Ibarat tabiat anjing ..... walau tak makan tahi tapi tetap dicium juga. Tapi yang ini lebih teruk daripada anjing. Ulama dunianya siang malam bercerita penglipurlara macam-macam tentang Lynas. Merbahaya, radiasi, nuklear, boleh sebabkan kanser, boleh sebabkan kecacatan, memudaratkan rakyat, kerajaan menzalimi rakyat dan seribu serba maknikam cerita diputar-putar dengan tujuan untuk memutar pemikiran rakyat supaya menyokong parti ulama dunia tersebut.
Kalau ulama dunia tersebut memiliki kepakaran dalam bidang nuklear, kerja disektor nuklear dan mendapat pengikhtirafan IAEA mungkin boleh diambil kira. Tapi dia sekadar ada Master Pendidikan Islam kawannya pulak sekadar ada Master Psikologi Kaunseling. Boleh percaya ke kalau mereka bercakap pasal nuklear??
Tak apalah lupakan pasal ulama dunia dan Nek Lampir Thoron tersebut. Tapi kenapa dalam kedua-dua durjana tersebut memburuk-burukkan Lynas tiba-tiba muncul seseorang yang juga terdiri dari parti ulama dunia tersebut. Pendapatnya berlawanan dengan ulama dunia tersebut. Beliau merupakan seorang saintis nuklear yang mempunyai PHD dalam bidang nuklear. Beliau menafikan Lynas adalah kilang nuklear dan merbahaya. Siapa yang perlu lebih dipercayai? Ulama dunia atau saintis?
Dalam pada itu timbul pula dua orang lagi yang separti dengan ulama dunia tersebut menjilat-jilat rezeki di Lynas. Taik yang dilemparkan oleh ulama dunia tersebut rupanya dijilat-jilat oleh dua orang mereka. Baca di sini. Baca lagi di sini.
Tapi perkara seperti ini tidak menjadi satu yang pelik kerana mereka ini bukanlah sebenar-benarnya pejuang Islam tetapi hanya sekadar makhluk yang 'mencari makan'. Depan mereka akan kata haram tapi di belakang mereka kata halal. Orang seperti ini tidak lebih seperti yang tidak tahu halal atau haram. Halal haram hanya mainan yang bertujuan untuk memenuhi nafsu untuk berkuasa dan mengaut kekayaan dunia seberapa banyak yang mungkin tanpa yang menyokongnya mengetahui sifat buruk mereka.
Nauzubillahimin zalik ..... wallahua'lam.
Saudara JR , memang orang PAS terutama di KB makan kueh taik ITIK. Sedap dan manis, JR cuba lah tentu JR suka punya.
BalasPadamHenti kan kata mengata tidak ada faedah nya, kan sebangsa dan seagama. La...la...no...no....tidak....tidak.