Rakyat Libya yang menentang pemerintahan Presiden Muammar Gaddafi begitu teruja dan meraikan serangan tentera salib menyerang negara mereka dengan penuh kegembiraan. Mungkin mereka beranggapan kesengsaraan mereka di bawah pimpinan Gaddafi akan berakhir.
Tidakkah mereka mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Iraq? Rakyat Iraq begitu gembira, malah ada yang melakukan solat dan sujud syukur dengan serangan yang telah dilakukan oleh tentera salib ketika pemerintahan Saddam Hussein yang dikatakan pemerintah zalim dan kuku besi. Pesta-pesta dijalanan disambut dimerata-rata tempat untuk meraikan 'kemerdekaan' yang dihadiahkan oleh tentera salib. Tapi setelah sekian lama iaitu hampir 9 tahun Saddam digulingkan, apakah yang mereka kecapi kini?
Anak gadis dan wanita dirogol dan bilangan anak-anak tidak sah taraf meningkat, rakyat yang dulu begitu gembira dibunuh seperti haiwan, prasarana musnah, taraf sosio-ekonomi lebih teruk daripada zaman Saddam, bom sana bom sini dan berbagai-bagai lagi kesulitan yang dihadapi. Harapkan madu, racun yang dapat. Tidakkah itu menjadi satu pengajaran kepada umat Islam? Kenapa orang Islam masih tidak sedar akan kejahatan tentera-tentera salib dan pemimpin-pemimpin barat? Kenapa mereka tidak serang Korea Utara, Cuba, Sudan atau Somalia?
Apa yang mereka idam-idamkan di Iraq, Afghanistan, Libya, Iran dan lain-lain negara Arab? Salah satu sebabnya ialah 'emas hitam'. Adalah amat malang bagi umat Islam apabila ada pemimpin-pemimpin dan juga rakyat beragama Islam bersekongkol menyokong tentera salib menyerang, memusnah, membunuh, merompak dan meragut kehormatan dan maruah negara-negara yang dipimpin dan majoriti penduduknya beragama Islam. Lebih dikesalkan pencerobohan tentera salib ini disambut dengan kegembiraan dan perasaan bangga ...........
Apakah yang rakyat Iraq kecapi hingga ke hari ini .............? Lebih baik atau lebih teruk daripada zaman Saddam. Saya percaya keamanan, keharmonian dan kebebasan untuk beribadah atau kegiatan harian di negara-negara Timur Tengah yang sedang bergolak seperti Mesir, Tunisia, Bahrain, Yemen dan Libya tidak akan dikecapi oleh penduduknya yang memberontak untuk sekurang-kurangnya lebih 15 tahun atau selamanya.
Keamanan dan kebebasan seperti inikah yang rakyat kehendaki |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan