Pages
▼
Selasa, 3 Mei 2011
DATUK SERI ANWAR : ORANG YANG SOLEH ATAU TIDAK?
Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah bersumpah laknat. DSAI bila lagi?
Kata DSAI yang mendakwa pihak yang hendak melafazkan mubahalah (sumpah laknat) mestilah orang yang soleh dan tidak pernah melakukan dosa besar. Adakah DSAI seorang umat Islam yang soleh dan tidak melakukan dosa-dosa besar atau beliau seorang yang laknat dan bergelumang dengan dosa-dosa besar?
Jika beliau seorang yang soleh dan tidak pernah melakukan dosa-dosa besar, kenapa beliau masih tidak berani untuk melakukan sumpah laknat? Sekiranya beliau diftnah, dianiaya atau diperangkap tanpa perlu didesak oleh sesiapapun akan dengan rela hati melakukan sumpah laknat. Doa orang yang dianiaya akan segera dimakbulkan Allah.
Kenapa beliau masih berbelit-belit untuk mengelak dari melakukan sumpah laknat? Belaiu asyik mengaitkan dengan orang lain terutama Datuk Seri Najib dan UMNO dengan semua pendedahan oleh pihak-pihak yang membongkar rahsia beliau.
Kenapa beliau tidak berani menyaman Datuk Nalla Karruppan, Ezam Mohd Noor atau Ummi Hafilda dengan pendedahan yang beliau anggap fitnah. Mereka meminta DSAI menyaman dengan kenyataan-kenyataan yang telah mereka keluarkan. Namun sehingga hari ini tiada satu saman pun yang dikemukakan oleh pihak DSAI.
Saya tidak berani mengatakan DSAI seorang yang soleh dan tidak pernah melakukan dosa-dosa besar atau sebaliknya kerana siapalah saya untuk menyatakan begitu. Saya bukan anaknya, saya bukan kawan karibnya dan saya bukan ‘belaan’nya. Hanya mereka yang rapat, karib dan belaannya saja yang tahu.
Pastinya suatu hari nanti Allah akan menunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Kita sebagai umat yang kerdil hanya pasrah dan tidak meredai segala kemungkaran yang dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan