Selasa, 26 Julai 2011

Ahli Pas, tapi tak solat ........?

Oleh Herman Samsudeen
http://syukran.wordpress.com/2009/04/23/ahli-pas-tak-solat/




Solat merupakan tiang agama sebagaimana yang disebut oleh hadis Rasulullah s.a.w. iaitu,

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka ia telah meninggalkan agama.” (riwayat Al-Baihaqi).

Maka bila membaca perihal solat ini dan juga tingkah laku manusia yang beragama Islam maka sewajarlah ia menjadi kayu pengukur akan keislaman itu.

Baru-baru ini saya ditemui oleh beberapa orang sahabat yang mengadu perihal seorang sahabat satu Jamaah (Ahli Pas) yang tidak solat. Sedikit terkejut juga dengan berita itu kerana goyahnya tiang agama sahabat tu sekaligus bakal mengoyahkan pandangan masyarakat terhadap parti Islam.

Ya! kerana dia menjadi ahli parti Islam yang mana semua ahlinya solat 5 waktu kecuali sahabat itu. Bak kata pepatah, kerana nila setitik akan rosaklah susu sebelanga.

Pas dan solat tidak boleh dipisahkan kerana perjuangan Pas adalah untuk mengajak manusia kepada Allah melalui jalan solat dan pelbagai lagi amalan dunia dan akhirat.

Tidak dinafikan bahawa Pas juga parti siasah dimana politik menjadi sebahagian bidang kerja. Bermakna disitu masih ada banyak lagi cabang yang Pas buat selain politik.

Maka berdasarkan maklumat yang diberikan sahabat yang tak solat itu sebenarnya baru berjinak-jinak dengan Pas. Maka pendekatan dakwah yang lebih tertumpu harus diberikan padanya.

Kerana kita juga sedar bahawa ramai yang mengaku Islam diluar sana tetapi tidak solat dan kemudiannya mereka sokong Pas, dan masih tidak solat.

Berdasarkan pemerhatian peribadi, selepas beberapa gelombang politik dalaman negara nama Parti Pas ini meniti dari bibir ke bibir hinggalah turun kehati dan memikat ramai rakyat pelbagai bangsa menyertainya.

Ada yang masuk Pas kerana keluarganya Pas, ada yang kerana belajar Ilmu agama di pondok, sekolah dan Universiti yang akhirnya faham akan perjuangan sebenar Pas. Ramai juga yang masuk Pas kerana ikut-ikut atau kerana tak suka Umno. Ada yang masuk Pas sebab kawan dan sebagainya.

Apa jua alasannya bila masuk Pas kenalah ikut budaya Pas iaitu solat jangan tinggal. Apa yang lepas biarlah ia berlalu, bila masuk Pas kita upgradekan diri ke arah yang lebih baik.

Saya juga bukan lahir dari keluarga Pas. Tapi masuk Pas setelah benar-benar faham dan sedikit demi sedikit belajar jadi orang Pas. Bukan sukar, tapi janganlah kita meletakan halangan itu atas kepentingan dan keseronokkan dunia semata.

Ada tuntutan disitu kerana Pas ini perjuangan kerana Allah. Maka jika ahli-ahli Pas sudah tidak mahu tunduk pada Allah maka buang sahaja ahli yang degil itu kerana Parti Islam Pas tetap akan berdiri walau hanya ada dua atau tiga orang sahaja yang tegar berjuang kerana Allah dan solat untukNya.

Hebat mana sekalipun program dan aktiviti Politik Pas tapi kalau ia didokong oleh ahli yang tidak solat maka nantikanlah saat dan ketikanya kehancuran itu akan tiba.

Maka perbetulkanlah niat dan amalan. Sesungguhnya yang semalam itu biarlah berlalu kerana orang yang paling baik itu adalah orang yang hidupnya pada hari ini lebih baik dari semalam.

Pas tidak berdosa jika ahlinya tidak solat. Tetapi ahli Pas yang tidak solat itu akan berdosa dua kali ganda dari orang yang bukan ahli kerana mereka yang bukan ahli berdosa besar pada Allah manakala yang ahli berdosa besar pada Allah dan jamaah ini.

Jadi janganlah biarkan Jamaah ini difitnah kerana angkara anda seorang berubahlah dengan kembali mengingati Allah dan belajarlah menjadi ahli Pas yang sebenarnya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’:

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya”.

Tiada pengecualian dalam bersolat, maka rugilah mereka yang masih enggan bersolat. Nasihat saya antara dua perkara ini sahaja. Terus bersama Pas dan bersolat atau keluar terus dari Pas kalau tak nak solat dan masuklah Kelab Penyokong Pas sahaja.

Sedikit hikmah solat yang dikutip dari web Ust. Zawawi-Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik.

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam umat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


Tambah sikit ..........

Ingat ahli-ahli PAS ni semuanya ulama, ustaz atau orang ali ke ....... ada kawan aku tu ..... Ketua Pemuda PAS kampung ......... kaki gam dan pengedar ganja ........ malas kerja dan makan hasil duit gaji bini dia je .......... 

0 ulasan: