Tambah kapsyen |
Memalukan aku je mereka ni ...... |
Yang bangsatnya ialah hok 2 orang PAS yang duk sama-sama mentekedarah ngan Lynas. Ulama yang disangka badut tu bukan main kata macam-macam pasal Lynas rupa-rupanya ada dua biawak PAS duk mentekedarah duit Lynas. Mereka ni nak dikira macam mana. Kalau orang Cina cakap "cakap talak selupa bikin'. Kalau dalam istilah Islamnya boleh tak dikata mereka ini munafik?
Cerita ni bukan orang UMNO yang buat tapi orang yang sokong PAS gak ....... kalau nak tau cerita lebih lanjut, baca la dalam blog Cucu Mat Kilau. Klik kat sini je ..... klik sini.
Kalau mahasiswa di IPTA atau IPTS yang menyokong PAS atau PKR membaca seperti ini patutpun dapat PNGK bawah 2.0 |
Dua Individu Di Kenali Sebagai "Dr.S" Dan "Hj.Z"
Individu yang pertama dipercayai terlibat ialah "Dr.S" yang mempunyai sebuah klinik di Kawasan Perindustrian Gebeng. Atas profesionalisme kedoktorannya, kita tidak hairan beliau menawarkan khidmat panel rawatan kesihatan kepada ribuan pekerja Lynas. Malah difahamkan, beliau mendapat untung ratusan ribu ringgit sebulan untuk dua kali rawatan kepada semua pekerja kilang terbabit. Terbaru, beliau juga telah mendapat satu lagi kontrak yang bernilai jutaan ringgit daripada Lynas. Individu kedua pula dikenali sebagai "Hj.Z" yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit untuk tempoh lima tahun dengan syarikat berkenaan.
CMK masih menjalankan siasatan rapi terhadap kontrak kedua-dua individu terbabit. Kedua-dua mereka adalah merupakan penyumbang dana terbesar kepada PAS Pahang sebenarnya. Maka itulah, kepimpinan atasan kemungkinan besar tidak mahu membuat teguran atau mengambil tindakan terhadap mereka. Malah difahamkan juga ada AJK Pemuda PAS Indera Mahkota juga turut mendapat projek yang sama. Kesemua mereka mendapat kontrak lumayan daripada Lynas, sedangkan mereka adalah ahli PAS "tegar". Walau apa jua alasannya, CMK melihat tindakan mereka ini adalah tidak wajar kerana parti PAS menentang sekeras-kerasnya projek tersebut.
Jika PAS boleh memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli itu hanya kerana dia keluarkan kenyataan kontroversi tentang isu Lynas di TV3. Maka, sepatutnya pihak yang mendapat kontrak jutaan ringgit ini perlu juga diambil tindakan. Kenapa perlu takut laksanakan tanggungjawab. Apakah dek kerana mereka menyumbang dana kepada PAS maka mereka bebas terlibat dengan Lynas?. Jika itu keadaannya, ternyata PAS Pahang bersikap hipokrit dalam hal ini. Ia tidak wajar dan amat memalukan. Ini kerana "wang Lynas" mengalir dalam parti tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan