Pages

Ahad, 19 April 2015

Kenapa Iran Tidak Pernah Menyerang Israel?


Peta Iran Israel

“Kenapa Iran Tidak Pernah Menyerang Israel?”. Itu adalah pertanyaan yang sering ditanyakan oleh awam.

Kalau dilihat peta negara-negara arab, posisi Arab Saudi dan Turki itu lebih dekat dibanding Iran. Pertanyaan yang sama boleh juga diajukan kepada Turki dan Arab Saudi..

Berbagai jawapan diberikan bagi menjawab soalan tersebut.

Pertama jaraknya jauh. Perhatikan peta di atas. Ini sama halnya dengan kita bertanya kenapa Turki, Yaman, Afghanistan, Pakistan, dan Indonesia tidak pernah menyerang Israel. Kerana jaraknya cukup jauh dan terhalang oleh beberapa negara. Untuk menyerang dengan 100 ribu anggota tentera misalnya, paling tidak memerlukan 100 kapal perang yang boleh memuat 1000 orang. Kapal-kapal tersebut mestilah dilengkapi peralatan dan senjata yang canggih. Jika tidak tentu dengan mudah akan diserang atau dibom oleh jet-jet tempur Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang serba canggih.

Kalau melalui Laut Merah, kemudian terusan Suez yang sempit, mudahkan bagi AS untuk menyerang kapal-kapal Iran yang membawa 100,000 tenteranya. Begitu juga jika menggunakan pesawat Hercules mudah sekali di serang. Kalau dengan jet pejuang pula kapasitinya hanya 2 orang. Jumlah pesawat perang Iran pula kurang dari 100 buah. Berapakali harus berulang-alik untuk membawa 100,000 anggota tenteranya yang digunakan untuk menyerang Israel?

Yang kerap menyerang Israel adalah Mesir, Syria, Lebanon, Jordan dan Palestine yang memang bersempadan dengan Israel. Hanya dengan berjalan kaki boleh sampai ke Israel. Iraq juga turut menyerang Israel dengan peluru berpandunya ketika berlaku perang dengan tentera penceroboh AS dahulu meskipun terpisah sekitar 500 km dengan melalui Jordan. Arab Saudi dan Turki tidak pernah menghantar pasukan tenteranya menyerang Israel.

Negara-negara Arab tersebut berperang melawan Israel tahun 1948, 1967, dan 1973. Tahun 1974, Mesir di bawah presiden Anwar Sadat telah berdamai dengan Israel. Tahun 1982, hanya Syria sendirian berperang melawan Israel demi membela Palestine.

Ada pun Iran, hingga tahun 1978 diperintah oleh Shah Iran, Mohammad Reza Pahlevi, yang memang merupakan sekutu dekat AS sebagaimana Raja Abdullah di Saudi sekarang. Oleh itu tidak mungkin mereka  akan menyerang Israel yang merupakan sekutu dekat AS.

Jika tidak percaya, lihat foto-foto Shah Iran Reza Pahlevi dengan Presiden AS Jimmy Carter:

Presiden AS Jimmy Carter bersama Shah dan Shahbanu Iran

Shah Iran dan Presiden AS Jimmy Carter memeriksa Pasukan AS

Pada tahun 1978 ketika Revolusi Islam Iran di bawah pimpinan Ayatullah Khomeini, Shah Iran telah digulingkan. Tahun 1979, Khomeini yang berkuasa di Iran dengan gelar Pemimpin Tertinggi (Supreme Leader) Iran.


Kenapa tahun 1982 Iran tidak membantu Syria memerangi Israel?

Jawabnya: Tahun 1980, Presiden Iraq Saddam Hussein menyerang Iran. Hingga tahun 1982, saat Iran masih lemah akibat Revolusi, Iraq masih di atas angin. Iraq dibantu dengan dana dan senjata oleh negara-negara Arab, AS dan Soviet Union. AS tidak ingin Revolusi Islam Iran menyebar ke seluruh dunia. Ketika itu bertepatan pada tahun 1400 Hijrah di mana sebahagian umat Islam percaya itu adalah Abad kebangkitan Islam mengingat Islam berjaya selama 7 abad (0-700 H), tenggelam selama 7 abad (700-1400 H) dan bangkit lagi selama 7 abad berikutnya (1400-2100 H). Revolusi Islam Iran dikhuatiri akan menjadi kebangkitan Islam di negara-negara lain.

Soviet Union membantu Saddam kerana Saddam Hussein dan partai Baathnya adalah berfahaman sosialis yang sebelumnya sudah jadi sekutu Soviet Union. Perang Iran-Iraq berlangsung selama 8 tahun (1980-1988). Itulah sebabnya hingga tahun 1988 Iran tidak boleh menyerang Israel.

Tetapi kenapa selepas perang Iran - Iraq tamat pada tahun 1989 dan tahun-tahun seterusnya hingga hari ini Iran tidak mahu menyerang Israel juga? 

Roket Iran dan Hizbullah
Dari gambar-gambar di atas, umumnya roket Iran jangkauan terjauhnya seperti Fajr 5 adalah 75 kilometer saja. Ertinya kalau ditembakkan dari Iran, tidak akan bisa menjangkau Israel yang jaraknya sekitar 1300 km. Tetapi Iran telah meningkatkan tahap teknologi roketnya sehingga boleh mencapai jarak 2,000 km. 

Meski demikian, Iran mengirim roket-roket tersebut ke Hizbullah di Lebanon dan Hamas di Gaza sehingga bisa menjangkau Israel dengan mudah karena jarak mereka amat dekat. Dengan cara ini, perang jadi lebih murah. Karena jika dekat, Israel juga sulit menghindar karena roket yang kecepatannya sekitar 3500 km/jam itu bisa menghantam Israel hanya dalam beberapa puluh detik saja. 60% roket Hamas berhasil menembus sistem pertahanan Anti Rudal Israel, Iron Dome.

Lihat bagaimana Pemimpin PLO Yasser Arafat saling bantu dengan Imam Khomeini dari Iran:


Lihat bagaimana Syeikh Asy Syahid Yasser Arafat pemerintah HAMAS (Sunni) bekerjasama dengan Imam Khamenei melawan Israel
Bagaimana dengan peluru-peluru berpandu Iran yang boleh menjangkau 2000 km? Boleh menjangkau seluruh Israel?

Peluru-peluru berpandu Iran yang terkini

Peluru berpandu Iran


Peluru-peluru berpandu jarak jauh dengan panjang 20 meter lebih tersebut harganya mahal. Oleh itu jumlahnya tidak banyak. Dipercayai Iran memiliki 30 peluru berpandu yang boleh mencapai sasaran sejauh 2,000 kilometer, kali pertama dipaparkan kepada umum dengan teori peluru itu akan disasarkan kepada Israel.

Peluru berpandu tersebut adalah 12 peluru berpandu jenis Sejil dan 18 peluru berpandu jenis Ghadr dipamerkan pada majlis perarakan tahunan memperingati perang Iraq-Iran 1980-1988.

Jarak yang mampu dicapai oleh kedua-dua peluru berpandu tersebut bukan sahaja boleh mengenai Israel tetapi juga pangkalan Amerika Syarikat di Teluk. Britain sangat bimbang dengan kelajuan Sejil yang boleh mencapai jarak 1300 km sekitar 20 minit.


Kenapa Iran tidak mahu menembakkannya ke Israel?

Lihat peta geopolitik terlebih dahulu.



Iran dikelilingi oleh negara-negara Islam yang berwarna “Ungu”. Warna “Ungu” ertinya di situ terdapat pangkalan tentera AS. Amerika Syarikat adalah sekutu kuat Israel nombor 1. Jadi kalau Iran yang penduduknya 75 juta orang menembakkan peluru berpandunya ke Israel, maka AS dan NATO tidak akan duduk diam. AS dengan jumlah penduduknya 330 juta orang dan NATO pula sekitar 500 juta orang. Negara-negara sekutu AS seperti Arab Saudi, Turki, Pakistan, Mesir, dan lain-lain yang jumlahnya sekitar 300 juta orang tentu akan memihak kepada AS dan Israel dengan propaganda sunnah menentang syiah. Oleh itu Iran dengan penduduk 75 juta orang harus melawan negara AS, Israel, NATO, serta Negara2 Timur Tengah yang menjadi sekutu AS dengan jumlah penduduk sekitar 1,100 juta. Amerika Syarikat dipercayai memiliki 9,000 bom nuklear dan Israel 200 bom nuklear.

Jepun yang dijatuhi 2 bom atom saja telah menyebabkan 2 bandarayanya iaitu Nagasaki dan Hiroshima hancur sehingga menyebabkan Jepun menyerah kalah dalam perang dunia ke-2. Sejak 200 tahun lalu, Iran tidak pernah menyerang mana-mana negara. Presiden Iran menyatakan bahawa angkatan tentera republik Islam Iran dan juga ketuanya tidak akan melancarkan sebarang tindakan agresif di rantau ini.

Jika negara-negara Islam lain mahu menentang AS dan Israel yang terang-terang membunuh umat Islam dan bersatu dengan Iran, mungkin Iran berani menyerang Israel. Jika tidak, maka Iran tidak akan membiarkan negara diserang balas oleh AS, Israel, NATO, dan negara-negara sekutunya.


Adakah Iran tidak pernah perang melawan Israel?

Iran tidak berperang menentang Israel secara nyata sebaliknya berperang melalui Hizbullah di Lebanon, PLO di Palestine dan Hamas di Gaza yang dibantu Iran melalui dana dan senjata. Pejuang Hamas dan Hizbullah menyerang sasaran di Israel dengan menggunakan peluru-peluru berpandu yang dibekalkan oleh Iran atau pun peluru-peluru berpandi ciptaan Hamas yang ditingkatkan keupayaannya dengan teknologi Iran.

Iran juga menunjukkan taringnya mentang AS apabila menawan Kedutaan Besar AS di Teheran oleh mahasiswa Iran pada 4 November 1979 selama 444 hari.

Kini Iran digeruni AS dan Israel kerana dipercayai sedang menghasilkan bom nuklear. AS dan Israel percaya bom nuklear Iran sudah berjaya dihasilkan namun tiada bukti jelas mengenainya atau pengakuan daripada Iran sendiri.

Staf Kedutaan Besar AS ditawan pada 9 November 1979

Pada 25 April 1980, Amerika Serikat melancarkan Operasi Eagle Claw dalam usaha untuk menyelamatkan anggota staf kedutaan besar AS yang ditawan di ibukota Iran itu setelah Revolusi Islam tahun 1979. Namun, ribut pasir melanda dan operasi secara keseluruhannya gagal. 8 orang anggota tentara AS terbunuh manakala helikopter dan pesawat perangnya hancur musnah akibat dibadai ribut pasir gurun. Kegagalan itu menyebabkan presiden AS, Jimmy Carter tumbang dan kalah dalam pilihanraya presiden kepada Ronald Reagan.


Pada18 April 1988, Armada AS dilengkapi dengan Kapal Induk menyerang Iran dalam Operasi Praying Mantice. AS menyerang Iran kerana Kapal Perang mereka, USS Samuel B Roberts yang mengawal kapal tangki Kuwait rosak terkena jerangkap samar laut Iran hingga nyaris tenggelam dan terpaksa ditunda. Kapal Perang Friget Iran Sahand beserta beberapa kapal perang lainnya hancur ditembak peluru berpandu AS.

Kapal Perang Iran Sahand Dihancurkan AS
Kemarahan AS terus membara apabila U.S.S Vincennes menembak jatuh pesawat Airbus A300 Iran setelah berlepas dari landasan terbang di kota Bandar Abbas, Iran, pada 3 Julai tahun 1988. 290 orang rakyat Iran telah terbunuh. Washington menyatakan kekesalannya dengan mengatakan Vincennes terkeliru dan tersilap tembak pesawat penumpang itu yang disangka sebuah pesawat tempur jet Iran. Benarkah mereka tersilap sedangkan peralatan perang mereka termasuk radarnya adalah yang paling canggih di dunia.


Beberapa Kapal Perang AS yang Menyerang Iran

AS dan Israel pada tahun 2010 dan 2011 membunuh ahli nuklear Iran untuk menggagalkan program nuklear Iran.

AS dan Israel menurut media massa barat sendiri melakukan sabotaj yang mengakibatkan letupan besar di markas Pengawal Revolusi Iran pada 12 November 2011 yang meranapkan sebahagian besar bangunannya dan membunuh 17 orang, termasuk saintis program peluru berpandu balistik Iran, Jenderal Hassan Tehrani Moghaddam.


Pesawat pengintip AS yang berjaya ditawan Iran dipamerkan


Iran berjaya menawan pesawat pengintip tanpa pemandu (drone) AS RQ-170 Sentinel yang menyusup sejauh 250 km ke dalam negara Iran dari Afghanistan. Presiden AS, Barack Obama, menjadi bahan gurauan apabila meminta Iran untuk mengembalikan pesawat pengintipnya. Ini ibarat pencuri yang membawa tangga, ketika tangganya tertinggal selepas mencuri, dia meminta tangganya dikembalikan oleh orang yang dia curi.

Iran telah menawan 4 buah drone Israel dan 3 drone milik AS yang mengintip negaranya dalam era perang digital. Itulah alasan kenapa AS dan Israel tidak berani menyerang Iran secara langsung. Sebab mungkin terjadi peluru-peluru berpandu AS dan Israel boleh digodam Iran untuk menyerang mereka semula dengan kata lain senjata makan tuan.

Jelas sekali banyak pertentangan di antara Iran dengan AS dan Israel. Kalau pun ada Skandal Iran-Kontra di mana AS menjual senjata ke Iran pada zaman Reagan dan wang hasil penjualannya untuk membiayai pemberontakan oleh pemberontak di Nicaragua, ternyata itu adalah salah faham. AS mengira senjata itu akan diberikan kepada kelompok moderat di Iran yang menentang Khomeini bertujuan untuk membebaskan 6 orang tawanan AS. Ternyata senjata itu telah jatuh pada kelompok Khomeini. Itulah tipu daya dalam perang mengingat Iran saat itu memerlukan senjata untuk melawan Iraq.

Penawanan Kedutaan Besar AS itu menimbulkan suasana tegang. Demonstrasi saja berhampiran Kedutaan Besar AS boleh menyebabkan ditembak mati oleh anggota polis yang jadi ajen-ajen AS. Menghina AS dan Israel juga meski pun hanya dengan kata-kata dianggap kesalahan berat. Tiada siapa yang berani menyatakan permusuhan dengan AS dan Israel. Raja-raja Arab dan pemimpin negara sekutunya juga tidak berani.

Alangkah baiknya negara-negara Islam bersatu-padu melenyapkan anak emas AS yang satu-satunya terletak dirantau majoritinya diduduki oleh umat Islam. Negara yang terbentuk hasil dari tanah yang dirampas oleh musuh Islam dengan bantuan AS dan sekutu baratnya terus bermaharajalela menindas dan membunuh rakyat Palestine.

Bilakah umat Islam akan bangkit membela rakyat Palestine yang dijajah dengan zalim oleh Israel dan juga umat Islam yang menderita akibat angkara serangan dan pengeboman oleh AS dan sekutunya dalam usaha untuk mengkucar-kacirkan dan menawan negara Islam?

1 ulasan:

  1. saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan





    saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    BalasPadam