Selasa, 11 Disember 2018

Baru ada akal ... Menteri, Ahli Parlimen setuju aset keluarga tidak didedah


Baru tahu rupanya kemudaratan mendedahkan membahayakan diri dan ahli keluarga. Sebab itu Allah kurniakan akal kepada manusia tetapi tidak kepada haiwan. Dulu semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih menjadi pembangkang seperti kata-kata nista dihamburkan apabila menteri, timbalan menteri dan lain-lain dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mahu mendedahkan harta masing-masing kepada pengetahuan awam. Walhal mereka tahu bahawa setiap penjawat awam wajib mengisi borang perisytiharan harta setiap 3 atau 5 tahun sekali kepada kerajaan tetapi tidak kepada tontonan umum.

Apabila PH dipilih oleh rakyat menjadi kerajaan dengan ghairah mahu semua ahli parlimen mengisytiharkan harta kononnya untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa ahli PH kerajaan adalah telus, tidak ada harta yang tersembunyi dan untuk menggambarkan mereka suci, bersih dan jujur. Mereka kononnya ingin memberitahu rakyat bahawa mereka adalah jujur, amanah, telus dan berintegriti daripada kerajaan BN dahulu yang menyembunyikan harta daripada pengetahuan rakyat. 

Akhirnya setelah mereka berakal kembali, baru menyadari bahawa perancangan tak berakal dapat membahayakan diri sendiri dan keluarga mereka. Apa-apa alasan yang mereka berikan untuk tidak mengisytiharkan harta mereka dan keluarga mereka adalah alasan mengapa anggota kerajaan BN dahulu tidak mahu mendedahkan harta kepada khalayak.

Beberapa menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen PH bersetuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mendedahkan harta milik ahli keluarga terdekat mereka melalui portal khas yang akan mereka lancarkan. 

Ahli parlimen Johor Bahru dari PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata keputusan itu dibuat oleh Kabinet berikutan wujudnya kerahsiaan privasi dan keselamatan ahli keluarga mereka mungkin terancam jika aset dibebaskan kepada umum. 

Timbul kekhuatiran dalam kalangan Ahli Parlimen, mungkin (pendedahan aset ahli keluarga terdekat) akan mengganggu privasi dan keselamatan mereka. Baru mereka tahu pengisytiharan harta kepada khalayak mendedahkan mereka kepada rompakan dan penculikan yang kemungkinan akan dilakukan oleh pihak yang berniat jahat apabila mengetahui kekayaan mereka.

Jadi orang yang berakal dan menggunakan akal yang dikurniakan. Ada perkara yang perlu dirahsiakan dan ada perkara yang boleh didedahkan kepada pengetahuan awam. 

Jumaat, 5 Ogos 2016

Selasa, 2 Ogos 2016

BETUL KE DS NAJIB TAK BUAT APA-APA SEPANJANG DIA MENJADI PERDANA MENTERI ......?




Bila bercakap dengan kepala lutut dan melihat dengan tapak kaki tentulah tak nampak apa yang sepatutnya nampak dan tentulah juga bercakap yang tak benar dan fitnah. Bila hati sudah hitam maka apa yang dilihat juga semua kelihatan hitam. Tak nampak pun sedikit warna putih.

Sebenarnya Allah menjadikan apa yang ada di atas muka bumi ini berpasang pasangan. Jantan - betina, atas - bawah, kiri - kanan, bodoh - pandai, hitam putih dan lain2.

Namun begitu ada juga yang hanya berfungsi sebelah pasang sahaja manakala sebelah pasang lagi sudah 'mati'. Mati kerana dibunuh oleh sifat kebencian yang menyebabkan hilang pertimbangan akal fikirannya.

Nak bagi tahu kepada yang bermata dan berhati hitam sebahagian apa yang telah dilakukan oleh DS Najib sepanjang 7 tahun 2 bulan menjadi Perdana Menteri. mungkin mereka tidak terbaca atau ternampak apa yang dah DS Najib buat selama ini kerana pandangan mereka hitam semata-mata.

Yang benar tetap benar dan perlu diakui. Kalau menafikan yang benar sebaliknya mengakui benar yang bathil tak tahulah apa yang patut digelar kepada mereka ini.

Ini adalah sebahagian dari perkara yang dilakukan oleh DS Najib dalam tempoh 7 tahun menjadi PM :

1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di Zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup.

2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.

3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.

4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.

6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup.

7. Pembinaan Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.

10. Kelulusan projek keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion.

11. BRIM pun rakyat dapat.

12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.

13. Banyak pembinaan cawangan cawangan UITM yang baru.

14. Banyak pembinaan MRSM yang baru.

15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.

16. Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.

17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1 Malaysia yang baru.

18. Kenaikan gaji minimun kepada RM 900.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.

19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.

20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM 250.00 setahun.

21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap proton melalui penswastaan.

22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.

23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM 25,000 ke RM 30,000.

24. Rumah mesra rakyat RM 60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM200.

25. Perumahan Prima.

26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.

27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan.

28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi.

29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.

30. Bangunan Signature tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018.

Kejayaan Najib Razak yang perlu kita "acknowledge", bukan menanam kebencian pada setiap kebaikan yang dibuat Kerajaan.

Sabtu, 30 Julai 2016

MAHFUZ MAHFIZ KATA SATU UGUTAN ......?



Laporan polis pemimpin Pemuda Umno terhadap pegawai dan bekas pegawai kanan kerajaan dianggap sebagai ugutan terhadap kakitangan kerajaan kata Mahfuz Mahfiz.

Kalau dah kata satu ugutan ..... apa lagi buat report polis la. Atau report kat Loretta Lynch si peguam negara US tu. Awat yang hang duk berkokok memekak di pokok sena tu.

Manakala si kitol Zainuddin pulak kata, “Siapakah yang membocorkan rahsia sulit negara kepada mereka. Patutnya Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan yang ditangkap untuk siasatan. Janganlah nak ditolak polis sampai ke tembok.”

Zainuddin Maidin si tukang karut Tun M kata kenapa bukan Khairy Jamaluddin yang buat report. Siapa yang buat report tak penting. Kenapa awak tak suruh Tun M buat report kat Jabatan Kehakiman US dan si Loretta Lynch sebaliknya si mendeliar dan beberapa orang lagi.

Oooo ..... bila orang lain buat report polis dia kata patut ditangkap orang yang buat report tu sebab bagaimana Khairul Azwan boleh tahu maklumat yang dikatakan dibekalkan ketiga-tiga individu itu adalah sulit.

Yang pi report kat Jabatan Kehakiman US dan si Loretta Lynch tu awak tak pulak suruh polis tangkap sebab macam mana mereka dapat dokumen2 tu. Tapi sebaliknya awak pertikai bila pihak polis siasat siapa yang membocorkan dokumen kerajaan. Awak kata patutnya polis siasat report yang dibuat bukan siapa yang bocorkan dokumen tu.

Kan ketiga2 mereka tu orang besar dan paling berintegriti dan tahu lunas undang2. Ajak seluruh ahli Majlis Peguam untuk membela mereka. Malah si Gani tu bekas Peguam Negara.Heret si Azwan ke mahkamah dan buktikan bahawa si Azwan memfitnah mereka. Berdebatlah di hadapan hakim dengan bukti2 yang sahih supaya boleh mengadili siapa yang benar dan siapa yang salah.

Jangan bila konspirasi sudah gagal mula nak pusing balik salahkan orang lain. Bukan Azwan yang gagalkan usaha jahat pengkhianat tetapi akuilah bahawa sebenarnya Allah yang menggagalkan kerja2 jahat mereka. Akuilah bahawa doa orang yang dianiaya akan segera dimakbulkan Allah. Lebih2 lagi apabila yang dianiaya berdoa di hadapan Kaabah.