Pages

Ahad, 17 April 2011

PEMBANGKANG SAPU BERSIH PRN SARAWAK 2011 ..... ????



Pakatan Rakyat @ Peribadi Rosak (PR) menang semua kerusi DUN dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011? Dikatakan keputusan pilihanraya Sarawak ke-10 telah pun diketahui lebih awal di mana PR telah menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan. Sebelum hari pengundian blogger-blogger dan facebooker-facebooker pro pembangkang juga dengan rasa bangga menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) telah tumbang di sebahagian besar DUN yang menjadi kubu kuat BN. 

Juga dikatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim telah terbang keluar negara. Ke mana dan apakah tujuan DSAI keluar negara??? Berehat?? Melaporkan 'kemenangannya kepada bosnya?? Malu?? atau melarikan diri??

Begitulah hebatnya propaganda atau penipuan oleh PR. Tetapi kenapa masih ada lagi rakyat-rakyat yang masih percaya dengan tipu helah PR. Kenapa mereka sangat percaya kepada khabar-khabar angin yang belum tentu kebenarannya? Di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Melimau dan Kerdau PR dengan begitu yakin menyebarkan berita kononnya mereka telah menang walaupun pengundian belum dilaksanakan. Apabila keputusan diumumkan oleh SPR mereka tewas di kelima-lima PRK tersebut. Siapa yang menipu siapa yang sebenarnya.

Walaupun ada pusat pengundian telah ditutup awal, bukan bermakna keputusan telahpun dikeluarkan. Dalam kenyataan SPR, mereka menegaskan hanya pihak SPR sahaja yang berhak untuk mengeluarkan sebarang keputusan.

Kenyataan SPR pada jam 04.31pm

KUCHING 16 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin mengatakan pakatan pembangkang kini mendahului Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 yang berlangsung hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata, berita itu nyata tidak benar sama sekali kerana terdapat 368 pusat pengundian yang masih dibuka.

“Setakat ini hanya 19 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah menghantar laporan dan 61 peratus pengundi telah keluar mengundi di kawasan tersebut. – Utusan

Oleh itu, kita tunggu sahaja keputusan rasmi dari SPR dan janganlah kita menyebarkan khabar angin mengenai kemenangan parti kerana ia mungkin akan menyebabkan kekacauan. Keputusan pertama akan diumumkan dalam jam 08.00 malam nanti dan keputusan penuh akan diumumkan dalam jam 11.00 malam. Keputusan pilihanraya akan diupdate dalam entry ini dan sources akan diambil dari Malaysiakini.com dan Bernama.

Pengiraan sudah pun dijalankan selepas tamat masa mengundi jam 05.00 petang tadi dan beberapa kawasan telah diketahui pemenangnya.

Keputusan semasa:

Barisan Nasional : 55

Pakatan Rakyat : 15

Bebas : 1

*Barisan Nasional memenangi pilihanraya ini dengan majoriti 2/3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan