Sabtu, 30 Julai 2016

MAHFUZ MAHFIZ KATA SATU UGUTAN ......?



Laporan polis pemimpin Pemuda Umno terhadap pegawai dan bekas pegawai kanan kerajaan dianggap sebagai ugutan terhadap kakitangan kerajaan kata Mahfuz Mahfiz.

Kalau dah kata satu ugutan ..... apa lagi buat report polis la. Atau report kat Loretta Lynch si peguam negara US tu. Awat yang hang duk berkokok memekak di pokok sena tu.

Manakala si kitol Zainuddin pulak kata, “Siapakah yang membocorkan rahsia sulit negara kepada mereka. Patutnya Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan yang ditangkap untuk siasatan. Janganlah nak ditolak polis sampai ke tembok.”

Zainuddin Maidin si tukang karut Tun M kata kenapa bukan Khairy Jamaluddin yang buat report. Siapa yang buat report tak penting. Kenapa awak tak suruh Tun M buat report kat Jabatan Kehakiman US dan si Loretta Lynch sebaliknya si mendeliar dan beberapa orang lagi.

Oooo ..... bila orang lain buat report polis dia kata patut ditangkap orang yang buat report tu sebab bagaimana Khairul Azwan boleh tahu maklumat yang dikatakan dibekalkan ketiga-tiga individu itu adalah sulit.

Yang pi report kat Jabatan Kehakiman US dan si Loretta Lynch tu awak tak pulak suruh polis tangkap sebab macam mana mereka dapat dokumen2 tu. Tapi sebaliknya awak pertikai bila pihak polis siasat siapa yang membocorkan dokumen kerajaan. Awak kata patutnya polis siasat report yang dibuat bukan siapa yang bocorkan dokumen tu.

Kan ketiga2 mereka tu orang besar dan paling berintegriti dan tahu lunas undang2. Ajak seluruh ahli Majlis Peguam untuk membela mereka. Malah si Gani tu bekas Peguam Negara.Heret si Azwan ke mahkamah dan buktikan bahawa si Azwan memfitnah mereka. Berdebatlah di hadapan hakim dengan bukti2 yang sahih supaya boleh mengadili siapa yang benar dan siapa yang salah.

Jangan bila konspirasi sudah gagal mula nak pusing balik salahkan orang lain. Bukan Azwan yang gagalkan usaha jahat pengkhianat tetapi akuilah bahawa sebenarnya Allah yang menggagalkan kerja2 jahat mereka. Akuilah bahawa doa orang yang dianiaya akan segera dimakbulkan Allah. Lebih2 lagi apabila yang dianiaya berdoa di hadapan Kaabah.

0 ulasan: