Pages

Sabtu, 30 Julai 2016

SELAMATKAN MALAYSIA ATAU 'SELAMATKAN' RM1.194 TRILLION .....?



Benarkah Tun M akan menubuhkan parti baru?

Khabarnya nama parti baru tersebut Parti Melayu Baru Bersatu. Begitu juga dengan jawatankuasa penaja juga sudah dilantik seperti yang diviralkan dalam media sosial.


Jika benar itulah ahli jawatankuasa parti Tun M maka nama parti tersebut sangat tidak sesuai. Nama yang paling sesuai orang2 yang menganggotainya ialah PARTI MELAYU KECEWA BERSATU.

Apa tujuan Tun M menubuhkan parti baru tersebut?

Setelah segala usaha untuk memaksa DS Najib meletakkan jawatan Perdana Menteri gagal, Tun M telah membuat Deklarasi Rakyat. Kununnya deklarasi disokong oleh beberapa orang tokoh negara. Namun penafian dilakukan oleh beberapa orang tokoh yang disenaraikan menandatangani deklarasi tersebut. Di antaranya ialah Tengku Razaleigh.

Deklarasi Rakyat tersebut dijaja oleh Tun M ke seluruh negara dengan mengutip tandatangan RM1 juta rakyat Malaysia bertujuan kununnya untuk menyelamatkan Malaysia. Kununnya lebih 1 juta tandatangan rakyat Malaysia berjaya dikutip dan dokumen tersebut akan diserahkan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Namun terbongkar bahawa berlaku pemalsuan tandatangan apabila seseorang telah mengaku menjual pangkalan data rakyat Malaysia dengan harga RM5,000 namun hanya dibayar RM1,000 sahaja yang menyebabkan penjual pangkalan data tersebut kecewa lalu membocorkan maklumat tersebut.

Begitu juga dengan senarai jawatankuasa parti baru Tun M yang diviralkan telah dinafikan oleh beberapa orang yang namanya tersenarai. Di antaranya ialah Abdul Wahid Omar dan Mohd Fairuz Khairuddin.

Kita tunggu dan lihat apa yang sebenarnya berlaku ......

Jika benar adakah parti tersebut akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan PAN atau bekerjasama dengan blok kedua pembangkang yang dianggotai PAS dan IKATAN. Atau Parti Melayu Kecewa Bersatu akan menjadi blok ketiga pembangkang.

Mampukah parti serpihan Tun M tersebut bertahan lama seperti PAS atau menerima nasib seperti Semangat 46.

Persoalannya :

Benarkah parti baru yang bakal Tun M tubuhkan adalah untuk menyelamatkan Malaysia? Perlu selamatkan Malaysia daripada apa?

Atau

Untuk 'selamatkan' RM1.94 trillion yang masih tersimpan di luar Malaysia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan