Isnin, 8 Ogos 2011
Hebatnya PAS ....... jadikan gereja rumah Allah???
Patutlah kat Selangor ada orang Islam berbuka puasa di gereja ..... rupanya akibat daripada restu pemimpin2 yang memberipakai kebenaran nama Allah kepada bukan Islam. Oleh itu tiada bezanya antara masjid dan gereja ..... dua-duanya rumah Allah ...... Mungkin ada ahli-ahli PAS sembahyang terawih di gereja kut .....
......................................................................................................
Salam 2 all.
Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.
Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
YANG DITOLAK IALAH HUKUM HUDUD KELANTAN CIPTAAN PAS
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.
Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara. Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya. Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.
Dari pandangan biasa, memanglah mudah untuk kita menuding jari kepada kerajaan Pusat dan menuduh ianya tidak islamik dan sebagainya. Tapi bila kita kaji semula, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad tentulah mempunyai sebab yang kuat untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut.
Berikut adalah petikan ucapan Dr. Mahathir di Nilam Puri, 1994
Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.Pas Tolak Kerajaan Perpaduan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu ditubuh. Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran, ibadat dan hukum dalam Islam.

Khamis, 4 Ogos 2011
HANTU BESAR DALAM PKR ........??
Semalam, isu Mismah yang dimainkan oleh Malaysiakini disambut kencang oleh blogger pembangkang bagai mendapat peluru paling ampuh untuk membogelkan SPR, JPN dan Kerajaan BN/UMNO. Selain daripada isu Mismah, beberapa blogger pembangkang seperti Poji (Perisik Rakyat) dan Tulang besi (Malaysia Waves) ada jugak main isu ini tapi dari sudut berbeza.
Modus operandi pembangkang mengenai isu ini adalah untuk membogelkan SPR, JPN dan Kerajaan BN/UMNO. Keghairahan blogger pembangkang mendedah dan membogelkan JPN, SPR dan Kerajaan BN/UMNO telah memakan diri dan membogelkan siapa wakil rakyat mereka yang sebenar.
Isu yang dimainkan pembangkang ialah blogger pembangkang mendakwa sesiapa yang memiliki kad pengenalan bernombor kod negeri kelahiran 71 sebagai penduduk tetap yang baru mendapatkan MyKad. Tujuan pembangkang mengheboh-hebohkan kod 71 ialah untuk menunjukkan yang pemegang kad pengenalan itu adalah pengundi hantu.
Anda boleh membaca pendedahan yang dibuat oleh Double Y, http://yuseriyusoff.blogspot.com/
Isnin, 1 Ogos 2011
Pas Kelantan rasuah dan menyeleweng ...... ???
Pas Kelantan tidak bebas rasuah, penyelewengan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
KOTA BHARU 31 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan, kerajaan Pas Kelantan tidak sepenuhnya bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa seperti yang didakwa oleh pentadbiran negeri ini.
SPRM pada masa sama turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu takut untuk melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, rasuah dan penyelewengan mungkin berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut bagaimanapun ia tidak dilaporkan kepada pihaknya.
"Kita tidak boleh kata kerajaan Pas Kelantan bebas rasuah sepenuhnya. Rasuah atau penyelewengan sememangnya ada tetapi tidak dilaporkan kepada kita.
"Semua negeri ada rasuah, sukar untuk dikatakan pentadbiran bebas sepenuhnya rasuah cuma bezanya sedikit atau banyak," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Pengarah SPRM Kelantan di sini, hari ini.
Langgan:
Catatan (Atom)