Sabtu, 30 Julai 2016

TAK KEDENGARAN ORANG MAKI, CACI DAN CERCA DS NAJIB BILA GAJI NAIK ......



Sejak DS Najib menjadi PM tahun 2009 dia tak pernah sunyi dari makian, cacian, penghinaan dan fitnah. Marah benar mereka dengan Najib dan Rosmah.

Minyak naik maki Najib .....
Tol naik maki Najib .....
Bil letrik naik cerca Najib .....
Astro naik hina Najib .....
Tambang naik makin hamun Najib .....
Bila semua naik je mesti maki, cerca dan hina DS Najib ....

Tapi cuma satu je yang naik mereka tak maki DS Najib, mereka tak buat demo, tak buat bantahan, tak hasut rakyat benci Najib, tak buat fitnah ......

Patutnya mereka marah, panas hati dan akhirnya jatuh sawan bila gaji, elaun dan BR1M dinaikkan ....

Patutnya mereka tanya dari mana DS Najib dapat duit untuk naikkan gaji, elaun dan BR1M ....

Patutnya mereka bising sebab DS Najib guna duit rakyat untuk naikkan gaji, elaun dan BR1M .....

Patutnya mereka buat demonstrasi dan bantahan atau himpunan BERSHIT 9.0 untuk bantah DS Najib naikkan gaji, elaun dan BR1M .....

Tapi mereka senyap je macam tikus munduk tercekik. Mata terkebil2, mulut macam digam dan otak macam tak berfungsi.

Malah bilik2 pameran kereta penuh dengan pelanggan. Ramai yang menempah kereta baru. Baru 10 hari tempahan Perodua Bezza sudah mencapai 10,115 unit. 

Bila naik gaji tambah hutang. Tukar kereta baru, tambah kereta, renovation rumah, beli perabot baru, melancong ke luar negara dan sebagainya. Bila rasa susah akan salahkan kerajaan kerana tidak bela nasib rakyat.

0 ulasan: