Kata orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri. Sebelum kita nak mengutuk orang, kita kena cermin diri kita. Betul ke tidak diri kita ni sebelum kita nak kata orang lain tak betul.
Nak pulak yang kita tuduh tu orang yang baik-baik. Kalau nak membuka aib orang macam ni, kena 'berambi' kata orang kampung. Maknanya kena berhati-hati. Nak pulak kalau orang yang dikutuk tu seorang Mufti. Tinggi mana ilmu agama awak tu. Bukan nak kata dia maksum, tidak. Tapi agak-agak la jugak. Ada ke patut dia panggil Mufti ni 'Syaitan'?
Itu ke ciri-ciri yang melambangkan seorang pemimpin Islam dengan membuat dakwaan yang ternyata mempunyai niat yang buruk seperti itu? Itu sebab dia kata Mufti dalam Malaysia ni lagi teruk dari 'Syaitan Bisu' sebab membiarkan sahaja budaya Politik Fitnah ni berleluasa. Habis yang dia buat tu, bukan Politik Fitnah ke?
Dia ada bukti tak yang menuduh Kerajaan Negeri Perak bagi gaji pakai duit haram? Kalau ada, kenapa dia tak dedahkan perkara tersebut kepada rakyat? Kenapa dia main tuduh ikut suka hati dia je? Tak de bukti, main tuduh melulu, bukan fitnah ke namanya? Kalau bukan fitnah apa dia?
Sekarang dah kantoi pulak. Sebelum ni, dia jugak yang tuduh Tan Sri Harusani makan gaji haram sampai digelarkan Tan Sri dengan nama 'Haramsani'. Mat Taliban ni jugak yang kata Tan Sri Harusani hanya mendiamkan diri apabila Kerajaan negeri bagi gaji kepada kakitangan awam menggunakan duit haram. Habis yang dia dulu, masa kerja dengan Pejabat Agama Islam Manjung, dapat duit gaji dari mana? Ada dia kaji dari mana sumber duit tu diperolehi?
Wah! Kalau kutuk orang bukan main sedap. Masa dia dapat, senyap seribu bahasa. Dah la tu, dia jugak katanya merupakan diantara 11 orang 'Jutawan Segera' sewaktu Pakatan Pembangkang memerintah Perak tak lama dulu.
Aik! Yang tu dia tak nampak pulak ye? Kenapa dia buat dek je? Kenapa dia tak jelaskan dari mana datang duit banyak-banyak sampai dia mampu beli rumah harga RM500 ribu? Duit songlap ke? Duit sapa yang dia songlap? Duit rakyat? Duit balak? Duit tokey Cina? Kalau duit gaji, apa jawatannya dalam kerajaan PR dulu? Tapi kalau duit gaji sampai mampu buat rumah semahal itu dalam tempoh tak sampai setahun, berapa gajinya sebulan? RM10 ribu, RM30 ribu atau RM60 ribu?
Lagi dia nak mendabik dada kata orang lain makan duit haram ke? Yang dia buat tu bukan haram lagi dah. Itu dah masuk kategori HARAMJADAH namanya.
Itulah, kan dah kena balik batang hidung sendiri. Macam Semut cakap, kalau nak pertikaikan orang pun, kena la berhati-hati. Sekarang dah kena balik pada muka sendiri. Siapa nak jawab? Sendiri jawab la!!!
Bagi kakitangan kerajaan sama ada kerajaan negeri BN/UMNO atau kerajaan persekutuan yang menyokong pembangkang terutama sekali penyokong PAS, macam mana agaknya, tak haram ke gaji yang korang terima tiap-tiap bulan tu. Tak rasa bersalah ke bagi makan anak bini ngan duit gaji haram tu.
Bila nak letak jawatan? Kalau korang letak jawatan boleh la jawtan tu kita orang bagi kat penyokong BN/UMNO yang masih tak ada kerja tetap. Lebih baik korang kerja ngan kerajaan PAS Kedah atau Kelantan. Atau pun korang kerja noreh getah atau ngait sawit je. Sebab kalau korang masih kerja ngan kerajaan BN/UMNO, korang dibayar gaji ngan duit judi, duit arak, duit pelacur, duit hiburan ...... haram tu. Itu kata2 oleh Al Maksum Nor Azli Musa, ulama besar PAS.
Oh ya! Gaji Hassan Ali dan YB2 PAS Selangor dibayar gaji pakai duit apa ha? ......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan