Isnin, 19 Mac 2012

PAS KE ARAH AMALAN PLURALISME ........???

Sejak tewasnya golongan ulama kepada golongan 'Anwarinas' pada pemilihan Jawatankuasa PAS seolah-olah menjadikan Presiden PAS seperti hilang haluan. Beliau terkontang-kanting bersendirian di atas apabila Timbalan serta Naib Presiden terdiri dari golongan bukan ulama dan juga bukan golongan profesional semuanya. Presiden seolah-olah seperti lembu dicucuk hidung. Pendiriannya goyah dan tidak keruan. Kenyataan dan sebarang ulasan darinya lebih menyokong apa saja yang dilakukan oleh DAP atau Anwar Ibrahim. 

Presiden PAS tidak menunjukkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin. Pendirian dan ketegasan beliau tidak tetap. Tidak konsisten. Umum mengetahui bahawa Presiden PAS sendirilah, Haji Hadi yang membentangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ini, umum juga mengetahui cadangan ini adalah lanjutan dari siri muzakarah sulit Umno-PAS, yang pada masa itu tidakpun melibatkan Haji Hadi. Di dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata, beliau yakin idea kerajaan perpaduan akan difahami dan diterima semua pihak suatu hari nanti.

Akibat desakan dari pelbagai pihak, akhirnya Hadi Awang akur dengan sahabat-sahabat Pakatan Rakyatnya menolak kerajaan perpaduan. Persepakatan tersebut dirasmikan melalui satu surat perjanjian yang termeterai di lobi Parlimen. Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hari ini perjuangan Pas yang dipimpin semula oleh Hadi Awang bagaikan lembu yang dicucuk hidung. Perjuangan PAS tergelincir dari perjuangan asal iaitu memperjuangkan Islam. Perjuangan PAS beransur-ansur melalui landasan baru iaitu landasan yang dilalui oleh PKR yang dinaungi oleh pemimpin yang kelihatan seperti menganuti amalan pluralisme. Hal ini dijelaskan berdasarkan sekurang-kurang 12 Dalil ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Religion and Pluralisme in a Divided World"(Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia), pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE) perlu dinilai semula kerana dibimbangi bercanggah dengan akidah Islam. 

Akibat daripada itu perjuangan PAS beransur-ansur meninggalkan perjuangan asal kerana telah menyokong perjuangan sesat lagi menyesatkan. Dosa perjuangan Pas hari ini adalah demi mendapatkan kuasa, mereka telah:

1. menyokong dan mempromosikan sosialisme di masjid-masjid dan surau-surau
2. mengamalkan assobiyah demi mempertahankan salah laku Ketua Umum PKR
3. menyokong usaha memurtadkan umat islam secara halus melalui lidah Nik Aziz dan Khalid Samad
4. tidak mengotakan janji untuk menutup kilang arak, premis menjual arak, judi dan maksiat di negeri-negeri PR, terutama Pulau Pinang dan Selangor, malah jumlahnya semakin bertambah dan
5. TERKINI bersubahat menyokong agenda pluralisme Anwar Ibrahim.

Ini semua perjuangan Pas, yang kononnya menggunakan istilah `tahaluf siyasi' tetapi hakikatnya mengamalkan falsafah politik Machiavalian `end justifies the means' (matlamat menghalalkan cara).

Ada ditulis tentang kenapa semakin hari semakin ramai yang meninggalkan Pas dalam Pengundi Islam lari kerana `tahaluf siyasi' Pas menyimpang?; dan ini bukan omong kosong atau rekaan kerana ia dibuktikan melalui keputusan-keputusan PRK di Manek Urai, Permatang Pasir, Galas, Bagan Pinang dan terakhir di Kerdau. Malah pemimpin Pas juga tidak dapat menerima amalan Pas sehingga mereka sendiri meninggalkan Pas. Lihat kenyataan Mohamad Hafiz Nordin, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dalam Pas makin hancur, rosak...

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar. 

Antara amalan pluralisme yang disokong PAS ialah keredhaan istilah Allah digunakan oleh agama-agama lain selain dari agama Islam.

Lagi bukti PAS menyokong Pluralisme ialah apabila PAS menyokong kemenangan pemberontakan rakyat di Tunisia. Klik sini Presiden sementara Tunisia, Foued Mebazaa berjanji akan menghormati perlembagaan bagi menegakkan pluralisme dan demokrasi negara itu. Klik sini.

Oleh itu ahli-ahli PAS wajar meninggalkan parti yang kini menyokong pluralisme yang menyesatkan akidah umat Islam. Tinggalkan parti PAS yang akur kepada PKR dan DAP yang nyata menentang perjuangan PAS menegakkan Negara Islam dan hukum Hudud.

Dasar PAS sebelum ini adalah menubuhkan Negara Islam. Cara PAS sebelum ini adalah cara Islam yang rigid, konservatif dan kadangkala ekstrem.

Tetapi kini, dasar PAS ialah Negara Kebajikan yang mana adalah merupakan campuran konsep antara liberal, komunis dan Islam demi kesinambungan hayat Pakatan Rakyat. Cara PAS kini pula adalah terbuka, selaras dengan pluralisme dokongan PKR dan lebih ‘mesra’ Kristian, Buddha dan lain-lain agama. Arak, judi, pusat hiburan semuanya dibolehkan di bawah dasar dan cara PAS hari ini walaupun sebelum ini PAS menentang UMNO kerana tidak berjaya menghapuskan semua itu dari bumi Malaysia.

Yang tidak berubah hanyalah matlamat PAS iaitu untuk memenangi pilihanraya melalui apa jua cara.

Justeru, jika Hadi Awang begitu berani mencelakakan mereka yang menyeleweng dari dasar, cara dan matlamat Islam, maka sesungguhnya Hadi Awang telah mencelakakan dirinya sendiri, terutamanya kerana sebagai Presiden beliaulah yang bertanggungjawab menyelewengkan PAS dari dasarnya yang asal.

Wallahuaklam ........


1 ulasan:

ameen berkata...

Hello, saya telah linkkan blog anda dalam Blog Popular ....... http://alisharesidence.blogspot.com