Semalam, isu Mismah yang dimainkan oleh Malaysiakini disambut kencang oleh blogger pembangkang bagai mendapat peluru paling ampuh untuk membogelkan SPR, JPN dan Kerajaan BN/UMNO. Selain daripada isu Mismah, beberapa blogger pembangkang seperti Poji (Perisik Rakyat) dan Tulang besi (Malaysia Waves) ada jugak main isu ini tapi dari sudut berbeza.
Modus operandi pembangkang mengenai isu ini adalah untuk membogelkan SPR, JPN dan Kerajaan BN/UMNO. Keghairahan blogger pembangkang mendedah dan membogelkan JPN, SPR dan Kerajaan BN/UMNO telah memakan diri dan membogelkan siapa wakil rakyat mereka yang sebenar.
Isu yang dimainkan pembangkang ialah blogger pembangkang mendakwa sesiapa yang memiliki kad pengenalan bernombor kod negeri kelahiran 71 sebagai penduduk tetap yang baru mendapatkan MyKad. Tujuan pembangkang mengheboh-hebohkan kod 71 ialah untuk menunjukkan yang pemegang kad pengenalan itu adalah pengundi hantu.
Anda boleh membaca pendedahan yang dibuat oleh Double Y, http://yuseriyusoff.blogspot.com/
Selepas blogger-blogger pro-UMNO-BN seperti DOUBLE Y dan MYMASSA membuat pendedahan selain penjelasan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara berhubung MISTERI MISMAH, apa yang perlu dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ialah menjadikan isu KOD 71 sebagai ‘isu besar’ yang perlu dibincangkan di Dewan Rakyat, walaupun sebenarnya isu yang mereka sendiri bangkitkan hanyalah ‘isu samar-samar’ dan tidak berbukti sahih.
Kesahihan KOD 71 yang diteorikan oleh para blogger Pakatan Rakyat, tidak lagi kukuh ekoran pendedahan yang dilakukan oleh kedua-dua blogger pro-UMNO-BN itu. Sekarang, sudah timbul pula pertanyaan, dari mana sebenarnya portal berita Malaysiakini memperolehi nombor kad pengenalan dan kalaupun Malaysiakini ‘merampas’ isu pendedahan tersebut daripada blogger-blogger Pakatan Rakyat yang lebih awal memperkatakannya, dari mana pula sumber mereka memperolehi kesemua data-data berkenaan yang hanya boleh diakses oleh kakitangan tertentu Jabatan Pendaftaran Negara sahaja. Rupanya dalam JPN pun ada hantu Pakatan yang makan gaji ‘duit haram’ kerajaan BN/UMNO.
Kenapa kod 71??
Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.
MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap. Bermula dari tarikh 1 Jun 2006 juga, semua pemegang kad pengenalan merah lama diminta menukarkan kad mereka kepada MyPR sebelum 1 Julai 2007.
Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.
Akibat dari kegelojohan untuk membogelkan SPR, JPN dan Kerajaan BN/UMNO rupa-rupanya telah membogelkan pemimpin mereka sendiri. Baca isu yang kononnya untuk membogelkan Kerajaan BN di sini atau klik pautan di bawah.
Hasil dari ‘pembongkaran’ mereka telah terserlah identiti 3 ekor hantu yang berjawatan besar dalam parti mereka. 3 ekor hantu tersebut adalah seperti berikut :
1. Mohamed Azmin bin Ali
640825-71-5269
Timbalan Presiden PKR
Pengundi Hantu dari Singapura
2. Saifuddin Nasution bin Ismail
631207-71-5005
Setiausaha Agung PKR
Pengundi Hantu dari Singapura
3. Zuraida binti Kamaruddin
580314-71-5206
Ketua Wanita Hantu PKR
Pengundi Hantu dari SingapuraBlogger-blogger pembangkang yang tidak berapa cerdik telah mengesahkan bahawa Azmin, Saifuddin dan Zuraida juga penduduk tetap (PR). Pembangkang lebih teruk, bukan setakat guna hantu pemastautin tetap sebagai pengundi tetapi sebagai pemimpin!
Satu lagi perkara yang menyerlahkan kebodohan dan kelembuan blogger pembangkang adalah mereka menyenaraikan pengundi yang didakwa sebagai orang baru dapat MyKad tetapi mempunyai No Kad Pengenalan Lama.
Dengan bangganya mereka menyenaraikan pemegang kod 71 .....
termasuk 3 ekor hantu Singapura .....
Di bawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:
1. 530824715008
2. 671219715084
3. 380424715016
4. 650503715054
5. 501124715020
6. 561210715515
7. 600602715505
8. 690510715008
9. 430106715072
10. ........................
71. 640825-71-5269 Mohamed Azmin bin Ali
72. 631207-71-5005 Saifuddin Nasution bin Ismail
73. 580314-71-5206 Zuraida binti Kamaruddin
167. 540429715138
168. 540515715302
169. 610203715099
“Siap ugut lagi tu”
Harap dapat penjelasan dari Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kesemua nombor-nombor diatas menggunakan Kod nombor "71" sebagai rujukan kelahiran diluar negara Malaysia.
Kalau tiada respon dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, kita mesti bersetuju bahawa Misi Kod 71 adalah Misi menjual Negara Malaysia kepada Pendatang Asing dan penggeraknya ialah Pemerintah Negara Malaysia sekarang yang takut kehilangan kuasa.
Baca lagi di sini pasal pembongkaran yang memakan diri ………
Dalam blog yuseriyusoff
Dalam blog mymassa
Dalam blog Selatanonline :
Dalam blog malaysiawaves
SOALAN KEPADA JPN (4 Ogos 2011):
BalasPadamAssalamualaikum wbt
Tuan,
Saya sebagai seorang warganegara Malaysia ingin mendapatkan maklumat mengenai nombor kod tengah di dalam IC yang bernombor 71. Saya telah mencari di serata bahagian website JPN, namun saya tidak menjumpai kod negeri atau kod negara yang bernombor 71. Bolehkah Tuan beri sedikit makluman mengenai kod tengah 71 di dalam IC mereka spt contoh status mereka, negeri kelahiran atau negara kelahiran?
Sekian, Wassalam.
Mohd Fathuddin,
JAWAPAN DARI JPN, 5 OGOS 2011:
En. Mohd Fathuddin,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 4/8/2011 berkenaan perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, kod "71" pada MyKad adalah merupakan kod negara tempat kelahiran yang merujuk kepada mana - mana negara luar bagi kelahiran yang berlaku sebelum tahun 1998. Pada ketika itu, Jabatan dalam proses pengkomputeran yang menggunakan nombor 12 digit pada Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Bunga Raya) di mana belum diwujudkan kod khusus bagi setiap negara luar. Kod "71" digunapakai bagi semua kelahiran yang berlaku di luar negara termasuklah kelahiran warganegara Malaysia di luar negara.
3. Kod khusus bagi sesuatu negara diwujudkan secara berperingkat selepas tahun berikut. Untuk semakan kod negara kelahiran pihak tuan boleh melayari Portal Rasmi JPN pada link berikut http://www.jpn.gov.my/kodnegara . Selepas pengwujudan kod khusus bagi setiap negara luar, kod "71" kini telah tidak digunakan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-88807071 /7067 / 7069 atau e-mel di pro@jpn.gov.my.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam.
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
Tel : 03-8880 7077
Faks : 03-8880 8288