Selasa, 4 September 2012

KEZALIMAN UMNO SELAMA 42 TAHUN MEMERINTAH .....

Mesti baca! Bukti kezaliman 42 tahun UMNO/BN dari tahun 1970 sehingga 2012!

Mungkin beginikah kezaliman yang telah UMNO/BN lakukan kepada rakyat Malaysia
Berlakukah keadaan seperti ini di Malaysia

Selama ini pembangkang telah mewar-warkan kepada rakyat betapa zalimnya pemerintahan UMNO/BN. Siang malam mereka memberitahu kepada rakyat bahawa UMNO/BN telah menzalimi rakyat melalui ceramah-ceramah, road show atau media-media massa terutama media siber seperti Facebook, Twitter dan Blog. Tetapi mereka tidak menyenaraikan atau menerangkan bentuk kezaliman yang telah UMNO/BN lakukan terhadap rakyat. Kezaliman yang bagaimana telah UMNO/BN lakukan. Adakah dalam bentuk penyiksaan, pembunuhan, penderaan atau merampas harta rakyat ........???

Sarapan pagi yang digemari rakyat Malaysia
Pernahkah dengar berita rakyat Malaysia kebuluran, rakyat Malaysia bogel kerana tiada pakaian atau tak mampu membeli pakaian, pernahkah dengar berita rakyat Malaysia disiksa atau dibunuh beramai atau pernahkah UMNO/BN menyekat rakyat Malaysia dari memiliki kekayaan, harta benda atau kebebasan?


Rakyat Malaysia bebas ke mana sahaja, Kelantan, Sabah, Sarawak, Johor dan lain-lain negeri di Malaysia tanpa ada apa-apa sekatan atau gangguan oleh kerajaan UMNO/BN. Rakyat Malaysia boleh makan minum apa sahaja, teh tarik, nasi lemak dan sebagainya. Rakyat Malaysia boleh memilik seberapa banyak kekayaan. Rakya Malaysia boleh membina rumah-rumah mewah, besar dan mahal. Rakyat Malaysia boleh memiliki barangan mewah seperti kereta, barang perhiasan, telefon serta segala macam barangan mewah. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin UMNO/BN sahaja yang memiliki kemewahan. Pemimpin pembangkang juga ramai yang hidup dalam kemewahan malah ada yang membayar cukai sehingga RM1 juta setahun.

Menteri Besar Kelantan pun memiliki Mercedes

Menteri Besar Kedah memiliki Mercedes berharga lebih RM600 ribu. Nik Aziz juga memiliki Mercedes dan sepanjang lebih 22 tahun menjadi Menteri Besar telah beberapa kali menukar kereta rasminya. Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor memiliki banglo yang tersergam indah yang mungkin berharga berjuta-juta. Malah dia mampu menyewa sebuah bas 2 tingkat lengkap dengan pemandunya untuk Penasihat Ekonomi Negeri selangor. Anwar Ibrahim walaupun telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri masih boleh ke luar negara beberapa kali dalam sebulan. Azmin Ali pula menurut Umi Hafilda dipercayai memiliki simpanan wang lebih RM20 juta. Dia juga memiliki beberapa kereta mewah. Di antaranya sebuah kereta sport berjenama Ferrari. 

Rakyat Malaysia mampu makan di hotel-hotel 
Kerajaan UMNO/BN juga tidak pernah menyekat, menghalang, mengeluarkan apa-apa juga pekeliling dan surat arahan atau peraturan yang menyekat rakyat Malaysia terutama orang Islam untuk beribadat. Mereka boleh beribadat bila-bila masa setiap hari. Mereka boleh solat fardhu lima waktu sehari. Mereka boleh solat sunat sebanyak mana yang mereka mahu. Mereka boleh berpuasa selama mana yang mereka mampu. Masjid-masjid yang kerajaan bina boleh dikatakan setiap ceruk kampung untuk memberikan kemudahan yang selesa kepada rakyat untuk beribadat. Sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah dan pusat Tahfiz dan kelas-kelas farhu ain kerajaan tubuhkan dan diberi bantuan bagi memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia mempelajari dan menimba ilmu agama.

Antara orang terkaya di Malaysia 

Sekolah, universiti awam dan swasta, kolej komuniti, Pusat Pengajian Teknologi Tinggi, maktab dan pusat-pusat pembelajaran kemahiran yang tumbuh bagai cendawan sama ada yang dibina oleh kerajaan mahu pun swasta mampu memberikan ruang dan tempat kepada rakyat Malaysia menimba ilmu.

Kemakmuran dan ekonomi yang stabil telah merancakkan pembangunan dan dunia perniagaan berkembang pesat. Syarikat-syarikat perniagaan mampu melebar dan mengembangkan sayapnya sehingga keluar negara. Pelabur-pelabur asing terus melabur di dalam pelbagai sektor sebagai tanda mereka yangkin dengan perkembangan ekonomi Malaysia. Keadaan ini telah memberikan rakyat Malaysia ruang dan peluang mengumpul harta sehingga mampu melahirkan bukan setakat jutawan malah beberapa orang telah disenaraikan sebagai Billionaire.

Di bawah ini disenaraikan antara hasil atau kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh kerajaan UMNO/BN akibat dari pemerintahan yang zalim dan menzalimi rakyat seperti mana yang diperkatakan dan war-warkan kepada rakyat.


Rumah mewah Menteri Besar selangor
1. Rizab Bank Negara pada tahun 1970 ialah RM12.75 billion manakala pada tahun 2012 pula ialah RM428.8 bilion (bersamaan dengan USD134.2 bilion) pada 29 Jun 2012 . (sumber)

2. Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225. Maklumat lanjut sila klik di sini.

3. Kadar Kemiskinan tahun 1970 – 49.3% sekarang 3.8%

4. Bilangan sekolah tahun 1970 – 5,109 buah sekarang 10,019 buah.


5.Bilangan universiti tahun1970 – 3 buah sekarang 59 buah.

6. Bilangan Hospital tahun 1970 – 126 buah sekarang 376 buah

7. Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun

8. Pelaburan asing tahun 1970 – RM212 juta sekarang RM32.9 billion.

9. Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta

10. Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang


11. Jumlah subsidi setahun RM33 billion. Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang sama ada tua, muda dan pelbagai kaum. 




Itu belum termasuk produk-produk terkini kerajaan seperti BRIM, KRIM, PRIMA, BBIM, KARISMA, KlIM, SLIM, SARA1, Menu Rakyat dan sebagainya.


Dari sudut sukan, Petronas F1, LIMA, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup, Sukan Komanwel, CIMB Asia Pacific Golf, Maybank Malaysia Open Golf.

Berjuta kereta Proton dimilik oleh rakyat Malaysia
GLC seperti Tabung Haji, Felda, Felcra, PNB, PERKIM, KLCC, Penang Bridge, KLIA, Putrajaya, Plus Highway, Telekom, TNB, POS Malaysia, Maybank, CIMB, Proton, Perodua, Modenas, Petronas dan puluhan lagi hasil kerajaan diterajui UMNO 

Ditubuhkan pulak Baitulmal, Mahkamah syariah , Pusat tahfiz, Universiti Islam, PERBANKAN ISLAM.

Kerajaan UMNO/BN juga mewujudkan sekolah khas untuk anak-anak yatim, rumah anak-anak yatim, rumah warga emas, bantuan kepada fakir miskin, subsidi baja kepada petani, subsidi diesel kepada nelayan.

Wooooh........jahat sungguh kerajaan UMNO/BN ni! 

Malaysia juga menjadi ahli tetap OIC, Salurkan bantuan kepada Palestine, Bosnia, Afghanistan dan negara-negara Islam yang ditimpa bencana, beri bantuan kepada jabatan agama Bosnia [melatih dan mengajar mufti ] dan banyak lagi sumbangan-sumbangan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN. 

Wooooooo ... kejamnya kerajaan UMNO/BN! Kezaliman bertimpa-timpa.

Satu dunia sudah mengakui bahawa Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN adalah negara yang berjaya didalam dunia.. 

Ya Allah kejamnya kerajaan UMNO/BN. Takutnya aku, badan aku ini kurus kering sebab tak makan.... duduk pun tidak berbumbung, anak-anak tidak bersekolah, UMNO/BN tak buat sekolah, yang ade pun untuk anak-anak UMNO/BN sahaja, yang dapat bonus pun cuma orang-orang UMNO/BN sahaja, yang dapat durian runtuh pun orang-orang UMNO/BN sahaja, yang dapat kerjapun orang-orang UMNO/BN sahaja. 

Memang zalim dan kroni betul kerajaan UMNO/BN. Kenapa KEJAM sangat UMNO/BN kepada rakyat Malaysia.....!!!! semua salah umno kejam sangat kerajaan ni….

Mata perlu digunakan untuk melihat. Telinga digunakan untuk mendengar. Mulut digunakan untuk berkata-kata. OTAK DIGUNAKAN UNTUK BERFIKIR. 

Adakah anda telah menggunakan anggota badan ini yang telah dianugerahkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Atau anda hanya menggunakannya untuk perkara-perkara yang menjadi fitnah dan berburuk sangka?

Sabtu, 25 Ogos 2012

ULAMA KELUAR PAS ... SEKULAR MASUK PAS


Ustaz Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS mempunyai pendirian yang begitu berlainan sekali sejak PAS di bawah pengaruh edrogan dan Anwarisme. Beliau juga merupakan pelopor kepada kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang dicadangkan suatu ketika dulu. 

Selepas Dato' Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS dipecat ekoran isu kristianisasi di sebuah gereja Shah Alam, sikap beliau memencilkan diri dengan arus perjuangan PAS semakin tampak jelas. Kata Dato' Hassan Ali "Kepimpinan PAS hari ini telah dikuasai oleh kumpulan parasit". Beliau tidak akan kembali kepada PAS selagi kumpulan parasit masih menguasai PAS. 

Sebenarnya lebih ramai lagi golongan ulama dalam PAS menyepikan diri mereka. Mereka masih ahli PAS cuma sikap mereka terhadap PAS semakin dingin, tidak seperti zaman PAS di bawah pentadbiran Dato' Fadzil Noor. Kemungkinan besar yang akan menyusul Hassan Ali dan Nasharudin ialah Haron Din dan Haron Taib. 

PAS hari ini jauh berubah. Jika dulu PAS juara bercakap tentang negara Islam dan hukum hudud tapi PAS hari ini juara bercakap pasal negara berkebajikan. Pemimpin PAS masa itu memang cukup hebat hingga berjaya meniup api kebencian terhadap sesama sebangsa dan seagama. Wujudlah isu kafir mengkafir di mana puak-puak PAS mengkafir puak-puak UMNO. Tidak pernah kita dengar masa itu puak UMNO mengkafirkan puak PAS.

Oleh kerana puak UMNO dianggap kafir lantaran itu berlaku solat fardhu dua imam di kalangan umat Islam satu kariah satu masjid. Sembelihan orang UMNO haram dimakan, jurunikah orang UMNO tidak sah dan kematian serta kenduri rumah orang UMNO diboikot. Tidak dinafikan umat Islam pada masa itu berpecah sesama sendiri di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. PAS memang berjaya menanamkan rasa benci orang PAS terhadap orang UMNO melalui pendekatan yang amat berbahaya dari sudut akidah.

Hari ini pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan UMNO secara terbuka. Di kalangan penyokong PAS yang taksub masih berlaku melalui tulisan dalam FB dan blog-blog pembangkang. Tidak dinafikan ajaran tok guru PAS (mengkafirkan orang UMNO) sudah tertanam kuat dalam fikiran puak-puak PAS yang taksub. 

Sehingga ke hari ini belum kita dengar Tok Guru haji Hadi Awang atau mana-mana pemimpin PAS menarik balik tuduhan UMNO itu kafir. Jika ditanya kepada Tok Guru PAS, mereka akan kata bahawa mereka tak tuduh orang UMNO itu kafir. Ustaz Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis ada mengulas bahawa pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan orang UMNO dan beliau mengkritik orang UMNO yang masih membangkitkan isu tersebut. Ustaz Asri mengambil jalan yang terlalu mudah untuk perkara yang berat. Mudahnya kerana diminta berdiam begitu sahaja. Beratnya kerana tuduhan kafir mempunyai implikasi akidah umat Islam itu sendiri, baik yang menuduh dan yang kena tuduh. 

Walau bagaimanapun sebahagian pimpinan PAS dan bekas pemimpin serta ulama PAS bukan edrogan dan Anwarisme telah pun mengakui bahawa orang UMNO juga mereka sebangsa dan seagama. Terkini, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam sidang akhbar di KLIA sekembalinya dari menunaikan umrah, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

Ustaz Kazim (bekas ahli PAS) 
Itulah satu-satunya pandangan yang ikhlas, jujur dan berani oleh seorang pemimpin PAS hari ini. Walaupun pandangan itu agak lewat setelah Ustaz Nasaruddin bukan lagi pemimpin no. 2 dalam PAS tapi sekurang-kurangnya ahli-ahli PAS yang masih taksub itu perlu sedar bahawa orang UMNO yang dikafirkan itu sebenarnya juga umat Islam. 

Tapi bagaimana dengan Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi? Amanat TG Haji Hadi, Presiden PAS yang disampaikan melalui ceramahnya di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir. Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya. 

Musibah Peristiwa Memali pada 19.11.1985 adalah berupa suatu tragedi yang sungguh menyayat hati. Beginilah yang berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga. Setakat hari ini, Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak pernah menarik balik amanat tersebut dan apakah Haji Hadi masih mahu orang UMNO terus dikafirkan untuk kepentingan politik sempitnya.

Selaku umat Islam, kita rasa terpanggil mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ustaz Nazaruddin, bekas Naib Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hj. Omar Khalid (bekas aktivis PAS yang meninggalkan PAS), Dato Hj. Nakhaei Hj. Ahmad (bekas naib Presiden PAS yang menyertai UMNO), Tan Sri Mohd Asri Hj Muda (bekas Presiden PAS dan MB Kelantan akhirnya menyertai UMNO), Ustaz Kazim Elias (bekas ahli PAS), Dato' Hassan Ali (bekas Naib Presiden PAS dipecat oleh PAS memimpin Jati) dan banyak lagi. Mudahan-mudah umat Islam dapat bersatu kukuh setelah terhapusnya golongan erdogan, Anwarisme dan parasit dalam kepimpinan PAS hari ini.

Hari ini erdogan-erdogan PAS begitu sensitif bila 'Abang Besar' mereka dikritik, disentuh dan ditentang. Mereka yang akan menjadi orang pertama membela 'Abang-Abang Besar' mereka. Tetapi apabila bangsa Melayu yang beragama Islam dan agama Islam dihina tiada seorang pun yang segera bangkit membela. Mereka hanya membisu ibarat 'syaitan bisu'.


Maruah 4 Melayu Dihina

Kisah Maruah 4 Melayu dihina oleh 'Abang Besar' mereka begitu meruntun jiwa. Ke mana perginya pahlawan-pahlawan jihad PAS? Di mana pejuang-pejuang Islam?

Blog Penasihat DAP, Lim Kit Siang For Malaysia telah membuat satu posting yang menuduh Raja Pop, Jamal Abdillah, Raja Rock Amy Search dan penyanyi popular Ibnor Riza disogokkan RM 10,000 seorang setiap kali membuat perisytiharan menyokong UMNO.

Inlah jenis manusia yang mempunyai silatulrahim dengan PAS. Inilah jenis parti yang lebih dipercayai oleh Pas dari UMNO dan jika DAP mempunyai pandangan yang sama terhadap Pas seperti mana pandangannya terhadap Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdillah, Amy Search dan Ibnor Riza maka itu boleh dimaafkan, kerana itulah yang sewajarnya..

Tetapi Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdullah, Amy Search dan Ibnor Riza manusia Islam dan Melayu yang bukan racis dan bemaruah.


Penentangan Terhadap Pengerusi DAP

Nyata Nasharudin merupakan seorang yang berprinsip berbanding dengan erdogan-erdogan yang berkiblatkan Putrajaya, kuasa dan gila nak berkuasa.

"Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam."

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya. 

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah ALLAH SWT, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. 

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.


Isu Pertemuan Di Makkah

Pemimpin PAS dan penyokong serta pengundi-pengundi PAS sangat terkejut apabila melihat dipaparkan sekeping gambar di suratkhabar yang menunjukkan Ustaz Nasaruddin bersama Datuk Seri Najib di Mekah bersama ulama-ulama Arab Saudi yang tersohor di dunia. Pelbagai persepsi diluahkan oleh mereka terhadap sekeping gambar tersebut. Yang nyatanya persepsi buruk yang dilemparkan kepada Ustaz Nasaruddin sedangkan mereka tidak tahu niat murni beliau.

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. 

Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. 

Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.


Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Ketegasan serta pendirian Nasaruddin itu adalah satu landasan fikir bagi umat Islam terutamanya penyokong-penyokong Pas yang masih buta, jika Pas terpimpin dengan pemimpin-pemimpin yang berpendirian sedemikian dan lantang bertindak balas terhadap kenyataan biadap DAP, maka itulah yang disebut sebagai perjuangan Islam yang akan mendapat pertolongan dari Allah, namun jika sebaliknya itu hanyalah perjuangan parti yang mementingkan kepentingan duniawi dan hanya berharap pertolongan daripada DAP.

"Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29).

Namun kerana ketamakan kuasa Pas telah membelakangkan segala-galanya termasuk Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada orang-orang Islam, Pas juga selesa berhukum dengan hukumnya sendiri didalam maksud kesesatan yang jelas lagi nyata, Pas akan memusuhi sesiapa sahaja yang tidak mentaati kafir karibnya, kerana kafir itu dijadikan penghulu bagi mereka memperoleh segala kesenangan dunia...Anda Mampu Mengubahnya... 


Surat Pemimpin Cawangan Pas Kepada Ustaz Nasharudin

Saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah
sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan
Berikut adalah sedutan petikan surat seorang pimpinan cawangan Pas kepada Nasharudin Mat Isa seperti yang disiarkan di Facebook Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, Sabtu lalu.

Assalamualaikum,Ke hadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah SWT.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz.

Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa, hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin UMNO bertemu dengan para ilmuwan dan cerdik pandai agama dari Arab Saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah.

Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti Pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan Pas di negeri Melaka.

Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli Pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kira sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam Pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli Pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti.

Susah senang saya tanggung didokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan. Namun tiada perkara yang boleh menggoyahkan sokongan saya sehinggalah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat, namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Antaranya, apabila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB (Datuk) Dr. Hasan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.

Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr. Hasan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita? Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan Pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr. Hasan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pula berlaku.

Betapa lemahnya iman kita dalam mempertahankan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah.

Kepimpinan Pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba-Mu ini untuk menghadap-Mu nanti.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi Pemuda Pas, berasa malu akan tindakan ketuanya itu.

Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini, selepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli Pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan Pas ini namun sayalah yang sering memujuk mereka untuk bersabar.

Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan Putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini.

Percayalah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam Pas semakin kelam dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding Pas.

Sehingga ini sahaja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam.

Amin Ya Rabbal Alamin.
Assalamualaikum.

Sabtu, 28 Julai 2012

SYAITAN DAN IBLIS KETAWA BILA 'ULAMA' MENIPU DAN MEMFITNAH .......???

Siapa Sebenarnya Ulama?

“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul. “Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan. 

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.


Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan? 

Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa. 

Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah: 

“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]

Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Biasanya ulama yang dikatakan sebagai pewaris nabi akan menyampaikan dakwahnya berpandukan Al-Quran, Sunnah dan Hadith. Mereka tidak merujuk kepada cakap-cakap orang yang tidak tentu tarafnya sebagai rujukan. 

Imam al-Ghazali ada menyebut tentang 3 jenis ulama’ iaitu : 

1. Ulama’ yang membinasakan dirinya sendiri dan orang lain apabila ulama’ ini terang-terang mengejar dunia dan memusatkan segala perhatiannya kepada dunia 

2. Ulama’ yang membahagiakan dirinya dan orang lain apabila mereka menjadi golongan yang mengajak manusia ke jalan Allah secara zahir dan batin 

3. Ulama’ yang membinasakan dirinya dan membahagiakan orang lain apabila ulama’ ini mengajak orang lain ke jalan akhirat sehingga pada zahirnya dia seperti menolak dunia sedangkan batinnya timbul perasaan bahawa dia berbuat demikian untuk mempengaruhi orang ramai serta batinnya penuh dengan perasaan ingin memegah diri dan cinta kepada dunia. 

Tetapi pada hari ini terdapat banyak jenis ulama, di antaranya ulama politik, ulama suk atau ulama fitnah. Apabila seseorang itu pandai bercakap hal-hal agama ditambah dengan penggunaan ayat-ayat Al-Quran ditambah dengan cerita-cerita membuka aib orang sudah tentu akan diangkat martabatnya sebagai ulama. Ulama yang paling dahsyat sekali ialah ulama fitnah. 

Ulama fitnah ini merupakan manusia yang menggunakan pentas agama untuk menyebarkan fitnah dengan niat untuk menggambarkan kepada umat pendengarnya bahawa orang yang difitnah itu sangat hina, tiada maruah dan terkeluar dari Islam. Kebiasaannya ulama fitnah ini adalah seakan-akan ulama politik kerana setiap ceramahnya mesti diselitkan dengan unsur-unsur politik. 

Pada hari ini orang dengan sewenang-wenangnya memberikan gelaran ulama kepada penceramah-penceramah politik yang berceramah dengan memfitnah musuh politik parti dokongannya. 

Baru-baru ini tersebar di alam siber seorang penceramah dengan sewenang-wenangnya menghina dan melabelkan ustaz dan ulama yang menyokong UMNO sebagai sesat. Klip video ceramah beliau boleh didapati di laman web Youtube. 

Inilah ceramah dia yang memfitnah Ulama Muda UMNO dibayar RM15,000 sebulan ........ 

Dalam ceramah ulama fitnah ini dia bagai nak runtuh langit menuduh ustaz atau ulama yang memberikan sokongan kepada UMNO dapat RM15,000 sebulan seorang dan menuduh ustaz atau ulama sesat. Dengan hanya mendengar cakap-cakap orang yang tidak diketahui jenisnya beliau menyebarkan fitnah tersebut dalam sesi ceramah-ceramahnya. Apabila ditanya dari mana sumber fitnahnya itu, dengan selamba dia berkata, 

"Saya tak kata saya yang kata tapi saya dengor orang cakap....." 

Tak sangka kununnya ustaz tersohor rupanya berceramah fitnah dengan modal cerita orang cakap. sepatutnya ustaz berceramah menyampaikan ilmu yang baik2, menyatupadukan umat, mengajak umat menguatkan ibadat kepada Allah BUKANNYA MENYEBARKAN FITNAH. 

Inilah adalah pengakuan sumber fitnah beliau........

Akhirnya kebenaran telah terbukti di pihak ILMU. Kamu sepatutnya merasa malu dengan diri sendiri. Kerana dia, rosak nama pertubuhan Ustaz Se-Malaysia. Mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Memfitnah dan menganiaya asatizah lain. 

Apakah dosa ILMU, ulama dan ustaz yang menyokong UMNO sehingga kamu sanggup memfitnah ILMU, ulama dan ustaz UMNO sedemikian rupa. Adakah dengan sebab ini, anak murid kamu pun berperangai sedemikian rupa. Tapi sampai sekarang dia tak minta maaf. Minta maaf tak menjadikan anda hina. Kalau sudah salah, mintalah maaf. Dan berusaha tidak mengulanginya semula. Dan hentikanlah sikap anda yang suka menghina, menuduh, memfitnah, mengeji orang lain. Adakah kamu seorang ustaz atau ulama yang menyebarkan agama Allah iaitu agama Islam? Jika kamu waris nabi yang menyebarkan agama Allah tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. 

Bagi masyarakat di luar sana janganlah hanya kerana sedang dia menggoreng dengan umpat kejinya menyebabkan kamu juga terheret sama bersubahat dengannya menyebarkan fitnah. Manusia dikurniakan akal dan fikiran bagi menunjukkan manusia itu lebih baik daripada haiwan. Gunakanlah akal dan fikiran yang waras untu berfikir bagi membezakan yang benar dan fitnah. Serban dan jubah hanyalah hiasan yang dipakai bagi orang-orang yang mempergunakan Islam untuk kepentingan diri dan parti dokongannya. Semoga dengan dua video klip ini dapat membantu orang yang waras fikirannya berfikir dan membuat kesimpulan yang baik dan benar. 

Wallahua'lam 

Rabu, 18 Julai 2012

IBLIS MENANGIS MELIHAT PAS DAN PENGERUSI ANAK ..???


Sejak akhir-akhir ini iblis dan syaitan sering menangis melihat sahabat mereka iaitu PAS dan Pengerusi ANAK berkaitan dengan FELDA dan saham FGVH. Kegagalan PAS dan ANAK menghasut peneroka ke arah kesesatan melalui fitnah menyebabkan rasa gundah iblis dan syaitan. Kegagalan hasutan PAS dan ANAK dapat dilihat apabila semua program atau aktiviti yang dianjurkan oleh FELDA mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peneroka. 


1. DS Najib Umum 'Durian Runtuh'

8 Mei 2012, seramai hampir 40,000 peneroka berhimpun di Jengka 8 dalam satu majlis yang dinamakan Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri. DS Najib telah mengumumkan 'durian runtuh' untuk warga peneroka iaitu sebanyak RM15,000.00, 800 unit saham FGVH dan 20% dividen saham dalam bentuk tabung amanah dan peneroka atau waris mereka akan mendapat dividen pada setiap tahun. Terkencing penghasut Mazlan Aliman dan iblis serta syaitan yang menjadi konco-konconya mendengar pengumuman DS Najib. 

Sebahagian daripada hampir 40,000 warga peneroka yang hadir 
Yang nyata pada hari ini, peneroka yang bersekongkol dengan Mazlan serta iblis syaitan konco-konconya dengan muka tebal 6 inci tetap mengambil duit yang mereka sendiri ludah dengan kahak2 mereka sendiri. 

2. FGVH Disenaraikan dan Kedua Terbesar Di Dunia Selepas Facebook 

28 Jun 2012, Iblis dan syaitan terus menangis apabila FGVH disenaraikan di Bursa Saham dan menjadikan penyenaraian tersebut merupakan yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook. 

Sempena penyenaraiannya, FGVH membuat tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah 2.19 bilion saham. sebanyak 1.5 bilion saham akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi dan pelabur terpilih Malaysia dan asing, manakala 419.54 juta saham diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

Daripada sejumlah 273.61 juta yang akan ditawarkan untuk langganan pelabur awam pula, 200.65 juta saham akan diperuntukkan untuk peneroka FELDA, kakitangan FELDA yang layak serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan syarikat itu, manakala 72.96 juta saham lagi kepada orang awam Malaysia. 

Apabila disenaraikan, FGVH yang kini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan bakal memiliki modal pasaran berjumlah RM18 bilion. rujuk di sini dan di sini. 

3. Perasmian Menara Felda Bernilai RM965 juta

Mercu tanda kemegahan FELDA
Kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menjana lebih banyak kekayaan buat Felda dan membela nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau turut merasmikan Menara Felda setinggi 50 tingkat bernilai RM700 juta yang diilhamkan daripada bentuk biji sawit, yang terletak di Platinum Park, pusat perniagaan Segi Tiga Emas di ibu kota. 

Sementara itu, Najib turut membayangkan kemungkinan memberi imbuhan tambahan kepada peneroka pada masa hadapan. “Kita masih ada dana. Kita tak belanja semua dan kita masih banyak perancangan untuk jana kekayaan. Kita bela peneroka Felda. 

Perdana Menteri turut memuji peneroka yang terus cekal menghadapi cabaran memajukan Felda lebih 50 tahun lepas bermula di Lurah Bilut, Pahang. 



Peneroka Pahang minta tambahan unit saham FGVH
June 3, 2012

Pemberian 800 unit bernilai RM4.55 seunit kepada peneroka terlalu kecil jika dibandingkan dengan saham tersebut yang ditawarkan kepada kakitangan Felda.

TEMERLOH: Peneroka Felda Lakum dekat Lanchang meminta Felda menambah 200 unit lagi saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) menjadikan 1,000 unit kepada setiap peneroka tanah rancangan itu. 

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Lakum, Abdul Aziz Awang berkata pemberian 800 unit saham FGVH itu yang bernilai RM4.55 seunit kepada peneroka terlalu kecil jika dibandingkan dengan saham tersebut yang ditawarkan kepada kakitangan Felda. 

“Keutamaan perlu diberikan kepada peneroka sepertimana kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pengumuman pemberian saham tersebut baru-baru ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Abdul Aziz berkata ramai peneroka Felda Lakum kecewa dengan pemberian 800 unit saham itu dan berharap Felda dapat mengkaji semula bagi mengelakkan pembangkang memanipulasikan perkara itu yang boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah baru. 

Beliau berkata pemberian 800 unit saham itu dengan nilai RM4.55 seunit, bermakna peneroka hanya memiliki saham bernilai RM3,640. 

Ketua Peneroka Wilayah Felda Jengka, Sulaiman Bakar ketika dihubungi berkata sebahagian besar daripada 15,000 peneroka di 37 tanah rancangan Felda wilayah tersebut minta Felda mengkaji semula pemberian saham kepada peneroka. 

Katanya rata-rata peneroka meminta saham itu ditambah sekurang-kurangnya 200 unit lagi menjadikan 1,000 unit.

- Bernama 


Kerajaan PAS Kedah sahkan beli saham FGVH

ALOR SETAR - Pemilikan saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah mengikut prosedur sah dan tiada kaitan politik.


Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan PKNK memiliki 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera. 

“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya. 

Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan. 

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu. 

"Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500,” katanya. 

Mengenai pihak yang mempertikai pemilikan saham itu atau mengaitkan tindakan itu dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kononnya mahu mengaut keuntungan daripada penyenaraian saham FGVH, walaupun beberapa pemimpin PR lantang membantah penyenaraiannya, Abdul Rahman berkata: 

“Ia tiada kaitan politik. Jika ada pihak kaitkan pemilikan saham PKNK ini dengan prinsip pemimpin PR, itu soal politik. PKNK bukan badan politik, kita berorientasikan perniagaan dan mahu kembangkan bisnes untuk bantu lebih ramai usahawan Kedah,” katanya. 

Menurutnya, PKNK adalah badan berkanun kerajaan, berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan bumiputera dengan dipantau oleh Kementerian Kewangan. 

“PKNK ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah, namun di peringkat Pusat, PKNK diletakkan bawah pengawasan Kementerian Kewangan,” katanya. 

Abdul Rahman berkata, Lembaga Pengarah PKNK turut diwakili tiga wakil dari Pusat iaitu setiap seorang dari Miti, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. 

P/S : yang bodoh join perhimpunan oren, yang bijak beli saham FGVH.