RAMALAN TUN MAHATHIR JADI KENYATAAN
Siapa sangka ramalan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir sudah pun menjadi kenyataan. Belum pun Pakatan Pembangkang tu menang PRU 13, ramalan Tun telah berlaku.
Sebelum ini, Tun meramalkan bahawa akan berlaku huru hara sekiranya puak - puak Pakatan Pembangkang tu berjaya merampas Putrajaya.
Tun menjelaskan bahawa adalah tidak mustahil untuk peristiwa berdarah tersebut bakal berulang kembali dan melanda Negara ini nanti. Walaupun sebelum ini, puas pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang menafikan perkara tersebut, namun ianya tidak mampu mengubah keadaan.
Pelbagai jenis tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap Tun berikutan kenyataan tersebut. Kononnya, kata mereka, Tun sengaja nak menakut - nakutkan rakyat.
Sekarang, ramalan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed jelas telah menampakan benih. Tunggu masa je nak tumbuh dengan mekar selepas PRU ke 13.
Semalam, puak - puak Kahak Hijau yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Wong Teck mengancam untuk membakar kilang Lynas jika ianya tidak ditutup. Kenyataan tersebut melahirkan bibit - bibit keganasan dan kekecohan yang bakal berlaku selepas PRU ke 13 nanti. Nah!!! Sekarang, siapa yang mencetuskan huru hara?
Sekarang, siapa yang jelas mahu menggangu keamanan serta kesejahteraan Negara secara terang - terangan jika bukan puak - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri?
Soalnya, apa lagi yang diorang tak puas hati? Suruh panggil jawatankuasa pemantau, dah panggil. Bawak isu tu ke mahkamah pun sudah. Apa lagi yang diorang nak?
Jelas, tujuan puak - puak Kahak Hijau tu selama hari ini bukan atas dasar mereka mahu memperjuangkan alam sekitar yang dilaung - laungkan sebelum ini.
Tindakan mereka ni sebenarnya lebih berorientasikan kepada dendam dan rasa dengki terhadap perkembangan ekonomi Negara. Itu sahaja tujuan mereka.
Yang nak ditutup ialah kilang yang diketuai oleh orang Melayu. Yang nak dibakar jugak ialah kilang yang dipimpin orang Melayu. Pekerja kilang tu pun kebanyakkannya Melayu. Jadi, korang tepuk la dada, korang fikir la sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan