Saya tetap bersama Hassa Ali mempertahankan Islam |
Saya dan mungkin sebahagian besar blogger-blogger pro kerajaan tetap menyokong pendirian Hassan Ali yang tegas mempertahankan Islam walaupun kami berbeza fahaman politik. Bab agama tidak boleh dikompromi. Saya tetap bersama Hassan Ali yang memperjuangkan kesucian Islam daripada diinjak-injak oleh orang lain terutama musuh-musuh Islam.
Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor merupakan seorang pemimpin yang popular di kalangan umat Islam sama ada di Selangor mahu pun di seluruh negara.
Tiada kompromi dalam mempertahankan Islam |
"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?"
Berikutan ketegasannya mempertahankan Islam, adalah dipercayai nama beliau telah digugurkan daripada senarai calon untuk PRU13 untuk mempertahankan kerusi DUN Gombak Setia. Ketegasan beliau dilihat telah menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan rakan-rakan pertinya di dalam Pakatan Rakyat. Klik sini.
Kami tetap menyokong tindakan tegas Hassan Ali |
Beliau mula dipinggirkan apabila berlaku perbalahan antara beliau dengan seorang exco DAP berkenaan dengan penjualan arak dan kritikan beliau terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang diketuai Teng Chang Kim dari DAP. Hassan menggesa SELCAT dikaji semula berikutan cara pengendalian soal siasat kepada Pegawai Pentadbiran Kerajaan Negeri dikatakan mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan Melayu dan bertaraf “pertanyaan dan soal siasat kepada budak sekolah”.
Beliau juga digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor ekoran dari rentetan ketegasan beliau terhadap usaha-usaha beliau mempertahankan kesucian agama Islam.
Perjuangan bukan hanya melalui PAS sahaja |
Kemarahan oleh pihak-pihak yang tidak menyukai beliau terus membara apabila Isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu juga salah satu sebab kenapa Hassan Ali digugurkan. Klik sini.
Perjuangan PAS sudah lari dari landasan sebenar. Mereka tidak lagi memperjuangkan dan mempertahankan Islam. Mereka lebih memperjuangankan kepentingan politik dan keduniaan. Laporan oleh blog pro pembangkang menyatakan begitu gembira Hassan ali disingkirkan daripada senarai calon PRU13.
"...... PENULIS memang rasa lega yang amat sangat sebaik dimaklumkan oleh sumber yang hampir dengan kepimpinan PAS Selangor bahawa Datuk Hassan Ali akan digugurkan dari senarai pencalonan untuk pilihanraya umum yang akan datang." Baca di sini.
Apakah ada kemungkinan Hasan Ali bakal meninggalkan PAS dan bertanding sebagai seorang calon bebas di kerusi DUN Gombak Setia? Atau beliau akan menyertai Umno?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan