Ahad, 19 April 2015

Sungai Euphrates Dan Tanda-Tanda Kiamat

Mengapa barat sangat berminat dengan negara Arab?

Negara-negara kuasa besar sangat menumpukan perhatian terhadap negara-negara Arab. Kebanyakkan menyatakan tujuan mereka mahu menguasai negara Arab adalah kerana khazanah minyaknya. Namun begitu tujuan sebenar yang tersirat tidak ramai yang mengetahuinya.

Mereka sanggup berbelanja besar dan mereka alasan demi untuk menyerang, menakluk dan menguasai rantau timur tengah dan Afrika Utara. Bermula dengan negara Palestine, Afghanistan, Iraq dan Libya. Negara-negara kuasa minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, UAE, Bahrain, Qatar dan Oman sudah lama di bawah pengaruh mereka. Kini mereka sedang menghuru-harakan Syria dan Yaman.

Mengapa mereka tidak begitu berminat untuk menjajah benua Afrika yang dipercayai mengandungi khazanah yang sangat bernilai seperti intan, berlian, zamrud dan batu-batu permata berharga diperut buminya?

Ilmuwan Mesir Ungkap Lokasi Kekayaan Bumi Pakai Ayat Al-Qur'an
Mahmoud Salit, seorang ilmuwan Mesir yang usianya sekitar 50 tahun telah menghabiskan lebih dari setengah hidupnya bekerja mengkaji dan mendalami rahsia berkaitan dengan petunjuk ayat dan angka yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-Quran.

Dan setelah lebih dari 30 tahun melakukan penelitian yang berkesinambungan menegaskan kepada "Alarabiya.net" kemampuannya untuk mengidentifikasi seluruh kekayaan minyak, bahan mentah, arkeologi dan pertambangan di setiap lokasi di bawah permukaan bumi dan laut.

Ia menjelaskan melalui penelitian yang dilakukannya selama 30 tahun telah mencapai banyak fakta-fakta Al-Qur'an yang menjelaskan tanpa keraguan adanya harta terpendam di dalam perut bumi terutama harta Karun membayangkan kembali bagaimana ekonomi orang Arab jika harta-harta tersebut berhasil diteroka, apalagi tidak ada larangan syarie dalam penggalian harta dan kekayaan bumi kecuali dalam soal tertentu seperti soal gunung emas yang ada di bawah Sungai Eufrat.

Dan bagaimana cara menentukan lokasi-lokasi harta kekayaan tersebut Salit menekankan, bahawa hal ini dilakukan melalui sejumlah puncak, termasuk melalui penyamaan dengan membahagi ketinggian tempat tertinggi di bumi, iaitu Gunung Everest terhadap pengulangan terbanyak dari kata "bumi" dalam Al-Quran iaitu yang terkandung dalam Surah "Al-Baqarah" dan hasilnya sebagai berikut: 8848 ÷ 24 kali, sehingga hasilnya adalah kedalaman tanah dari harta Karun = 7 lapisan × 368 meter = 2576 meter merupakan kedalaman di mana terdapat semua harta Karun yang kunci-kuncinya hanya mampu diangkat oleh sejumlah lelaki yang kuat yang dibenamkan Allah Ta'ala ke dalam bumi, sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Qur'an.


Penentuan lokasi harta Karun

Mengenai cerita tentang gunung emas yang ada di bawah dasar Sungai Eufrat, dia menekankan bahawa dia menggunakan cara yang sama untuk menentukan lokasinya seperti pada harta Karun tetapi menolak untuk mengungkapkan lokasinya kerana adanya larangan dari Nabi SAW untuk menggalinya kerana akan menimbulkan fitnah dan perselisihan sebagaimana dinyatakan dalam hadis Abu Hurairah RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga Efrat dibalikkan menjadi gunung emas yang diperebutkan manusia, dari setiap 100 terbunuh 99, setiap orang dari mereka berkata: mudah-mudahan aku yang selamat".

Lokasi yang tepat dari harta Karun menurut penelitian yang ditunjukkannya ada di tasik yang terletak di wilayah barat daerah Fayoum Mesir, yang menyatakan bahawa kedalaman air di tasik tersebut lebih dari 20 meter. Dia meminta pihak yang berkuasa untuk mempersiapkan peralatan "seismik" di kawasan tersebut untuk meneliti dan menentukan kebenaran penemuanya.


Kekayaan tersembunyi di dunia Arab

Dia menjelaskan bahawa penelitiannya meluas ke setiap tempat di muka bumi ini. Sampai sekarang bumi belum mengeluarkan seluruh kekayaannya yang tidak ternilai harganya yang terdiri dari emas, minyak dan harta terpendam. Dia menunjukkan bahawa penelitiannya menentukan secara teliti lokasi-lokasi kekayaan di Mesir, termasuk 6 lombong uranium, 14 bahan radioaktif, 24 telaga minyak dan gas, 11 harta arkeologi, 5 lombong bijih besi, 3 perlombongan garam, 17 lombong emas dan perak. Harta dan kekayaan ini tersebar antara Sungai Nil dan dua laut iaitu Laut Merah dan Mediterranean serta Gurun Timur.

Terdapat juga lombong emas terbesar di dunia di Kuwait pada kedalaman 3312 meter, serta lombong uranium terbesar di dunia dipercayai terletak di Yaman. Telaga minyak terbesar juga ada di Palestin yang dijajah dan ditindas barat dan Israel sekian lama. Di Madinah terdapat 2 lombong emas manakala di Mekah terdapat empat lombong emas. 3 harta arkeologi terletak di Mekah dan 3 lagi di kota Madinah. 6 telaga minyak dan gas di bahagian utara Yanbu, utara Al Lith dan utara Ash Syuqaiq. Semua lokasi kekayaan ini ditentukan secara teliti pada peta petunjuk.



Rahsia tersembunyi di sungai Euphrates

Sungai Euphrates. Turut dikenali dengan nama lain iaitu Eufrat dan al-Furat yang bermaksud 'air paling segar'. Sungai Furat adalah antara sungai terpanjang di Asia Barat. Ia merentasi tiga buah negara iaitu Iraq, Syria dan Turki. Sungai tersebut bermata air di Anatolia, Turki dan bermuara di Teluk Parsi. Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer atau 1,730 batu.

Sungai Eufrat dan Sungai Tigris bermula di Turki dan berakhir di Teluk Parsi

Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah SAW bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan emas darinya, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil apapun dari harta itu."

Dari Abu Hurairah r.a.,Rasulullah SAW bersabda: "Hari kiamat tidak akan terjadi sampai (apabila) Sungai Efrat menjadi surut airnya sehingga nampaklah sebuah gunung dari emas. Banyak orang-orang (yang berada di situ) berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan dari seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat (dalam peperangan itu) berkata, "Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu".

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, "Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas, maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.

Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria dan Iraq pada suatu ketika nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, di dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya sungai Eufrat merupakan saat datangnya Al-Mahdi sebagai akhir zaman.

Berbagai polemik timbul berkaitan aliran air dari sungai tersebut yang menganjur di antara tiga negara yang dilaluinya. Pembangunan empangan selalu menjadi permasalahan bagi negara-negara tersebut. Pembinaan empangan di Turki merupakan salah satu punca masalah air sungai Eufrat di Syria. 

Bendungan aliran air sungai Eufrat setinggi 210 meter menyekat pengalirannya atau dengan kata lain menghentikannya
.


Pembinaan empangan di Syria akan mempengaruhi aliran air yang akan sampai di Iraq. Meskipun belum sampai pada tahap peperangan tetapi perdebatan soal air ini masih tiada surutnya. Ramai orang mulai khuatir bahawa ramalan Nabi Muhammad pada akhirnya akan menjadi kenyataan.

Ramalan itu telah disebutkan dalam hadis di atas, yakni Sungai Eufrat menjadi kering dan terjadi peperangan setelahnya. Kekhuatiran ini jelas diperkatakan di laman-laman yang mengungkap tanda-tanda akhir zaman berkait dengan keringnya sungai yang berakhir di Teluk Parsi itu.

Satu lagi tanda-tanda bahawa kiamat mungkin sudah dekat ialah kemunculan gunung emas di sungai Eufrat. Ini tandanya bahawa setiap kita mesti selalu waspada dan menjaga diri agar menjadi golongan orang yang ‘selamat’. Kiamat- kiamat kecil yang makin kerap terjadi adalah peringatan bagi kita semua. Gempa-gempa dahsyat yang berlaku di berbagai bahagian dunia, kehancuran moral manusia, dan rosaknya bumi mungkin memang merupakan petunjuk ke arah hampirnya berlaku kiamat. Dan kini ditemuinya gunung emas Eufrat yang menurut hadis Nabi Muhammad SAW adalah salah satu tanda kiamat sudah dekat.

0 ulasan: