya tidak ada dokumen undang-undang tubuh sebelum 1993, tapi yang saya lihat, hasil dari pindaan 1993, Perkara 11 dalam Undang-undang Tubuh Pahang dengan Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor jadi seragam.



Sila perhatikan Perkara 11 mengenai Setiausaha Kerajaan.

Ahad, 3 Julai 2011

TERKINI .............

PERHIMPUNAN BEERSIH SECARA RASMI DI BATALKAN........!

Titah khas oleh DYMM Yang DiPertuan Agung. Dengan titah baginda ini, perhimpunan haram Beersih 9 Julai ini secara rasminya tidak boleh diadakan sama sekali.

Malah, baginda sendiri percaya dengan kemampuan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.



Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut :

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

http://umno-online.com/?p=40842

http://novandri.blogspot.com/2011/07/terkini-perhimpunan-beersih-secara.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29