Pages

Isnin, 17 Februari 2014

JPA HINA PENJAWAT AWAM DENGAN MELETAKKAN GAMBAR BERUK ......???

 


JPA hina penjawat awam sebagai beruk. Pihak yang menguruskan aplikasi online Human Resource Management Information System (HRMIS) menghina pemegang kompetensi sebagai beruk dengan meletakkan gambar beruk diruangan gambar dalam Rekod Peribadi pemegang kompetensi HRMIS.

Alangkah sedihnya hati bila dapat membuka HRMIS yang mengisut2 macam siput lajunya untuk diakses dengan tujuan untuk kemaskini maklumat bila didapati diruang gambar terdapat gambar beruk. Betapa hinanya saya diperlakukan begitu, bukan saya sahaja mungkin ramai lagi penjawat awam yang masih belum dapat mengakses dan yang telah dapat mengakses HRMIS.

Bukan tak mahu upload gambar. Untuk mengakses HRMIS yang lambat macam siput pun susah apatah lagi nak upload gambar. Orang atas di JPA tu rajin2 la turun ke pedalaman untuk tengok2 kelajuan talian internet di sini. Duduk di KL atau Cyberjaya boleh la sebab macam2 perkhidmatan internet ada .... 4G, Unifi, Streamyx dan sebagainya.

CEUPACS minta ambil perhatian dengan 'kebinatangan' admin atau pihak pengurusan HRMIS JPA ini. 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=578669125543188&set=o.217386204947834&type=1&theater&notif_t=photo_comment

Tiada ulasan:

Catat Ulasan