Khamis, 22 November 2012

HANTU MAK LAMPIR KAYA RAYA ........

Ahli Parlimen Ampang yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipercayai memiliki kekayaan luar biasa dengan pembelian empat kenderaan mewah sejak bergelar wakil rakyat pada 2008.

Ahli Parlimen Ampang ini juga didakwa hanya memiliki kenderaan kecil dibeli pada 2005 tetapi kini mempunyai sebuah kenderaan mewah berharga RM355,000 selepas menjadi ahli Parlimen Ampang dan PKR membentuk kerajaan negeri di Selangor pada 2008.

Dari mana beliau memperolehi wang yang banyak sehingga mampu membeli kereta-kereta mewah tersebut. Ini tidak termasuk rumah yang beliau duduki. Banyak manakah elaun wakil rakyat beliau. Mungkinkah beliau mempunyai perniagaan sendiri. Tetapi kenapa kekayaannya melimpah ruah selepas beliau menjadi Yang Berhormat???

4 tahun jadi YB sudah mampu membeli 3 kereta mewah

MENGATA DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG AWAK YANG LEBIH. Peribahasa ini memang sesuai untuk orang haramjadah. Tak sedar diri merempat ke negara orang mencari sesuap nasi celupar mulut pulak mengutuk kerajaan. Mulut longkang dia ibarat longkang-longkang yang menjijikkan yang ada di negara asalnya. Bukan nak berterima kasih malah mengutuk dan menghina kerajaan yang bermurah hati menerima dia sebagai rakyat negara ini. 

Orang ini digelar Mak Lampir . Tak tahulah apa sebab musababnya dia diberi gelaran itu. Tapi dia ini cukup licik dan mulutnya cukup berbisa. Pengikut dan penyokongnya dengan mudah diperbodoh-bodohkannya. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti seakan wajib dipercayai dan dipatuhi. Pengikut dan penyokongnya pasti akan mempertahankannya jika ada orang yang menafikan atau menempelaknya. Siapakah yang dimaksudkan ini???

Mak Lampir bersama bodyguardnya

Zuraida Kamaruddin di lahirkan di Bengkulu, Sumatera Indonesia. Akibat kemiskinan hidup pada masa itu di Indonesia keluarganya telah berhijrah ke Singapura. Ketika itu Singapura masih lagi berada dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Selepas berlaku perpisahan antara Singapura dengan Malaysia keluarganya mengambil keputusan untuk memilih Malaysia sebagai tempat bermaustatin. Selepas itu mereka telah di beri kerakyatan Malaysia. Nama asal mereka sekeluarga juga dipercayai telah ditukar.

Kalau hidup di Bengkulu sudah tentu begini keadaan Mak Lampir

Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008, Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin. kalau kita pernah pergi ke pasar Chow Kit dan melihat orang berjualan samalah seperti Zuraida berjualan ketika itu.

Penglibatannya dalam PKR bermula selepas dia menyertai sebuah pertubuhan pro pembangkang yang dikenali sebagai Gerakan Mansuhkan ISA. Hasil pergaulan dan perkenalan beliau dengan orang-orang pembangkang dalam pertubuhan itu membawa beliau menyertai PKR.

Kebetulan pada masa itu PKR berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan tidak ramai orang yang sanggup menerima jawatan-jawatan dalam parti.

Kesempatan yang sangat berharga itu diambil oleh Zuraida untuk menonjolkan diri dan meraih pengaruh dan sokongan dengan suara-suara lantangnya yang akhirnya membawa beliau berjaya memegang jawatan Ketua Wanita PKR.

Mulut longkang yang busuk Zuraidah menjerit-jerit, melaung-laungkan kata hina memaki PM Najib setaraf babi apabila menyebut "Najib Pandi Kutty", "Polis Pandi Kutty", "Mahkamah Pandi Kutty". Klik sini untuk lihat klip video.

Zuraida yang terkenal dengan bau badan yang masam di kalangan orang-orang PKR telah dipilih oleh PKR untuk menjadi calon mereka di Ampang dalam PRU ke 12 memandangkan pada waktu itu tidak ramai orang-orang PKR yang berminat untuk jadi calon. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Zuraida menang di Ampang dan dalam masa yang sama PKR berjaya membentuk kerajaan di Selangor. Ramai orang-orang PKR yang terlopong melihat orang yang selalu diperli dengan bau badan masam sebelum itu diangkat sebagai ahli parlimen oleh pengundi-pengundi Ampang.

Bermula Mac 2008 kehidupan Zuraida sekeluarga berubah setelah bergelar wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Zuraida tidak perlu lagi menjual buah. Selain sibuk sebagai ahli parlimen Zuraida juga sibuk memenuhi undangan-undangan ceramah di seluruh negara untuk membongkar ‘penyelewengan dan rasuah Umno’.


Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

No kenderaan : WNL 8994
No enjin : E94A84B
Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)
Tarikh daftar : 31.10.2005
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206

Namun seperti yang kami katakan diatas tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Daripada seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas menjadi wakil rakyat.

Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.


No kenderaan : WRL 575
No enjin : B5254 T2 A027402
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan : RM 355,000.00

Bayangkan daripada Perodua Myvi yang berharga RM 40k terus melonjak kepada Volvo yang berharga RM 355k. Itulah yang dinamakan rezeki.

Tahun 2009 tidak ada sebarang kenderaan baru yang dibeli oleh Zuraida. Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.



No kenderaan : WTY 1547
No enjin : 2KD650 8915
Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
Tarikh daftar : 31.05.2010
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 99,000.00

Mungkin dua kenderaan baru belum mengcukupi untuk menggantikan Perodua Myvi yang dimilikinya sebelum itu, maka pada tahun 2011 Zuraida membeli lagi sebuah kenderaan seperti berikut.

No kenderaan : WNA 276
No enjin : 1KD687 8384
Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
Tarikh daftar : 03.11.2011
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 107,000.00

Nampaknya tiga kenderaan di atas masih belum mengcukupi lagi buat Zuraida, satu lagi kenderaan berikut dibeli tahun 2012.



No kenderaan : BLR 9680
No enjin : 1129 1331 8818 93
Model : Mercedes Benz E240
Tarikh daftar : 24.05.2012
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206

Sehingga setakat hari ini itulah kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida sejak bergelar YB empat tahun lepas.

Semakan kami di laman web MyEG juga mendapati keempat-empat kenderaan Zuraida kecuali Mercedes E240 ada 20 saman tertunggak yang belum dibayar.

Kredit untuk PAPAGOMO

Selasa, 20 November 2012

ASAL MELAYU DARI KETURUNAN BANI ISRAEL???


DUNIA SEMAKIN HAMPIR KIAMAT 
TETAPI ASAL USUL BANGSA MELAYU MASIH BELUM DITEMUI

Pencarian asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.

Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas. Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia. Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu.

Melayu Proto yang berhijrah dari Pergunungan Selatan Yunan tinggal di pinggir-pinggir sungai 

Asal-usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

1. Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan)

2. Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.


Teori Yunnan

Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi. 

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut: 

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. 

2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). 

3 Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. 

Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. 

Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi. 

Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Fenomena ini adalah satu persamaan dengan para wanita Melayu. Teori Yunnan merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunnan. 

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya. 

Mungkinkah mereka ini orang Melayu Proto atau Melayu Deutro .....
Orang Negrito 

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 10000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. 


Melayu Proto 

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang. 


Melayu Deutro 

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar. 

Boleh baca dipautan ini ......
http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/page/5/

Ada yang berpendapat bangsa Melayu berasal dari kaum Bani Israel. Banyak teori-teori dan kajian-kajian yang dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu. Ada yang mengatakan bangsa Melayu adalah keturunan dari Qeturah. Siapa Qeturah???



Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut sila baca dipautan ini. Alter Terahsia Bangsa Melayu mempunyai 12 bahagian.

Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

http://alter-elnino.blogspot.com/2011/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html

Artikel di bawah adalah pendapat peribadi tuan punya blog tersebut iaitu Kumanddie. Pendapat beliau boleh kita baca dan masing-masing boleh membuat pertimbangan sendiri!

Tulis beliau berikutnya…..

“Sebenarnya sebelum perlantikan Imam Mahdi, pada tanggal 10 Ramadan, terdapat 2 gerhana , iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan berlaku serentak. Kejadian tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak akan berlaku lagi selepas itu. Jadi saudara-saudari boleh tunggu satu meteor besar (atau planet) yang akan menutupi bumi dan bulan nanti. Selepas itu baru ada satu suara di Masjid Nabawi yang akan melantik Imam Mahdi.

Mungkin masanya sudah dekat. Yang penting semua jemaah Islamiah dan umat Islam boleh bersatu ketika perlantikan tersebut. Nabi Muhammad saw kata Imam Mahdi berpakaian seperti Bani Israel (yakni sama dengan pakaian Nabi Isa as). Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani Israel ialah pakaian orang Patan dan Pashtun. Orang kita cakap “kurta”.

Orang Patan dan Pashtun adalah dari keturunan Bani Israel (dari puak Nabi Yusuf a.s.). Selain kurta, Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda bahawa Nabi Isa a.s. pakai serban yg mempunyai 2 ekor (mafhum). Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian rasmi bagi Bani Israel. Mengikut kitab Yahudi tua (Book of Mormon), sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang Professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Bani Israel.

Nak periksa betul atau tidak benda nie. Kita kena periksa persamaan antara budaya Melayu dengan budaya Bani Israel :

Pertama adalah gendang. Dalam hadis sahih, ketika Nabi s.a.w. bermesyuarat bagaimana hendak panggil orang sembahyang ketika masuk waktu, salah satu cadangan daripada sahabat r.a. adalah dengan menggunakan gendang. Nabi s.a.w. sabda gendang adalah budaya Bani Israel. Di dalam dunia ini, gendang hanya digunakan di masjid-masjid di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia. Tempat lain tidak ada. Jadi ini semua adalah tempat Bani Israel. Di Eropah pun, synagogue Yahudi tidak pakai gendang. Jadi yang benar-benar amal budaya Bani Israel adalah Afghanistan, Pakistan dan Malaysia. 

Benarkah Melayu dari keturunan Bani Israel?
Kedua adalah songkok. Songkok digunakan oleh Yahudi secara meluas di Eropah. Begitu juga di Russia, Azerbaijan dan Armenia. Ini semua adalah tempat Yahudi. Di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia, umat Islam memakai songkok. Sebenarnya, songkok hanya dipakai oleh kumpulan Bani Israel sahaja. 

Ketiga adalah serban 2 ekor. Cuba kita lihat tengkolok dan dasta. Tengkolok adalah ringkasan daripada serban Bani Israel yang mempunyai 2 ekor. Ini berdasarkan kpd serban Nabi Isa a.s. [lihat semutar orang melayu kelantan] 

Keempat adalah nama tempat. Di NS terdapat satu kawasan bernama Juasseh. Yahudi memanggil Nabi Yusuf a.s. sebagai Jusuf, manakala anaknya bernama Manasseh, yang diringkaskan sebagai Asseh. Jadilah Juasseh. Jadi mungkin ini adalah keturunan sebahagian Melayu Semenanjung. Selain dari itu, dalam kitab Yahudi tua, terdapat perkataan Moron (Maran) dan lain-lain bandar yg hampir serupa bunyinya. 

Kelima adalah nama surau. Terdapat di setengah tempat, surau 2 tingkat yg mempunyai madrasah di bawah, dipanggil sebagai Menesah. Jadi Menesah diambil daripada keturunan sebahagian Melayu iaitu Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.). 

Keenam. Sekiranya sebahagian Melayu adalah dari keturunan Nabi Yusuf a.s., jadi mesti ada Melayu yang cantik dan tampan. Saya pernah pergi UK. Orang sana cakap Melayu adalah manusia yg paling cantik di dunia. Begitu juga di Australia, 10 tahun dahulu expat Australia cakap Melayu adalah wanita yg paling cantik di dunia. Saya sendiri sudah buat perbandingan, secara peribadi wanita tercantik adalah dari negara Venezuela, Italy , Palestin dan Jordan. Namun setelah saya buat perbandingan, sesetengah wanita Melayu jauh lebih cantik dpd mereka semua. Jadi mungkin terdapat gene Nabi Yusuf a.s. dalam darah sesetengah Melayu. Kerana Nabi Yusuf a.s. adalah manusia yg paling tampan dalam sejarah manusia. Kita boleh lihat ramai wanita cantik di Pasir Mas, Taiping, Seremban dan Kuantan. 

Ketujuh adalah baju Melayu. Sekali tengok baju Melayu adalah seakan-akan kurta yg telah dipendekkan. Namun begitu, tujuan saya tulis ini adalah untuk menunjukkan bahawa yg dikatakan sebagai tentera Imam Mahdi adalah dari kalangan Bani Israel, iaitu seramai 70,000 orang. Mungkin terdapat sedikit Melayu dalam barisan tersebut. Sementara dalam kitab Yahudi tua pula, golongan Manasseh bakal sembelih Yahudi jahat di Palestin kelak.Wallahu’alam…. 

Sekarang saya ingin menghuraikan tentang cerita api masyriq ketika munculnya Imam Mahdi.Kalau Isyraq bermaksud, kedudukan matahari di atas bumi setinggi 2 galah. Maka api masyriq mungkin bermaksud BOM NUKLEAR. Jadi kalau berpandu kepada hadis, maka Iran dan Iraq bakal di bom nuklear selama 3 hari. Ini menyebabkan angin radio aktif berwarna hitam akan bertiup dan bakal membunuh ramai umat manusia. Sungai Furat di Iraq akan naik mungkin disebabkan empangan hidroelektrik pecah ketika berlaku peperangan.Tentera Amerika mungkin menggunakan Turki sebagai base. Setelah mereka mengebom Iraq dan Iran, maka tentera Amerika terus mara dan menakluki Arab Saudi pula. Ketika itu, Arab Saudi sedang mengalami masalah dalaman , iaitu putera-putera Raja sedang berebut harta. 

Setelah Iran dan Iraq dibom nuklear. Amerika mengawal 2 negara , iaitu Turki dan Arab Saudi. Ketika ini barulah Imam Mahdi muncul. Tentera Imam Mahdi tidak bersenjata. Tetapi sejumlah 3,000 atau 6,000 malaikat (kalau tak silap) akan membantu tentera tersebut. Tentera Amerika akan tewas di Arab Saudi dan Turki. Israel juga akan lenyap. 

Jumlah tentera Imam Mahdi adalah seramai 70,000 orang. Kebanyakannya adalah dari Pakistan dan Malaysia. Kenapa saya kata 2 negara tersebut. Ini berpandu kepada hadis bahawa ramai di kalangan tentera Imam Mahdi adalah dari keturunan Bani Ishaq. Kalau dilihat kepada salasilah keturununan, maka Patan/Pashtun adalah dari keturunan Nabi Yusuf a.s. Sebab itulah Russia dan Amerika menyerang Afghanistan. Mengikut kitab Yahudi, satu lost tribe Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi jahat di Palestin. 


Daripada 12 puak Bani Israel, keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Di dalam kitab Yahudi tua pula, golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal sembelih Yahudi jahat di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii. Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip lost tribe). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh pemimipin Yahudi Amerika dan Russia). 4 tahun lalu (kalau tak silap), seorang Professor di USA bernama Ralph Olssen telah membuat hypothesis baru. Pada mulanya Yahudi sangka, Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala Manasseh. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. 

Kemudian Prof Ralph Olssen kaji secara mendalam tentang Book of Mormon dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. 

Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa lost tribe dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal sembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. 

Jadi, bagi pendapat saya, 70,000 tentera Imam Mahdi adalah terdiri daripada orang-orang Pakistan (termasuk Afghanistan) dan Malaysia (termasuk Selatan Thai). Namun yang berada di barisan hadapan adalah orang-orang Melayu. 

Satu lagi cerita , setelah kewafatan Imam Mahdi, Nabi Isa a.s. bakal melantik seorang lagi Khalifah Islam. Nama beliau adalah Muqat. Pada pendapat saya, tidak ada orang Arab yang bernama Muqat. Yang paling hampir adalah Megat. Jadi kalau Imam Mahdi bakal memerintah dunia Islam selama 19 tahun, jadi Megat pula bakal memerintah dunia Islam selama 70 tahun selepas itu. 

Saya nak tambah sikit. Di alam Melayu ini, bukan puak Nabi Yusof a.s. (Ganu kite cakap Jusoh, mungkin pakai loghat Bani Israel) saje yang ada di sini. Bahkan ada satu lagi puak Bani Israel yang wujud, iaitu Jawi. Mengikut cakap orang tua-tua, semasa kerajaan Champa, telah wujud satu lagi puak Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Jawi (Levi). Ketika itu mana-mana orang Melayu yang menganut agama Nabi Ibrahim a.s. digelar sebagai “masuk Jawi”. Jadi mereka ini dikenakan berkhatan sebagai tanda kemasukan ke agama Nabi Ibrahim a.s. . Levi adalah salah seorang anak kepada Nabi Yaakob a.s., sama macam Nabi Yusof a.s. . Levi merupakan ketua kepada seluruh Ulama’ agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel ketika itu. 

Perlu diingat, puak Manasseh yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu pada 600 BC bukannya beragama Nabi Musa a.s. . Bahkan mereka adalah beragama Nabi Ibrahim a.s. juga, sama macam keturunan Jawi (Levi) yang berada di Champa sebelum itu. Ini kerana Book of Mormon adalah kitab tentang agama Nabi Ibrahim a.s. dan bukannya agama Nabi Musa a.s.. Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa kaum Jawi adalah bangsa Jawa sekarang. Kalau dilihat dari segi air muka, mungkin ada kebenarannya. Namun begitu tiada ujian DNA pernah dilakukan bagi tujuan pengesahan. Namun, sekiranya dakwaan ini benar, maka Jawa akan berada di barisan tengah di dalam pasukan tentera Imam Mahdi. Jadi ini tidak bersalahan dengan hadis Nabi s.a.w. bahawa , tentera Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak. 

Satu lagi, mengikut saintis, satu planet bernama Nibiru, akan muncul pada tahun 2012. Mungkin planet ini yang menyebabkan terjadi 2 gerhana serentak pada awal Ramadan . 

Sebenarnya , saya hendak tambah sedikit cerita tentang Jawi. Pemahaman Arab tentang Bani Jawi yang merujuk kepada Melayu adalah sedikit tersasar. Di alam Melayu , Jawi merujuk kepada agama Nabi Ibrahim a.s.. Bani Jawi yang menjadi rujukan Arab sebenarnya bermaksud keturunan Keturah. 


Siapakah Keturah? 

Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. . Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa. Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. 

Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon), dan sementara Yur pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Ibrahim a.s. iaitu berhampiran dengan kota Babylon. 

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Yahudi tua. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. 

Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.. Jawi sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. . Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. 

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala/Mon. Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala/Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala/Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a .Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah lebih bijak dan segak, ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor dan Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. .Namun Mala/Mon bukanlah bangsa asal. Mala/Mon adalah daripada bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah berhampiran dengan Laut Hitam. 

Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang Arkeologist Eropah di sekitar tahun 1830an lagi (lama tu). Maka , ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak , atau bermaksud 22 bangsa asas (kalau tak silap saya). Jadi Nabi Adam a.s. telah ajarkan 22 jenis bahasa kepada kesemua 44 orang anak beliau, berdasarkan kepada jenis bangsa tersebut.Jadi , apa yang saya hendak tegaskan disini ialah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan Bani Ishak yang menjadi tentera Imam Mahdi adalah merupakan anak-anak Keturah (orang Islam Asia Tenggara), dan juga Bani Israel yang beragama Islam (mungkin keturunan Nabi Yusuf a.s. iaitu dari Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu). 

Jika kita lihat hadis Nabi s.a.w., maka kita akan dapati cerita akhir zaman hanya berkisar di kalangan keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Persoalan sekarang adalah kenapa ALLAH melantik tentera Imam Mahdi di kalangan Bani Ishak???Ini adalah kerana sewaktu dunia akhir zaman, keturunan Nabi Ibrahim a.s. di pandang hina malah disamakan dengan Iblis laknatullah alaihi , terutama sekali di sebelah Bani Israel. Contohnya adalah Dajjal laknatullah alaihi, Yahudi jahat, Freemason, Illuminati, dan sebagainya. Ini semua telah memburukkan nama baik Nabi Ibrahim a.s. . 

Namun begitu di dalam al-Quran , ada terpampang tentang doa khusus Nabi Ibrahim a.s. untuk keturunannya , iaitu beliau meminta ALLAH menjadikan keturunan Nabi Ibrahim a.s. sebagai golongan yang mendirikan sembahyang , terus-menerus sehingga Hari Kiamat. Jadi kemunculan tentera Imam Mahdi adalah untuk memadamkan salah faham tentang keturunan Nabi Ibrahim a.s., yakni di kalangan Bani Israel. Mungkin ALLAH ingin menunjukkan kepada hambaNYA bahawa ada keturunan Bani Ishak (termasuk Bani Israel) yang terus-menerus mendapat hidayat daripada ALLAH SWT. 

Ada sesetengah ulama ada mengatakan terdapat lebih 60 buah kubur Sahabat Nabi s.a.w. yang tertanam di kawasan Malaysia-Indonesia. Maksudnya kita masih belum putus daripada hidayat ALLAH sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi. Begitu juga Pakistan dan Afghanistan masih belum putus daripada hidayat ALLAH sejak zaman Bani Israel lagi. Mereka juga menganut agama Islam sejak zaman awal Islam lagi. 

Untuk menguatkan lagi hubungan antara Bani Ishak dengan anak-anak Keturah, cuba baca kitab Yahudi tua ini : 

“Then again Abraham took a wife, and her name was Keturah. And she bare him Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And Jokshan begat Sheba, and Dedan. And the sons of Dedan were Asshurim, and Letushim, and Leummim. And the sons of Midian; Ephah, and Epher, and Hanoch, and Abidah, and Eldaah. All these were the children of Keturah. And Abraham gave all that he had unto Isaac. But unto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent them away from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east country. And these are the days of the years of Abraham’s life which he lived, an hundred threescore and fifteen years. Then Abraham gave up the ghost, and died in a good old age, an old man, and full of years; and was gathered to his people. And his sons Isaac and Ishmael buried him in the cave of Machpelah”. Genesis 25:1-9  

Sebelum wafat, Nabi Ibrahim a.s. telah memberi semua anak-anak beliau melalui perkongsian hidup bersama Keturah kepada Nabi Ishak a.s. . Ini membuktikan bahawa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa tentera Imam Mahdi adalah dikalangan Bani Ishak adalah umat Islam di kalangan Bani Israel dan anak-anak Keturah Yakni Afghanistan, Pakistan, Melayu dan Nusantara. 

Pasal nasab Rasulullah s.a.w., kebanyakan nasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w. adalah daripada Ali Zainal Abidin , iaitu anak kepada Saidina Hussein r.a. . Keturunan Ali Zainal Abidin merupakan yang ramai sekali di nusantara. Ini termasuk Raja Aceh, Sultan Pahang, Raja Lama Terengganu, Raja Lama Johor, Wali Songo, Sultan Banten, Sultan Cirebon, Sayyid dari Hadramaut, Sharif dari Hadramaut, Sheikh, Syed, Raden, Habib, Wan (Pahang), Wan (Terengganu), Megat, Meor, Tengku (Johor), Tengku (Pahang), Tengku (Terengganu), dan seumpamanya. Walaupun mereka juga keturunan pendakwah., namun ini semua bukan keturunan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bakal menjadi Imam Mahdi. 

Yang bakal menjadi Imam Mahdi mestilah daripada keturunan Saidina Hasan r.a. . Setelah saya meneliti, maka keturunan Saidina Hasan r.a. adalah daripada Ali Nurul Alam, iaitu bangsawan Majapahit yang mentadbir Kelantan Lama. Keturunan tersebut adalah terdiri daripada Wan (kedua-dua Wan di Kelantan dan Wan di Acheh), Nik, Long dan Pangeran (Brunei). Inilah keturunan pendakwah yang ada kemungkinan merupakan gene yang dipunyai oleh Imam Mahdi. 

Satu perkara yang perlu diingat, Imam Mahdi tidak pernah mengaku bahawa beliau adalah bakal Imam Mahdi. Hanya Umat Islam yang akan mencari beliau. Mengenai Pemuda Bani Tamim pula, mana-mana Jemaah Islam yang berkiblatkan kepada keluarga Saidina Abu Bakar r.a. ketika waktu ini, pemimpin mereka sebenarnya adalah Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w.. Tanda-tanda Pemuda ini ialah, sekiranya beliau hendak buat satu perhimpunan, maka jumlah Umat Islam yang hadir akan mencecah jutaan orang dari seluruh pelusuk dunia. Ini termasuk dari negara-negara yang tidak popular seperti Nicaragua, Botswana, dan seumpamanya. Saya kira , saya tidak perlu hurai secara detail tentang perkara ini. Anda semua boleh periksa di masjid masing-masing. 

Saya ingin huraikan sedikit kenapa saya kata Imam Mahdi mungkin orang di sebelah sini. 

Pertamanya, mengikut tertib ALLAH, sekiranya orang yang mulia hendak dibangkitkan, maka keturunannya mestilah di kalangan pendakwah. Sekiranya kita lihat sekarang, keturunan Nabi s.a.w. yang ada di Tanah Arab bukanlah terdiri daripada keturunan pendakwah. Jadi kalau ALLAH hendak membangkitkan manusia mulia, ianya mestilah seorang daripada darah pendakwah. Jadi ahlul bait yang berada di luar Tanah Arab yang sepatutnya menjadi keutamaan di sisi ALLAH. (Namun ini hanyalah pandangan saya yang hina sahaja). 

Kedua, mengikut hadis, pengikut Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak. Jadi terdapat dua golongan sahaja dalam kategori ini. Iaitu Bani Israel Muslim dan anak-anak Keturah. Setelah disiasat, hanya puak Nabi Yusuf a.s. sahaja yang dikatakan Bani Israel yang mendapat hidayat untuk menjadi Umat Islam. Mereka adalah Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu. 

Ketiga, yang dikatakan sebagai anak-anak Keturah adalah orang-orang Nusantara iaitu, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei dan seumpamanya. Jadi maksudnya, Imam Mahdi mestilah menguasai bahasa Melayu, bahasa Urdu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Saya kata bahasa Inggeris sebab ada dalam hadis mengatakan bahawa Imam Mahdi akan bersemuka dengan tentera Gentile (Romawi) sebelum Tentera Islam dan Tentera Nasrani berperang. Jadi Imam Mahdi mungkin fasih dalam 4 bahasa. 

Saya hendak tambah sedikit, Imam Mahdi mungkin akan menjadi Khalifah Islam selama 19 tahun (ada satu lagi riwayat mengatakan hanya 7 tahun). Namun selepas pemergian beliau, maka Khalifah Islam yang seterusnya bernama MEGAT. Di sini perlu kita ingat. Terdapat 2 jenis Megat dalam negara ini. Satu Megat daripada Tengku. Ini adalah keturunan Syed Zainal Abididn Tun Dagang, iaitu keturunan Nabi s.a.w., iaitu daripada Saidina Hussein r.a.. Yang satu lagi Megat adalah daripada Bugis Makasar, iaitu keturunan daripada Yemen. 

Jadi Khalifah Islam yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah Megat daripada Bugis Makasar, iaitu keturunan daripada pendakwah Yemen. Megat akan menggantikan Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam (selepas kewafatan Imam Mahdi) dan akan memerintah selama 70 tahun. Kemudian , 30 tahun selepas kewafatan Megat, maka terdapat seorang lelaki perkasa yang berkulit hitam keturunan Afrika akan menghancurkan seluruh Kaabah. Ketika itu akan muncul binatang yang bernama Dabbatul-Ardh yang boleh berkata-kata seperti manusia, dan akan keluar daripada perut bumi. Ketika itu juga, ALLAH akan matikan ramai orang yang berilmu dan orang beriman. Quran juga akan hilang daripada suhufnya. Waktu itu, mereka yang ada kalimah Tauhid LAILAHAILLALLAH sahaja yang akan mendapat keampunan dan kasih ALLAH. 

http://rajanusantara.blog.com/2011/01/03/hello-world/

Wallahua' lam ......

Sabtu, 17 November 2012

PAS TIDAK TERIMA CINA DAN INDIA

MENJELANG KEMERDEKAAN : 
PAS TOLAK SURUHANJAYA REID, PERIKATAN SOKONG 

Inilah bangsa yang PAS tak suka diberi kerakyatan

Sekembalinya dari London, Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, singgah di Melaka pada 25 Februari 1956 untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Orang ramai yang berkumpul di padang Bandar Hilir Melaka menyambut pengumuman bersejarah itu dengan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. 

Dalam keasyikan melaungkan kalimah merdeka itu, terserlah juga kebimbangan di kalangan orang Melayu tentang nasib yang akan menimpa mereka selepas Tanah Melayu merdeka. Mungkinkah mereka akan mengalami nasib sama seperti orang Palestin? 

Melihat kepada tuntutan melampau pertubuhan bukan Melayu menambahkan lagi kebimbangan mereka. Sebagai sebuah parti Melayu, PAS atau Parti Islam se-Tanah Melayu memandang serius terhadap tuntutan melampau kaum bukan Melayu yang kiranya diterima bukan sahaja akan menghakis hak ketuanan Melayu tetapi juga menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai pribumi negara ini. 

Atas pendirian itu PAS perlu memain peranannya sebagai pembela bangsa dan agama. PAS tidak yakin Umno akan dapat menjaga kepentingan orang Melayu kerana terikat dengan semangat setiakawan Perikatan yang berjuang atas landasan Tanah Melayu untuk orang Malayan. 



Setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu, kerajaan British telah melantik Lord Reid, seorang Hakim Besar, sebagai pengerusi Suruhanjaya Bebas bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Butir-butir rujukan suruhanjaya itu adalah seperti berikut: 

1. mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat; 
2. menjaga kedudukan dan kehormatan Raja-Raja Melayu; 
3. perlantikan salah seorang Sultan sebagai Raja Berperlembagaan yang bergelar Yang diPertuan Besar; 
4. mempertahankan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kaum-kaum lain; 
5. menyediakan hak kerakyatan yang sama kepada semua penduduk di Tanah Melayu. 

PAS kecewa kerana bukan mereka yang menjadi hero
Suruhanjaya Perlembagaan Tanah Melayu telah menerima 131 memorandum daripada badan politik, badan bukan politik dan individu. PAS adalah antara pertubuhan politik yang turut mengemukakan memorandum kepada suruhanjaya itu. 

Pada prinsipnya PAS tidak bersetuju dengan cadangan Perikatan mengenai penubuhan Suruhanjaya Besar Asing untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Alasan PAS ialah ahli-ahlinya tidak “tahukan hal Persekutuan Tanah Melayu ini, dan kesulitan-kesulitan politiknya, selain daripada rakyat negeri ini”. 

PAS tidak keseorangan dalam memperkatakan perkara ini. Pada awalnya Raja-Raja Melayu juga tidak bersetuju untuk menerima Suruhanjaya Bebas itu. Salah seorang daripada Raja-Raja Melayu pernah menyuarakan kebimbangan baginda terhadap kejujuran Suruhanjaya Bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya. 

Raja-Raja Melayu bimbang Suruhanjaya itu akan mencadangkan Perlembagaan yang menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu. Raja-Raja Melayu juga bimbang dengan orang Cina bukan kelahiran tempatan. 

Bagaimanapun, sebagai tanda penghormatan kepada asas demokrasi dan memandangkan kepada kepentingan bangsa dan negara, PAS mengemukakan juga memorandum kepada suruhanjaya itu pada 14 Julai 1956. 

Sebagai sebuah parti orang Melayu beragama Islam, PAS memandang serius terhadap tuntutan orang asing yang menuntut hak yang sama seperti orang Melayu. The Pan-Malayan Federation of Chinese Associations sebagai contoh, menolak secara total hak ketuanan Melayu sebaliknya menuntut prinsip Jus Soli dikuatkuasakan. Kebimbangan ini terbayang dalam memorandum yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Reid. 


NEGERI ORANG MELAYU 

PAS kata Tanah Melayu hanya untuk Melayu 
Pada pandangan PAS, Tanah Melayu adalah negeri orang-orang Melayu dan hak ini telah diiktiraf oleh perundangan dan disahkan oleh sejarah. Oleh kerana itu peruntukan 5 dalam Butiran Rujukan Suruhanjaya itu hendaklah dilihat dari sudut bahawa negeri ini adalah negeri orang Melayu. Sebarang usaha untuk menindakkan hak keistimewaan itu adalah bercanggah dengan hak kemanusiaan dan prinsip undang-undang. 

Orang-orang Melayu hanya mempunyai satu sahaja kedudukan dalam negeri ini, iaitu mereka memiliki negeri ini. Dan, hak kedaulatan orang Melayu ke atas negeri ini adalah mutlak. PAS tidak bersetuju kiranya pemberian hak keistimewaan dan pelindungan kepada orang Melayu kerana kelemahan mereka dari segi politik dan ekonomi berbanding dengan kaum asing. PAS mahu suruhanjaya memperakui bahawa negeri ini adalah kepunyaan orang Melayu. 

PAS TOLAK JUS SOLI 

PAS juga membantah keras tuntutan orang asing untuk menjadi rakyat negeri ini berasaskan prinsip Jus Soli ataupun melonggarkan syarat kerakyatan. Sekiranya tuntutan kaum asing itu diterima serta mengambilkira kekuatannya dari segi ekonomi, pasti ia akan menimbulkan kekacauan dari segi politik. 

Kini mereka bersekongkol menjahanamkan Malaysia
Di bawah penjajahan British, negeri-negeri Melayu telah dibuka kepada kaum imigran tanpa sekatan. Keadaan ini telah mengakibatkan jumlah pendatang asing meningkat secara mendadak dan melebihi bilangan penduduk orang Melayu. Kaum asing mengambil kesempatan daripada kelemahan orang Melayu untuk membolot kekayaan negeri ini. 

Sesungguhnya prinsip Jus Soli hangat dibincang sejak 1946 lagi apabila prinsip ini mula-mula diperkenalkan dalam dasar Malayan Union. Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak prinsip Jus Soli dalam pemberian kerakyatan kepada bangsa imigran. Justeru, prinsip Jus Soli digugurkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu (1948). 

Pendirian tegas Raja-Raja dan orang Melayu terhadap isu ini tidak berubah. Pada 1950 prinsip Jus Soli sekali lagi ditolak orang Melayu apabila dicadangkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Antara Kaum. Jawatankuasa ini menawarkan untuk membantu orang Melayu dalam bidang ekonomi sebagai pertukarannya. 

Mahasiswa Melayu di Universiti Malaya di Singapura, dalam memorandum yang dikemukakan kepada Raja-Raja Melayu, merayu supaya cadangan itu ditolak. Pada pandangan mahasiswa Melayu itu, cadangan itu kiranya diterima akan menjejaskan kedudukan orang Melayu dari segi jangka panjang. 

Atas hujah yang sama PAS menentang prinsip Jus Soli. Oleh kerana Tanah Melayu adalah negeri Melayu, maka PAS mencadangkan struktur sosial dan pola kebudayaan Tanah Melayu hendaklah disesuaikan dengan keadaan itu. Kebudayaan Kebangsaan hendaklah berumbikan kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan. 

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI 

Bersesuaian dengan itu, bahasa Melayu mesti dijadikan bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan dan bahasa Melayu juga mesti menjadi bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran. Bahasa Inggeris masih kekal sebagai bahasa kedua tetapi untuk tempoh lima tahun sahaja. Penggunaan bahasa Inggeris hendaklah dipastikan tidak akan menjejas kedudukan dan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

Sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, PAS mencadangkan agama Islam menjadi agama rasmi negara. PAS percaya dan yakin bahawa ajaran Islam mampu untuk memandu kemajuan negara dari segi politik. 

Dari segi pemerintahan PAS bersetuju dengan sistem Persekutuan sedia ada. Bagaimanapun PAS mahu pastikan sistem Persekutuan tidak akan menjejaskan maruah dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. 

Mengenai soal kerakyatan, PAS mencadangkan supaya prinsip kerakyatan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948) dikekalkan tetapi dengan beberapa pindaan, iaitu: 

1. Jangkamasa kemastautinan yang diperlukan oleh bangsa asing bagi melayakkan mereka memohon status kerakyatan ialah tidak kurang daripada 15 tahun. 

2. Membantah penggunaan prinsip Jus Soli untuk orang asing. 

3. Hanya bahasa Melayu sahaja diguna untuk peperiksaan kelayakan bahasa bagi mendapatkan kerakyatan. 

PAS juga mencadangkan supaya rupa bangsa di Tanah Melayu adalah rupa bangsa Melayu. 


HAK KEISTIMEWAAN MELAYU 

Dari segi hak keistimewaan orang Melayu, PAS meminta Suruhanjaya Reid memperakui bahawa Persekutuan Tanah Melayu adalah milik orang Melayu. Oleh itu hak keistimewaan Melayu sebagai tuan rumah hendaklah diiktiraf dan dihormati serta dipertahankan sampai bila-bila masa. 

PAS berikrar akan mempertahan hak orang Melayu sekiranya cuba digugat oleh kaum asing. Bagaimanapun PAS memberi jaminan bahawa hak kaum asing akan tetap dihormati. 

PAS juga menegaskan kepada Suruhanjaya Reid supaya memastikan sebarang pindaan ke atas hak keistimewaan orang Melayu, bahasa kebangsaan dan agama Islam hendaklah dengan persetujuan sebulat suara Majlis Raja-raja Melayu. 

Dapat dikatakan bahawa pada umumnya badan politik dan bukan politik Melayu bersetuju dengan pandangan PAS. Antaranya ialah The Malay Forum dan Kongres Pelajaran Melayu. The Malay Forum, dalam memorandumnya pada 6 Ogos 1956, membantah sebarang cadangan untuk menidakkan hak keistimewaan Melayu di tanah airnya sendiri lebih-lebih lagi peruntukan yang melonggarkan syarat-syarat kerakyatan kepada kaum asing. 

Kongres Pelajaran Melayu, dalam memorandumnya, kepada Suruhanjaya Reid pada 15 Ogos 1956, juga menuntut Suruhanjaya Reid menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu berasaskan hak keistimewaan orang Melayu dari segi undang-undang. 

UMNO juga turut mengemukakan cadangannya kepada Suruhanjaya Reid. Tuntutan Umno bagaimanapun dicantumkan bersama dengan tuntutan MCA dan MIC dalam Memorandum Perikatan (The Political Testament of the Alliance). 


PENYATA SURUHANJAYA REID 

Setelah selesai sidang perjumpaannya, anggota suruhanjaya mengadakan mesyuaratnya di Rome. Dalam bulan Februari 1957, suruhanjaya mengeluarkan Penyata Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka. 

Dalam penyatanya, suruhanjaya menolak cadangan PAS tentang hak ketuanan Melayu dan Islam sebagai asas perlembagaan. Suruhanjaya mencadangkan supaya rakyat Komanwel memiliki dua kerakyatan. 

Dengan lain perkataan, seseorang itu boleh menjadi rakyat India dan juga rakyat United Kingdom serta tanah-tanah jajahan lain pada masa yang sama sungguhpun orang itu mengakui taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negeri yang didiaminya. 

Suruhanjaya bagaimanapun bersetuju dengan cadangan supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi. Namun demikian bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi selama sepuluh tahun selepas merdeka, dan tidak lima tahun seperti yang dicadangkan oleh PAS. 

Selepas sepuluh tahun, kedudukan bahasa Inggeris akan ditentukan oleh Parlimen. Suruhanjaya juga mencadangkan supaya bahasa Kuo-Yu dan Tamil boleh digunakan dalam Majlis Perundangan Persekutuan dalam tempoh itu. 

Dengan itu, tidaklah hairan Penyata Suruhanjaya itu dikritik PAS. PAS menganggap penyata itu sebagai pengkhianatan kepada bangsa Melayu. Ini kerana penyata itu menolak ketuanan Melayu. Keadaan ini berlaku kerana anggota-anggota Suruhanjaya itu berjiwa penjajah. 

Pada 2 Mei 1957 PAS mengadakan mesyuarat agung khas di Kuala Lumpur bagi membahas Penyata Suruhanjaya. Sebuah kertas kerja dibentang oleh Osman Abdullah, Setiausaha Agung PAS. Beliau menganggap Penyata Suruhanjaya itu sebagai aneh kerana di dalam Perlembagaan yang dicadangkan itu tidak ada ketuanan yang diiktirafkan. 

Oleh kerana Penyata Suruhanjaya itu dianggap mengkhianati bangsa Melayu, PAS mencadangkan supaya melemparkan penyata itu semua sekali dan digantikan dengan satu cara pentadbiran dan cara perlembagaan yang dibuat oleh rakyat negeri ini dan diredhai oleh mereka… 

Pada pandangan PAS, Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka itu hendaklah mengandungi lima perkara besar, iaitu: 

1. Mengaku bahawa bangsa Melayu adalah tuan punya negeri ini. 

2. Mengaku bahawa orang Melayulah sebagai Bumiputera negeri ini dan hendaklah mempunyai hak yang istimewa dan bukan pada kulit sahaja. 

3. Hendaklah ditegaskan di dalam kerakyatan negeri ini satu syarat yang besar, iaitu tiada seseorang pun boleh menjadi rakyat negeri ini melainkan dibuat syarat dan ikatan bahawa ia benar-benar taat kepada negeri ini. 

4. Hendaklah ditegaskan bahawa agama Islam mestilah dijadikan agama rasmi tetapi bukanlah agama Hari Raya, agama Puasa atau agama Pejabat Agama tetapi agama yang menjadi panduan kepada hidup negeri ini dan kepada pemerintahan. 

5. Hendaklah ditetapkan dalam Perlembagaan bahawa bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi dengan serta merta. 

Tuntutan PAS bagaimanapun ditolak British. 


Setelah beberapa penyesuaian dibuat, rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan yang dikuasai Perikatan Umno-MCA-MIC pada 27 Ogos 1957. Pada 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka. 

Selasa, 13 November 2012

ANTARA ULAR DAN PAS, YANG MANA PALING HEBAT MEMBELIT??



Mungkin kita masih ingat kata-kata gurauan dulu-dulu pasal belit membelit. Kalau jumpa ular dan orang India, yang mana perlu diketuk dahulu? Maka kita kena ketuk orang India itu dahulu. Ini adalah kerana orang India lebih pandai membelitkan kata-kata sehingga boleh memudaratkan kita daripada seekor ular yang hanya membelit jika terasa dirinya terancam. Itu gurauan dulu-dulu.

Tapi pada hari ini ada lagi satu puak yang ilmu membelitnya sangat hebat. Lebih hebat dari orang India ilmu membelitnya. Lebih-lebih lagi apabila puak ini ditimpa malu, tersepit dan mahu menghalalkan semula sesuatu yang telah mereka haramkan.

Banyak perkara yang telah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO lakukan telah mereka haramkan dengan fatwa-fatwa mereka. Bagi mereka apa yang telah BN dan UMNO lakukan adalah haram dan bertentangan dengan Islam. Misalnya UMNO menjadi kufur kerana berkawan dengan kafir (MCA, MIC dan Gerakan) dan UMNO kafir kerana menolak Islam dan Hudud.
 
Lebih 3 tahun lampau atau lebih tepat lagi pada 12 Ogos 2009, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah berkata bahawa, tidak menjadi kesalahan untuk pemimpin DAP menghina Islam dan ia bukanlah satu isu kerana pemimpin DAP bukannya beragama Islam.

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” demikian kata Menteri Besar Kelantan itu ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP  yang dilihat sering menghina kesucian Islam.

Maksud kata Nik Aziz mudah untuk difahami, pada pandangannya selagi seseorang itu agamanya bukan Islam, maka mereka mempunyai hak untuk mempertikaikan ajaran Islam malah berhak untuk menghina Islam.

Tiga tahun selepas itu yakni pada 12 Ogos 2012 pula, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula dalam satu kenyataan akhbar sebagaimana tersiar dalam Sinar Harian Online, menyatakan bahawasanya, DAP berhak menolak pelaksanaan hukum hudud kerana mereka bukanlah beragama Islam.
Ironinya, tatkala PAS mengiktiraf hak DAP untuk menghina, memperlekehkan Islam serta menolak hudud, tiba-tiba sahaja seminggu dua ini pula para pemimpin PAS terasa hangat hati dengan komen Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL).

Marah betul mereka dengan CSL, sehingga mempunyai ruang masa untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma MCA berikutan kenyataan Presiden MCA itu yang mendakwa perlaksanaan hudud PAS bakal menyebabkan 1.2 juta orang hilang pekerjaan.

Karpal Singh yang dengan selambanya mencabar PAS untuk langkah mayatnya dulu sekiranya mahu menegakkan Negara Islam, malah secara terbuka mempertikaikan perlaksanaan hudud PAS, tak pula menyebabkan PAS hangat hati sehingga mengadakan demonstrasi depan pejabat DAP.

Agaknya dalam kes DAP, para pemimpin PAS terlalu sibuk dan kesuntukkan masa untuk berdemo barangkali. Maklumlah rakan sepakatan, maka tentulah ada pengecualiannya atas sebab pemimpin DAP bukannya orang Islam.

Sebaliknya para pemimpin PAS bangga pula bersolat di hadapan bangunan DAP malah dengan senang hati menggunakan pentas ceramah DAP untuk mengutuk dan mengecam sesama Islam.
Polemik yang membabitkan CSL dan pendirianya terhadap hudud PAS memang agak kritikal dan sinis. Tentu sekali ia berkait rapat dengan ‘kebenaran’ yang pernah PAS berikan pada DAP dan ia diambil kesempatan oleh CSL dengan nada yang sedikit lembut berbanding penolakkan keras dari DAP.

Dalam hal ini, PAS patut menyalahkan diri sendiri, dek kerana terlampau berlembut dengan DAP, maka peluang itu diguna pakai pula oleh CSL untuk meremehkan hudud PAS.

Jika dengan DAP, Nik Aziz dan Hadi Awang boleh mentakrifkan tentangan oleh DAP sebagai hak mereka selaku orang bukan Islam, kenapa dalam kes CSL mesti ada perbezaannya? Bukankah CSL juga bukannya beragama Islam?

Hari ini Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjelaskan putarbelit yang disebarkan oleh PAS dan PKR dengan memesongkan kritikan CSL terhadap hudud ciptaan PAS kepada CSL dan MCA menghina Islam dan hudud. Seperti juga Tun Mahathir dahulu yang menolak hudud ciptaan PAS diputarbelitkan oleh ulama-ulama PAS dengan mengatakan Tun Mahathir dan UMNO menolak hudud.

Ramai juga yang termakan dengan putarbelit PAS termasuklah penyokong-penyokong kerajaan. Mungkin mereka ini hanya sekadar mendengar puterbelit PAS tanpa mengetahui situasi sebenar sebagaimana kenyataan Tun Mahathir dulu. Tun Mahathir dalam suratnya kepada Nik Aziz tidak menyatakan dia menolak Hudud Islam tetapi sebaliknya menolak Undang-Undang PAS. Tidak ada perkataan yang mengatakan Tun mahathir menolak Hudud Islam. Baca sini. 



KENYATAAN OLEH DATUK SERI CHUA SOI LEK

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kekeliruan dalam isu tersebut yang telah diputarbelitkan oleh PAS :

1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud Pas bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan Ilmuwan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan daripada beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam.

4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap hudud versi Pas pula Pakatan Rakyat hendak melibatkan Yang di-Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.

5. Sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan bantahan umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini terdapat ramai pemimpin Pas yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.

6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.

7. Seperti mana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi Persekutuan.

8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak merdeka.


9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto Pas 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. "Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang (PRU-13) seperti mana Pas meletak manifesto hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

10. MCA juga ingin mencabar pendirian Pas dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekiranya negara Islam hendak ditubuhkan di negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya, mereka juga perlu menyatakan pendirian terhadap tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?

11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama-sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak ? Sekiranya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi Pas, maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi Pas di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.

12. Justeru, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletakkan hudud versi Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121104/po_01/Kami-hanya-tentang-hudud-versi-Pas#ixzz2BKuG8ddT

Seperti kenyataan Tun Dr. Mahathir dahulu yang diputar kerana menolak 3 draf hudud yang direka oleh PAS Kelantan dan PAS Terengganu. Walhal draf hudud tersebut disemak bukannya dikaji oleh Tun Dr. Mahathir, namun ia dikaji oleh para ulama Islam muktabar di negara ini dan dibahaskan sesama mereka sebelum diserahkan keputusan kajian draf tersebut kepada mantan Perdana Menteri itu. Klik sini   http://www.mykmu.net/?p=22386

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Pas beri gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Menurutnya, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.


Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".

Sudah terang bersuluh pula. Cukup jelas daripada peruntukkan ini bahawa "bermain" melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS!!Persoalannya ialah, mengapa bermain "dubur" isteri tidak termasuk kesalahan hudud PAS?

Sedangkan liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur lelaki, dubur perempuan, termasuk dubur pondan, mahupun dubur isteri (samada dubur isteri sendiri, dubur isteri kawan, mahupun dubur isteri orang lain), dubur pemandu, dubur pembantu, dubur pekerja, dubur pembancuh kopi, malah dubur sesiapa pun. Asal main melalui "dubur", ianya adalah satu kesalahan hudud! Kenapa PAS membezakan bermain dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud?


Akibat ditimpa rasa malu apabila enakmen yang mereka gubal dipertikai kesahihannya dan ditolak maka mereka telah memutarbelitkan dengan mengatakan Tun Dr. Mahathir atau UMNO menolak hudud dan menjatuhkan hukuman Tun Dr. Mahathir dan UMNO kufur dan fasik.


Kebodohan dan kedunguan mereka ternyata jelas apabila mereka juga tidak melaksanakan hudud. Ini jelas apabila beberapa pemimpin PAS memberikan pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan hudud.  Mereka kata UMNO kafir kerana tidak melaksanakan HUDUD tetapi mereka kata :

1. Keperluan melaksanakan HUDUD hanya 0.001% sahaja.
2. HUDUD tidak semestinya dilaksanakan
3. Belum sampai masa laksanakan HUDUD
4. HUDUD bukan agenda utama PAS

Apa maksud semua ini mereka kata UMNO kafir kerana menolak HUDUD tapi Khalid Samad kata "Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud .......

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6932-hudud-mca-patut-tanya-pendirian-umno....


BEBERAPA PERKARA YANG DIPUTARBELITKAN OLEH PAS

PAS akan membelit apa saja untuk demi kepentingan mereka. Mereka akan membelit perkara-perkara yang mereka haramkan dulu supaya jadi halal. PAS akan membelit perkara-perkara yang mereka hukum jatuh kafir atau kufur ke atas orang lain tetapi jadi tidak kufur atau kafir bila mereka pula yang lakukan.

PAS akan menyanjung, memuji, menaikkan taraf dan martabat serta menggelar dengan gelaran yang hebat-hebat bila seseorang itu menyokong mereka tetapi akan menghina sehina-hinanya, mencaci, mencerca dan menggelar dan melabel dengan nama-nama hina. Contohnya : Bapak Setan, Firaun, Haramsani, Mahafiraun dan sebagainya. 

Antara putarbelit PAS menghalalkan yang mereka haramkan, menghina orang yang dulu mereka puji dan sanjung, memuliakan orang yang dulu mereka kutuk dan hina, mengkufurkan orang tetapi tidak apa bila mereka buat dan sebagainya. Apa yang memberi faedah kepada mereka semuanya akan menjadi halal. Apa saja yang tidak menyokong atau mengntungkan mereka semuanya adalah haram. 

1. Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983).

KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

2. Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

3. PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4. PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga Babi?”

KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5. PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA.. Bila Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

6. Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7. Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8. PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”.

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9. PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10. PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Al-Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah).

11. PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama di Batu Caves”.

KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur, duduk dan berdiri yang terbesar di Asia.

12. PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13. Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tidak memakai undang-undang Islam dalam sistem pemerintahnya seperti melaksanakan hukum hudud.

KEMUDIANNYA.. PAS telah memerintah Kelantan lebih daripada 22 tahun, Terengganu 4 tahun dan sekarang Kedah dan Selangor tapi sekarang boleh kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PAS kata : UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara.

KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri KOHILAL, duit Tabung Anak Yatim Memali, Ladang Rakyat, Projek Kambing Jamnapari, peruntukan naik tarah bekalan air bersih, Projek Lembah Sireh dan lain-lain. Ahli-ahli koperasi itu Semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15. PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”.

KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16. PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”.

KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

17. PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”.

KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah. Kelantan yang diperintah PAS selama lebih 22 tahun mempunyai penghidap HIV tertinggi. Nik Aziz juga telah meluluskan 44 lesen arak.

18. PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

9. Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46 : PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA.. PAS kutuk mereka semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

20. PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam.

KEMUDIANNYA.. PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21. PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA.. PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS berkawan dan tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12. 


PERJUANGAN DENDAM KESUMAT

Amanat bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Ustaz Fadhil Noor tinggal dalam lipatan sejarah PAS dan diarkibkan buat selama-lamanya. Perjuangan PAS dengan Mursyidul Amnya yang lebih berkuasa daripada 'Presiden' mengubah perjuangan PAS kepada perjuangan dendam kesumat. Dendam yang tak pernah padam bekas guru KEMAS terhadap UMNO tidak pernah surut walau usianya semakin senja. Matlamat utama perjuangan PAS kini adalah mengalahkan UMNO walau dengan apa cara sekalipun walaupun dengan memperdagangkan agama Islam dan meminta bantuan syaitan.

Demi membalas jasa-jasa 'syaitan' yang telah membantu mengalahkan kerajaan UMNO di Kedah, Perak dan Selangor, mereka telah menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam. Kata mereka Negara Islam tidak disebut di dalam Al-Quran. Mereka juga telah melenyapkan slogan Kepimpinan Ulama' apabila ramai ulama yang tumpas dalam pemilihan pemimpin parti. Mereka telah menggantikan ulama dengan golongan sekular yang menentukan dan menguasai presiden yang tidak lebih hanya sekadar bangga dengan jawatannya sahaja tanpa ada apa-apa kuasa dalam mendominasi kepimpinan dalam pakatan bersama kafir harbi.  


PAS kini tunduk kepada DAP dan PKR yang berfahaman sosialis. Pas takut menyanggah pandangan Anwar Ibrahim dalam isu pluralisme iaitu satu fahaman yang amat bertentangan dengan akidah Islam hanya semata-mata kerana mahu memenuhi kehendak nafsu serakah berkongsi kuasa.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, Pas bukan lagi parti yang kuat mempertahankan akidah Islam, malah sudah lama hilang arah perjuangan, mementingkan kuasa daripada segala-galanya.

Mereka berpeluk erat dengan kafir harbi laknatullah DAP. Mengapa pada satu waktu dahulu mereka sanggup menuduh UMNO kafir tetapi dalam isu ini mereka diam walaupun jelas fahaman pluralisme bertentangan dengan Islam.