Pages

Selasa, 26 Julai 2011

'KHALIFAH' didakwa mencuri...........???

        "siakap senohong gelama ikan duri
             bercakap bohong lama-lama jadi pencuri"


Betullah kata bidalan orang tua-tua dahulu, 'bercakap bohong lama mencuri'. Tabiat mencuri barangan peniaga telah dilakukan semula oleh orang-orang yang mempunyai tabiat suka bercakap bohong dan pencuri pada bulan Mac lalu berulang kembali. Yang jadi mangsa curi pulak adalah orang Melayu.

Kalau di barat ada Robin Hood yang tabiatnya mencuri, merompak dan menyamun dan harta samunannya diberikan kepada orang miskin. Tak kisahlah si Robin Hood tu sebab dia kafir, mana tau halal dan haram. Dalam agamanya pun (kalau la Robin Hood tu ada agama) tentu dilarang mencuri, merompak dan menyamun. Tapi dalam Islam dah tentu haram.

Di Malaysia pula lagi dahsyat. Seorang 'khalifah' pula mempunyai tabiat buruk suka mencuri harta orang miskin terutama orang Melayu. Tak berhati perut betul 'khalifah tersebut. Sudahlah Dasar Ekonomi Baru dia nak hapuskan kini harta orang Melayu yang seciput pun dia nak curi. 'Ulama-ulama' hijau pulak 'tidur berdengkur' dengan lena akibat kekenyangan oleh 'sajian makanan' yang enak-enak oleh orang-orang 'khalifah' tersebut.

Dalam hati ulama-ulama hijau ni dah tiada sifat-sifat keIslamannya akibat mata hati dan fikiran telah dikuasai nafsu untuk merampas kuasa kerajaan yang ada sekarang kerana mereka bercita-cita nak jadi Perdana Menteri, Menteri dan exco. Tapi yang tersirat ialah nak mengumpul harta. Iri hati melihat orang yang menyokong UMNO banyak duit kut dan dalam hati mereka berkata-kata bahawa mereka ini kaya kerana kerajaan banyak duit. Aku pun nak kaya jugak macam orang UMNO. Tanding pilihanraya sentiasa kalah. Kalau asyik kalah bila nak merasa jadi Menteri dan jadi orang kaya. Umur makin senja tapi nafsu masih membara ...............

Wallahualam.....

TERKINI ......

27/07/2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm

Peniaga barang kulit mahu 'beri hadiah' kepada DAP

PULAU PINANG 26 Julai - Peniaga barangan kulit di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Mohamed Ghani Abd. Jiman berhasrat 'menghadiahkan' sesuatu kepada kerajaan DAP Pulau Pinang Jumaat ini jika gerai beserta barangannya yang dirampas Mac lalu tidak dikembalikan kepadanya.

Mohamed Ghani yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia berkata, beliau kesal kerana sehingga kini gerai yang disewa daripada pengurusan lama Komtar, PG Karisma Events & Services Sdn. Bhd. itu masih disimpan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

"Saya beri tempoh tiga hari kepada kerajaan negeri untuk memulangkan barangan niaga yang dirampas oleh PDC.

"Jika tidak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik bakal menerima 'hadiah' Jumaat ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dijadual merasmikan Bazar Ramadan Komtar pada Jumaat ini.

Menurut Mohamed Ghani, beliau merasakan ditindas berikutan tindakan kerajaan negeri yang tidak mengembalikan tapak niaga di tingkat tiga Komtar selepas mengubah suai kawasan itu.

"Selain enggan memberi tempat untuk saya berniaga, mereka (kerajaan negeri) bertindak sebagai 'kerajaan perompak' dengan merampas gerai dan barangan saya dan tidak dikembalikan sehingga hari ini," ujarnya.

Pada 3 Mac lalu, Mohamed Ghani yang tidak mengendahkan arahan PDC supaya berpindah ke lokasi baru sehari sebelumnya terkejut apabila mendapati gerainya 'ghaib' ketika mahu memulakan perniagaan.

Beliau mendakwa, kehilangan gerai tersebut menyebabkannya rugi kira-kira RM50,000 kerana terdapat banyak barang jualan termasuk milik pelanggan disimpan di ruang khas di dalamnya.


KOMTAR oh KOMTAR...

Gerai 'ghaib' peniaga Komtar dakwa rugi RM50,000

PULAU PINANG 3 Mac - Peniaga barangan kulit di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang tidak mengendahkan arahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya berpindah ke lokasi baru semalam terkejut apabila mendapati gerainya 'ghaib' ketika mahu memulakan perniagaan hari ini.

Mohamed Ghani Abd. Jiman, 46, memberitahu, gerai tersebut dibelinya daripada pengurusan lama Komtar, PG Karisma Events & Services Sdn. Bhd. sebelum PDC mengambil alih tempat itu.

Beliau mendakwa kehilangan gerai tersebut menyebabkannya rugi kira-kira RM50,000 kerana terdapat banyak barang jualan termasuk milik pelanggan disimpan di dalamnya. "Pekerja saya yang datang untuk membuka gerai kira-kira pukul 10 pagi tadi mendapati gerai tersebut tiada lagi di tempat biasa kami berniaga.

"Jika semalam gerai saya dipecahkan, hari ini gerai saya hilang pula. "Saya anggarkan barangan yang ada di ruang simpanan gerai itu tidak kurang RM50,000. "Barangan ini termasuk milik pelanggan yang menghantar kepada saya untuk dibaik pulih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Ghani 'mengamuk' apabila diarah berpindah ke lokasi baru yang disediakan oleh PDC. Sambil menjerit-jerit melahirkan rasa tidak puas hati, beliau yang juga Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA) terus berdegil membuka gerainya walaupun 17 gerai peniaga lain sudah dialihkan ke lokasi baru oleh kakitangan PDC dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak awal pagi.

Mohamed Ghani mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada pihak pengurusan bangunan itu untuk berpindah. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis mengenai kehilangan gerai dan barangan jualan termasuk milik para pelanggannya. Beliau turut menunjukkan notis arahan berpindah daripada PDC yang dihantar kepada semua peniaga di tingkat tiga Komtar pada 25 Februari lalu tanpa menyenaraikan namanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati Mohamed Ghani meneruskan perniagaan di satu sudut di tingkat tiga Komtar, terasing daripada gerai-gerai lain.

(copy paste dari Utusan Online)
http://perkarareview.blogspot.com/2011/03/komtar-oh-komtar.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan