Ahad, 3 November 2013

BETUL KE PEMIMPIN PAS MISKIN .......???



Umum mengetahui bahawa pemimpin Pas dan pakatan haram memang bijak bermain silap mata di hadapan rakyat.

Kehadiran mereka ke ceramah-ceramah dengan menaiki kenderaan biasa berjaya mengaburi mata rakyat yang menyangka mereka adalah orang yang biasa-biasa sahaja.

Lebih celaka, dalam ceramah, mereka pula tuduh orang lain hidup mewah kerana amalan rasuah dan pelbagai. Jadi itu antara modal yang digunakan untuk mengutip wang rakyat melalui derma politik di dalam ceramah pakatan haram.

Sedangkan, di belakang rakyat mereka juga sebenarnya hidup senang lenang dengan kemewahan yang menakjubkan. Ada yang memiliki kenderaan mewah lebih dari sebuah.

Ini tidak termasuk kapal layar peribadi, rumah penginapan di luar negara dan macam-macam lagi yang rakyat tidak tahu.

Walaupun hakikatnya, mereka ini tidak punya pekerjaan melainkan menghambakan diri kepada parti politiknya dan siang-malam asyik maki hamun di dalam ceramah sahaja.

Jadi, mana datangnya sumber kekayaan itu?

Lain ceritanya pula, gambar di atas menunjukkan kediaman milik bakal calon Pas bagi parlimen Larut dalam pilihan raya umum (PRU-13) yang lalu. Tapi Allah Maha Mengetahui isi hati makhluknya sama ada suci atau kotor. Akhirnya kecundang......

P.056 : LARUT
Datuk Hamzah Zainudin (BN) - 22,184
Datuk Fauzi Shaari (Pas) - 16,888
M.Raveedran (Bebas) - 278
Majoriti - 5,296

Sumber: 

Khabarnya ini adalah kediaman adalah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Mohd Fauzi bin Shaari yang terletak di No 7 Jalan 15/10, Seksyen 10, 40000 Shah Alam.

Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin Pas.

Berapa puluh ribu agaknya harga pondok ini? RM10,000.00? RM100,000.00 atau lebih RM1 juta? Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini? Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?

Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?