Sekarang ni DS Anwar pakai apa pulak kelihatan tegang ......
Udah le gitu pakai pulak spek metroseksual ........
Anwar kata kulitnya tegang sebab madu dan senyuman. Ada penyokong dia kata muka dia berubah sebab dah ada NUR. Ada juga yang kata muka dia dah naik seri sebab hasil dari banyak berwudhuk. Ada juga yang kata mungkin dia guna kalogen untuk tegang dan haluskan kulit dia.
Tapi ada juga penyokong dia yang kata dia suntuk BOTOX untuk mudakan kulit dia. Kenapa penyokong2 dia senyap je. Masing2 buat bodoh je bila pujaan hati mereka buat mende yang mereka kutuk bila orang UMNO buat.
Dulu kemain la orang pembangkang kutuk Khir Toyo ......
Khir Toyo nafi suntik botox PETALING JAYA 3 Feb. – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan yang beliau mengambil suntikan botox atau melakukan sebarang pembedahan ke atas wajahnya.http://no2umno.wordpress.com/2008/02/04/alasan-bodoh-khir-toyo/
Sebaliknya, beliau dalam nada berseloroh berkata, rahsia mukanya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.
”Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi, ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi.
”Itu sahaja petua saya. Ini pembangkang fitnah saya pakai suntikan botoxlah, pembedahanlah sedangkan saya tak buat pun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Mengecat Bangunan di Taman Desa Ria PJS 5 di sini hari ini.
Mohamad Khir menambah, dakwaan dan fitnah sedemikian ke atasnya disifatkan oleh beliau sebagai dilakukan oleh golongan yang tidak mempunyai kerja.
Penampilan Mohamad Khir sejak tahun lalu menarik perhatian ramai apabila kulit mukanya bertambah licin dan sekali gus membuatkan beliau kelihatan lebih muda berbanding sebelumnya.
Selain itu, beliau juga tidak kelihatan memakai cermin mata seperti mana kebiasaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan