Pages

Khamis, 21 April 2016

SIAPA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7 .....?

Tambah kapsyen
Tiga orang Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 186 undi, Datuk Seri Shafie Apdal yang mendapat 175 undi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mendapat 101 undi bakal mengisi jawatan besar yang sekarang disandang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau bersara kelak.

Daripada ketiga-tiga calon ini Shafie Afdal telah terkeluar dari senarai. Manakala Datuk Seri Hishamuddin pula perlu menyaingi Mukhriz kerana perbezaan undi mereka berdua hanyalah 10 undi sahaja. Mukhriz Mahathir mendapat 91 undi dalam pemilihan Naib Presiden UMNO yang lalu.

Oleh itu Datuk Seri Zahid masih mendominasi calon bakal Perdana Menteri. Kumpulan “Anti-Najib” telah cuba menamakan Timbalan Perdana Menteri sebagai pengganti Najib sebagai calon Perdana Menteri ketujuh.

Namun dalam satu laporan portal propembangkang Malaysiakini melaporkan bahawa Mahathir telah tersalah sebut nama Zahid Hamidi, sebaliknya ada orang lain lebih layak untuk menggantikan Najib Razak.

Lihat sendiri bagaimana Mahathir cuba memperbodohkan para penyokong kumpulan “Anti-Najib” dengan kenyataan-kenyataannya di pentas pembangkang. Sebenarnya, dia sudah sedia ada nama pengganti Najib Razak sebagai Perdana Menteri, namun takut untuk mengumumkannya kerana berisiko tidak diterima oleh DAP, PKR dan PAN.

Sebab itu Mahathir dengan sepantas kilat membuat kenyataan “menyucikan diri” dengan menyebut tersalah sebut nama Zahid Hamidi sebagai pengganti Najib Razak setelah melihat para penyokongnya agak konfran dengan nama itu.

Baru-baru ini beliau menyatakan bahawa rakyat menolak Datuk Seri Zahid sebagai calon menggantikan Datuk Seri Najib. Jelas sekali di sini bahawa Mahathir sudah mempunyai calonnya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri ke tujuh. Oleh itu siapakah calon yang bakal menduduki tahta Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib bersara?

Mahathir dicabar untuk menyebut nama Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bekas Menteri Besar Kedah sebagai calon pilihan hatinya untuk jawatan Perdana Menteri. Jangan berdalih dan berdrama lagi kerana para netizen telah mula dapat menghidu agenda peribadi bekas Perdana Menteri itu.

Ayuh Mahathir, tunjukkan kelantangan dan keberanian yang pernah dimiliki oleh anda ketika mentadbir negara dahulu. Buktikan dengan secara berterus terang mengumumkan nama anak sendiri sebagai calon Perdana Menteri pilihan hati anda.

Cukuplah dari memperbodohkan rakyat dengan propaganda, drama dan fitnah yang ditaburkan selama ini. Jika anak jantan, tunjukkan keberanian, jangan hanya berselindung disebalik nama “Tun”.

Abaikan sahajalah permainan Mahathir tersebut kerana permainannya sudah dapat kita baca iaitu beliau mahu anak kesayangannya menjadi Perdana Menteri ke-7.

Siapakah Perdana Menteri selepas Najib, itupun jika Pakatan Harapan tidak melakukan 'upset' dalam Pilihanraya Umum ke-14. Melihat dari keadaan sekarang Barisan Nasional (BN) masih lagi menunjukkan prestasi yang masih mengekalkan BN terus mentadbir negara ini.

Antara calon-calon yang layak untuk menggantikan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri adalah : 


1. Datuk Seri Zahid Hamidi

Salah seorang daripada Naib Presiden yang mendapat sokongan paling tinggi daripada ahli Umno. Sebelum Pemilihan Agong Umno yang lalu beliau dilihat sebagai begitu 'vokal' mempertahankan maruah. Menolak untuk bergabung dengan Muhyiddin Yasin bagi membentuk team 'B' bagi melawan Najib. Beliau terus setia dengan Presiden UMNO dan Perdana menteri. Namun begitu pengaruh beliau tidak boleh dipandang ringan. Majlis-majlis yang dihadiri Zahid Hamidi sering dipenuhi orang ramai.

Beliau tidak takut dengan cabaran dan masih bersuara lantang apabila membicarakan isu penting. Disebabkan kelantangan dan keberanian beliau ini, maka kita tidak boleh menafikan yang Ahmad Zahid dan perkataan kontroversi tidak boleh dipisahkan. Terlalu banyak isu kontroversi yang dikaitkan dengan DS Ahmad Zahid.

Kenyataan beliau mengenai sesuatu isu itu mungkin sukar diterima, namun ramai yang menganggap itulah ketegasan diperlukan untuk tangani sesuatu isu itu, walaupun apa yang dikatakan itu tidak popular. Apa yang pasti DS Ahmad Zahid tidak mementingkan populariti diri dan sanggup berdepan pelbagai kritikan daripada semua pihak. Bagi DS Ahmad Zahid, lagi hebat lawannya, lagi kuat dia akan berlawan untuk buktikan kata-kata dan tindakannya adalah betul. Itulah ketegasan yang diperlukan untuk menjadi pemimpin.

Itu sebabnya gandingan DS Najib dan Ahmad Zahid sesuai dan mantap, bak kata orang 'ada chemistry.' DS Najib terkenal dengan sifat tenang dan tidak panik walaupun dikritik musuh politiknya, manakala kelantangan DS Ahmad Zahid memberi keseimbangan diperlukan. Sebenarnya persefahaman ini sudah lama terbentuk iaitu ketika Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan, dan beliau melantik DS Ahmad Zahid sebagai setiausaha politiknya.

DS Najib bukan saja melantik seorang menteri penuh dengan kewibawaan dan ketokohan sebagai pemimpin, tetapi memilih seorang kawan yang akan berjuang di sisinya, dalam keadaan senang dan juga susah. Dalam hal ini, DS Ahmad Zahid pernah menegaskan 'budaya UMNO tidak pernah mencampakkan nakhoda kapal ke laut. Kita mesti bersama-sama dengan nakhoda kapal supaya boleh terus belayar. Semangat inilah yang harus ada pada kepemimpinan dan ahli UMNO di peringkat akar umbi dan peringkat nasional."

Apa yang dikatakan oleh DS Ahmad Zahid perlu dijadikan iktibar oleh ahli UMNO. DS Ahmad Zahid juga pernah menjelaskan yang dia tidak mahu budaya sate iaitu 'mencucuk, membakar dan mengipas' wujud dalam UMNO. Jika budaya ini dapat disingkirkan, maka perpaduan dalam UMNO akan lebih mantap.

Apa diperjuangkan oleh DS Ahmad Zahid Hamidi begitu penting dalam memastikan UMNO terus relevan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk kepemimpinan akan memastikan perjalanan perjuangan sampai ke destinasinya. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, kemelut politik hari ini adalah antara yang paling serius dalam sejarah negara.

Namun, DS Ahmad Zahid tetap yakin, apa pun kemelut yang melanda, semuanya boleh diatasi jika kepemimpinan dipertahankan. Dalam hal ini, DS Ahmad Zahid berjanji akan mempertahankan kerajaan hari ini, sebuah kerajaan dipilih oleh rakyat melalui saluran demokrasi yang sah.

Setelah lebih 100 hari menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid sebenarnya tidak perlu membuktikan apa-apa lagi. Beliau sudah melalui susah senang dan perjalanan politiknya melalui duri ranjau yang memberikan kematangan dan pengalaman amat berharga pada diri beliau.

Rakyat Malaysia memerlukan kepemimpinan Ahmad Zahid yang tegas dan bersungguh-sungguh menangani sesuatu isu. Itulah 'trade mark' kepemimpinan Ahmad Zahid dan beliau membuktikan tidak gentar dengan cabaran di depannya.

Lebih 100 hari yang lalu, ketika beliau mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid berjanji akan membantu Perdana menteri memberi perkhidmatan terbaik dengan segala keupayaan dan pengalaman yang beliau miliki. Beliau menepati janjinya dan terus memegang amanah, melaksanakan tanggungjawab dengan begitu berkesan sekali.

DS Ahmad Zahid sedar betapa penting dan beratnya tanggungjawab dipikul ini dan daripada apa yang ditunjukkan, DS Ahmad Zahid berada di landasan betul untuk bersama-sama dengan DS Najib mengembalikan semula keyakinan dan imej UMNO dan kerajaan, dan seterusnya membawa kejayaan diharapkan oleh rakyat Malaysia.


2. Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haron

Pemimpin muda yang kini menjadi Ketua Menteri Melaka mempunyai masa depan yang cerah dalam politik jika beliau dapat membuktikan kepimpinan beliau dalam mentadbir negeri. Idris amat komited untuk membawa pentadbiran kerajaan negeri Melaka ke satu era yang lebih demokratik dan adil.

Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka memuji kepimpinan dan ketokohan Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron. Pembangkang menyifatkan Ketua Menteri Melaka ke-10 itu sebagai seorang yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik. 

Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, mempunyai misi yang amat jelas membangunkan rakyat dan negeri ini selaras dengan wawasan Melaka Maju Fasa Kedua. 

Pembangkang memuji kebijaksanaan dan kematangan Ketua Menteri baru yang dapat menerima pandangan dan cadangan pihak kerajaan atau pembangkang. Dia fasih berbahasa Inggeris, Arab dan Jepun. 

Beliau seorang yang tegas dan tidak takut kepada sesiapa sahaja. Beliau pernah mengarahkan Jonker Walk ditutup kerana menyebabkan kesesakan di bandar Melaka. Begitu juga beliau mengarahkan kontraktor menanam semula pokok yang ditebang tanpa kebenaran. Beliau juga dengan tegas telah mengeluarkan arahan baru mengenai penjualan daging babi yang menyebabkan kemarahan peniaga Cina.


3. Khairi Jamaluddin atau KJ

Menantu bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi ini adalah disebut-sebut sebagai pengganti yang sesuai selepas Najib. Beliau yang dikatakan oleh Tun Mahathir sebagai orang yang paling berkuasa semasa di bawah pemerintahan bapa mentuanya adalah seorang yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja oleh pemimpin Umno. 

Dijangkakan jawatan Ketua Pemuda yang perlu dilepaskan selepas ini kerana faktor umur, beliau akan bertanding untuk merebut salah satu kerusi Naib Presiden dan yang pastinya kerusi tersebut akan menjadi milik beliau kerana dikatakan beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat dikalangan pemuda. Dikatakan hanya 'tangan-tangan ghaib' sahaja yang mampu menghalang perjalanan KJ untuk menjadi Perdana Menteri. 


4. Datuk Seri Hishamuddin Hussein

Sudah menjadi lumrah dalam Umno, pemimpin yang mempunyai talian dengan pemimpin yang terdahulu mendapat laluan yang mudah untuk mendaki ke puncak. 

Anak kepada bekas Perdana Menteri Hussein Onn yang juga sepupu kepada Najib ini mungkin akan menjadi Perdana Menteri yang seterusnya seandainya ahli Umno masih mementingkan darah bangsawan dan kaitan 'siapa dia'. 

Walaupun jika dilihat kepada rekodnya sebagai menteri di beberapa kementerian yang pernah diterajuinya menunjukkan yang beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.


Tun Mahathir Tidak Setuju

Mahathir tak mahu DS Zahid tetapi mahu anaknya menjadi perdana Menteri Malaysia ke tujuh. Menurut Tun Mahathir rakyat menolak DS Ahmad Zahid daripada menjadi Perdana Menteri.


1. Tan Sri Muhyiddin Yasin

Rata-rata mengatakan 'masa' untuk beliau menjadi Perdana Menteri telah pun luput atau sudah berlalu kerana faktor masa dan usia. Sepatutnya pada Pemilihan Agong Umno yang lalu beliau mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kegagalan DS Najib ketika PRU-13 yang lalu untuk membaiki pencapaian Barisan Nasional dengan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno. 

Beliau sepatutnya membentuk satu pasukan dengan DS Zahid Hamidi bagi merebut jawatan pertama dan kedua parti ketika itu. Kegagalan untuk mengambil kesempatan inilah yang membuatkan peluang beliau untuk menduduki jawatan Perdana Menteri telahpun tertutup rapat. Walau apapun beliau masih berpeluang jika sesuatu berlaku kepada Najib atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. 

Beliau juga telah tersalah jangka atau tersalah perkiraan apabila beranggapan bahawa DS Najib ibarat pokok yang sudah condong dan hampir tumbang lalu beliau bersama Mukhriz dengan dibantu mantan Perdana Menteri cuba memanjat pokok tersebut dengan harapan pokok tersebut tersembam menyembah bumi. Tetapi beliau lupa akar pokok tersebut masih kuat manakala batangnya condong kerana ditiup ribut taufan yang kini semakin reda. 

Kelemahan dalam dirinya ‘saya tidak tahu’ menunjukkan beliau kurang berupaya untuk melakukan sesuatu tanpa tunjuk ajar orang lain. Beliau sering ditipu dan kena tipu dalam menguruskan tugas-tugasnya sebagai orang nombor dua.


2. Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Seorang lagi anak kepada bekas Perdana Menteri yang dilobi hebat oleh ayahnya iaitu Mahathir Mohammad. Beliau yang tewas dalam merebut salah satu kerusi Naib Presiden Umno baru-baru ini dikatakan mampu menidakkan hasrat KJ untuk menjadi Perdana Menteri dengan menggunakan pengaruh Tun M yang masih kuat dalam Umno.

Aku sebenarnya tak bersetuju dengan calon-calon ini kerana aku beranggapan Umno bukanlah parti keluarga atau warisan atau pusaka. Selepas ayahnya kemudian jawatan presiden perlu diwariskan pula kepada anaknya. Bagi aku Umno adalah parti untuk semua orang dan mereka yang mempunyai stail kepimpinan yang tinggi harus diberi peluang yang sama untuk bertanding merebut jawatan presiden. 

Apa yang menjadi amalan yang sekian lama dalam Umno adalah budaya memberi laluan kepada pemimpin tertentu untuk menjawat jawatan tertentu. Amalan ini yang kononnya diamalkan kerana untuk mengelak perpecahan sebenarnya memakan diri sendiri dalam Umno. 

Jika diberi peluang masih ada pemimpin lain dalam Umno yang bukan dari golongan bangsawan apatah lagi mempunyai susur galur pemimpin tapi mereka mempunyai karisma untuk menjadi Presiden Umno dan seterusnya menjadi PM.

3 ulasan:

  1. Kabaree semua...hahaha PM ketujuh tidak penting siapa? Tetapi adakah sumpah 7 keturunan telah tamat? Selagi masih tidak tahap...selagi itu Bumi Malaysia Tidak dapat dijunjjung oleh PM yg adil dan saksama!!!!!!

    BalasPadam
  2. Sekarang dah tahu ka hangpa sapa PM 7? Ha ha baru ada akai. Tak tahulah kan, nak gelak ke nak berak...!!!!!

    BalasPadam