Pages

Khamis, 9 Jun 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun ....... 'NEGARA ISLAM' TELAH SELAMAT DISEMADIKAN .......



Pada tanggal 3 Jun 2011, telah kembali ke rahmatullah 'Negara Islam' yang diperjuangkan oleh ulama-ulama palsu yang bertopengkan Islam. 'Negara Islam' telah dikuburkan di tanah perkuburan Taman Melewar, Gombak. Kematian 'Negara Islam' diiringi kehilangan para ulama-ulama palsu yang telah 'terjun ke dalam longkang' akibat serangan puak-puak sekular dan sosialis erdagon. Akibat serangan tersebut telah menyebabkan ulama-ulama palsu ini termasuk mursyidul amnya telah berpusing 360 darjah menyokong puak-puak erdagon yang berkiblat kepada Al Sheikh Anwar Al-Juburi.


Puak-puak ulama yang telah terjun longkang ini akhirnya mengorbankan 'Negara Islam' sepertimana yang telah mereka laung-laungkan, yang mereka arak, yang mereka kafirkan UMNO, yang mereka fitnahkan orang UMNO dan yang mereka perjuangkan selama ini demi memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk berkuasa. 

PAS sanggup korbankan 'Negara Islam' dan ulama-ulama demi memenuhi nafsu dan tunduk
pada golongan kafir DAP. Pas sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata kerana ingin menghalalkan kerjasama dengan DAP, tetapi pada masa yang sama masih membohongi rakyat kononnya dasar tersebut akan terlaksana selepas menawan Putrajaya.


Lebih tepat lagi adalah kerana Pas tidak sanggup berhujah dengan Karpal. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuanganmu menentang 'Negara Islam' Pas sudah berjaya.

Tokoh yang menang besar kali ini adalah AlFadhil Ostad Karpal. Perjuangannya supaya Pas gugurkan matlamat untuk mendiri 'Negara Islam' yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Ostad Karpal tidak perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya.

“Belum pun dia mati, Pas sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk 'Negara Islam' dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang Pas akan berjuang untuk negara kebajikan.

....... Negara Islam sudah 'mati'. ....... Ulama-ulama PAS juga sudah 'mati'. ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan