1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di petempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang Yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat , bangsa yang dipilih Tuhan.
2. Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, Yahudi berlakuan seolah-olah hanya mereka adalah golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik Yahudi sebagai “anti-Semitik”. Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku bersalah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik.
3. Dalam dunia terbuka hari ini, kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja dan ianya akan disenangi kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. Tetapi, bagi Yahudi, sesiapa yang mengkritik mereka tidak akan terlepas daripada label “anti-Semitik”. Dan bagi kebanyakan masyarakat Eropah, mereka menyokong dasar Yahudi dan sanggup memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.
4. Jelaslah bahawa Yahudi fikir hanya mereka sahaja yang ada keistimewaan, dan berada di satu kedudukan yang mulia dan tidak boleh dikutuk bahkan dikritik sedikit pun.
5. Perlakuan mereka melambangkan sikap angkuh sombong mereka. Mereka masih meneruskan kejahatan jenayah tanpa perikemanusiaan walaupun satu dunia tidak menyukainya. Sekarang ini, mereka terlibat dalam pembunuhan ratusan nyawa di Gaza, dan juga memusnahkan bandar-bandar. Hospital, sekolah, dan bangunan persendirian turut diranapkan dengan roket.
6. Seluruh dunia boleh mengutuk tindakan kebinatangan mereka, tetapi Yahudi tetap tidak peduli. Malahan mereka mengumumkan untuk membunuh lebih ramai rakyat Palestin mengacaubilaukan Semenanjung Gaza.
7. Semasa Eropah mengambil sedikit tanah Palestin untuk membentuk Israel, mereka dengan jelas menyatakan hak-hak orang Arab di Israel perlulah dihormati.
8. Yahudi pula mengabaikan peraturan tersebut dan bertindak merampas tanah dan harta milik Arab termasuk rumah dan ladang ternakan. Melalui serangan ganas mereka, contohnya di Deir Yassin, mereka memaksa rakyat Palestin untuk lari dari tanah mereka. Kemudian, Yahudi merampas tanah orang Arab tersebut.
9. Selama lebih 60 tahun, orang Palestin menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kawasan perlindungan pelarian. Tiada pampasan yang diberikan kepada mereka. Mereka juga tidak dibenarkan kembali ke tanah asal milik mereka. Inilah contoh tindakan perkauman yang paling teruk sekali.
10. Tidak puas dengan tanah yang dihadiahkan oleh UN kepada mereka, Yahudi menjarah pula tanah Palestin di luar Israel untuk dirampas lagi. Kemudian, mereka bina petempatan haram ekslusif bagi diri mereka
11. Mereka bina jalan di atas bumi Palestin, tetapi tiada rakyat Palestin yang dibenarkan menggunakannya. Mereka bina tembok di sepanjang perkampungan Palestin, memisahkannya dan orang Palestin tidak lagi dapat berhubung dengan sanak-saudara di perkampungan lain. Mereka juga tidak benarkan Palestin diisytihar sebagai negara, yang ada cumalah Pihak Berkuasa Palestin. Dan Eropah menyokong tindakan Yahudi yang sombong dan angkuh itu.
12. Mereka lancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza supaya bekalan makanan dan ubatan serta bahan binaan tidak dapat dihantar ke Gaza selepas pengeboman dan serangan roket oleh tentera Israel. Kapal yang menghantar bekalan ke Gaza juga diserang dan dirampas di Perairan Antarabangsa. Malah, kapal agensi kemanusiaan dipaksa berlabuh di perlabuhan Israel, dan barang kargo tersebut dirampas pula. Acapkali berlaku di mana kapal yang diserang tentera laut Israel di luar perairan Israel.. dan pekerja kemanusiaan ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnya.
13. Israel mempunyai lebih daripada puluhan ribu rakyat Palestin di dalam tahanan kerana tuduhan “anti-Israel”. Tiada penghakiman dilakukan. Tempoh penahanan tidak ditetapkan (mungkin selama-lamanya?)
14. Secara berkala, apabila ada askar Israel ditawan oleh Palestin, Yahudi akan menawarkan pertukaran tebusan dengan beberapa ratus rakyat Palestin bagi digantikan dengan askar yang ditawan. Tetapi, dengan begitu cepat, akan ada tangkapan baru dibuat dari kalangan rakyat Palestin demi menggantikan tahanan yang dibebaskan.
15. Jika sekiranya rakyat Palestin menghantar pengebom berani mati atau melancarkan serangan roket, maka Israel akan menyerang balas dengan sangat keterlaluan. Mereka akan hantarkan kumpulan tentera untuk memusnahkan perkampungan Palestin dan bunuh nyawa lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, dan juga orang uzur.
16. Terkini, selepas pembunuhan tiga penuntut Israel oleh individu tidak dikenali, Israel mengebom Gaza dengan serangan udara. Hospital, sekolah, dan rumah semuanya dimusnahkan. Malah lebih 500 orang terkorban dan ribuan yang lain cedera. Hospital yang merawat pesakit juga dibom supaya orang sakit tidak dapat lari.
17. Inilah mesej yang ingin ditonjolkan oleh Israel.. bahawasanya Yahudi adalah suci dan mulia, dan sesiapa yang menganggu mereka terpaksa membayar harga berlipat kali ganda daripada kesakitan yang dihadapi mereka.
18. Segala apa jua yang Israel lakukan adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, berlawanan dengan moral, dan menyalahi hak asasi manusia. Yahudi adalah penjenayah dalam semua rang undang-undang manusia bertamadun.
19. Tetapi, Yahudi Israel melakukan jenayah ini tanpa risau dihukum. Mereka ada negara seperti Amerika dan Eropah di belakang mereka. Merekalah manusia pilihan Tuhan dan mereka lebih berkuasa daripada mana-mana undang-undang, apa jua kod etika moral, dan juga bebas dari nilai kemanusiaan.
20. Semasa Yahudi dilayan dengan teruk oleh Nazi di Jerman, mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Tetapi penderitaan mereka tidak mengajar mereka apa-apa, tidak membantu mereka memahami erti kesengsaraan. Malah, kini mereka berkelakuan lebih teruk daripada Nazi, dan tidak kisah langsung segala kejahatan yang mereka lakukan.
21. Eropah dan Amerika bertanggungjawab mencipta raksasa ini, tetapi mereka seakan tidak peduli kemusnahan yang dilakukan Yahudi. Mereke terus menerus menyokong dasar penghapusan etnik Arab oleh Yahudi. Mungkin mereka tidak puas hati dengan layanan Eropah terhadap mereka pada masa lampau.
Sepatutnya mereka perlu menyalurkan kemarahan mereka terhadap Nazi Jerman dan Eropah. Mungkin mereka terlampau pintar, dan mungkin juga bagi mereka “Membunuh Arab lebih mudah dan menyeronokkan”
Original Article by Dr Mahathir Mohamad, Malaysian 4th Prime Minister
http://chedet.cc/?p=1425#more-1425
http://chedet.cc/?p=1425#more-1425
Tiada ulasan:
Catat Ulasan