Mungkinkah tentera kafir sudah bersedia 'menghadiri' jemputan pengkhianat-pengkhianat negara untuk menjajah dan merompak segala khazanah negara kita? |
Jabatan Kehakiman dan Peguam Negara US sudah punya alasan untuk menceroboh Malaysia. Pihak pembangkang sudah menjemput mereka. Mereka ada alasan datang ke sini untuk menangkap 'Malaysian Official 1'. Mereka juga punya alasan untuk membebaskan rakyat Malaysia yang kununnya ditindas dan dizalimi oleh kerajaan sepertimana yang diwar2kan oleh pembangkang.
Sepertimana US mula menjajah Iraq dan Libya. US beralasan senjata berbahaya WMD (Weapon Of Mass Destruction), tapi sampai saat ini tak pernah terbukti. Pembangkang Iraq 'menjemput' US untuk menggulingkan Saddam Hussein.
Begitu juga di Libya pembangkang 'menjemput' tentera US dengan alasan kerajaan pimpinan Muammar Ghadafi menindas rakyatnya.
Tujuan sebenar mereka adalah untuk menguasai kekayaan minyak Iraq dan Libya.
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal .....
SEKIRANYA Amerika Syarikat bertindak menyerang Malaysia sebagaimana terjadi pada Iraq dan Libya mampukah kita bertahan? Mereka akan datang atas permintaan sebahagian dari rakyat negara ini yang menyatakan mereka ditindas melalui sistem kehakiman korap dan tidak adil. Apa akan berlaku? Sebelum itu ingin dipersoalkan: Adakah itu yang kita mahu? Atau... Alang alang menyeluk pekasam...
Amerika sangat berminat untuk menguasai Malaysia kerana lokasinya yang strategik. Jika mereka dapat bertapak di Malaysia secara tidak langsung mereka dapat mengawal Laut China Selatan dan Selat Melaka yang menjadi laluan perdagangan terpenting antarabangsa. Mereka hanya menunggu peluang sahaja. Mereka menunggu 'jemputan' dari pihak pembangkang Malaysia sahaja.
Bersedialah wahai rakyat Malaysia jika kamu bersekongkol dengan pengkhianat 'menjemput' tentera kafir menjajah negara ini. Pastikan isteri dan anak2 perempuan kalian berada dilokasi yang selamat jika tidak mahu dirogol atau diliwat sepertimana yang tentera kafir lakukan terhadap wanita2 Iraq dan Libya.
Jangan hanya kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Akibatnya bukan sahaja nyamuk dan kelambu yang terbakar malah seluruh rumah musnah menjadi abu. Sudah berpuluh2 tahun negara yang jajah US huru hara yang seperti tiada kesudahannya.
Sudah aman dan selamatkah penduduk Afghanistan ...?
Sudah aman dan selamatkah penduduk Iraq ......?
Sudah aman dan selamatkah penduduk Libya ......?
Jika rakyat mahu seperti yang rakyat Afghanistan, Iraq dan Libya rasakan ..... teruskanlah bersama pembangkang 'menjemput' tentera US datang ke sini.
Mungkin ada yang ketawa dan suka ...... begitu jugalah betapa sukarianya rakyat Iraq dan Libya ketika mula2 tentera US menceroboh negara mereka. Namun akhirnya hingga hari ini tangisan dan kematian mengerikan bagai tiada kesudahannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan