Kerajaan telah bermurah hati membuat perubahan pemberian kuota biasiswa kepada semua kaum. Kaum Melayu/Bumiputera sentiasa bertolak ansur dengan kaum-kaum lain biarpun mereka golongan minoriti. Kuota 10% penerima biasiswa JPA telah dinaikkan kepada 50% iaitu 45% kepada kaum bukan bumiputera dan 5% kepada kaum-kaum lain. Kaum Melayu/Bumiputera sanggup menyerahkan 40% kuota mereka. Tetapi adakah kaum bumiputera ini menghargai tolak ansur orang Melayu/Bumiputera????
.......Setiap tahun JPA menawarkan 2,000 biasiswa. Dahulu 90 peratus daripada biasiswa itu diberi kepada pelajar bumiputera, tetapi nisbah itu di bawah skim baru biasiswa JPA yang masih mengekalkan jumlah biasiswa sedia ada kini diturunkan kepada 50 peratus bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera dan lima peratus kaum-kaum lain.
......Abdul Rahman yang merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran turut mempersoalkan asas perkiraan JPA sewaktu meningkatkan nisbah biasiswa untuk pelajar bukan bumiputera daripada 10 peratus kepada 45 peratus.
“Jika komposisi penduduk bumiputera di Malaysia 67 peratus, maka jumlah golongan profesionalnya mestilah 67 peratus juga. Selagi ia tidak tercapai, mereka mestilah dibantu,” tegasnya.
Masih tidak adilkan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN/UMNO ......???
Nak macam mana lagi ......????
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan