Sabtu, 2 Februari 2013

PROJEK IC : KEBERANIAN DS NAJIB ......


YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, menunjukkan sifat kenegaraannya yang tersendiri, apabila meluluskan penubuhan Suruhanjaya DiRaja mengenai Kad Pengenalan (RCI) di Sabah. Tatkala pihak pembangkang, diketuai Anwar Ibrahim dan sekutu-kutunya bertepuk sakan kononnya DS Najib tidak akan berani menubuhkan RCI Sabah, mereka tiba-tiba terkejut apabila sebaliknya berlaku. Anwar terkejut dengan Keterbukaan, Keberanian dan Kesungguhan DS Najib ini.

Sejak 2009, DS Najib mengamalkan pendekatan Kesederhanaan (Wasatiyyah) dengan mempopularkan aktiviti turun padang bertemu rakyat, mendengar suara rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya, Anwar dan pakatan pembangkang tidak habis-habis menimbukan huru-hara dengan demonstrasi sedangkan perkara kecil seperti Janji Pilihanraya 2008 hendak memberi wang RM150 kepada Ibu Tunggal dan RM100 kepada pelajar-pelajar di Selangor pun tidak mampu ditunaikan sehingga hari ini!

Dr. Chandra Muzafar, mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan dalam tulisannya yang terkini minggu lalu menempelak Anwar kerana membesar-besarkan projek IC di Sabah, sedangkan ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar sangat berkuasa ke atas Sabah. Apakah yang Sabah dapat, sedangkan permintaan Kerajaan Negeri Sabah supaya Anwar meluluskan penubuhan sebuah Univerisiti untuk Sabah ditolak mentah-mentah!. Apa jawapan Anwar? Datuk Seri Pairin Kitingan berkata, Anwar tidak melayan permintaan rakyat Sabah itu malah Anwar menjawab, “ Sabah tidak memerlukan sebuah Universiti!”.


Kegiatan Mengkomersialkan Kad Pengenalan

Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah jelas menunjukkan Tidak Wujud apa yang dikatakan Projek IC oleh JPN atau pun Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang berlaku ialah Sindiket yang dibuat oleh individu-individu tertentu di Sabah. Mereka ini yang kebanyakannya sudah bermastautin lama di Sabah telah “mengkomersialkan” kononnya mereka boleh mendapatkan IC dengan cara mudah.

Sebuah keluarga, Saudara Alif (nama sebenar), menyatakan kepada kami, dia kerugian RM3,500 kerana mempercayai sindiket ini. Seorang lagi mangsa sindiket ini Puan Berami (bukan nama sebenar) mengatakan beliau sudah mengeluarkan wang hampir RM10,000.00 kepada sindiket-sindiket ini yang dikenali dengan nama “pengurus” kononnya mereka mempunyai kenalan pegawai di JPN. Malah ramai lagi yang kami jumpa menyatakan mereka tertipu dengan sindiket.

Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi sehingga kini dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditransformkan oleh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada zaman Pak Lah, telah menangkap beratus-ratus individu di Sabah sama ada di kalangan kakitangan JPN atau pun individu-individu yang menjadi dalang sindiket IC ini.

Sangat jelas, Kerajaan Persekutuan tidak pernah berkompromi akan hal ini. Kami dapati, isu IC di Sabah ini lebih kepada Kebodohan, Kerakusan dan Ketamakan sesetengah orang yang bertujuan mendapatkan wang dengan cara mudah.


Permohonan Biasa

Lawatan kami ke JPN Sabah mendapati wujud sebuah Unit yang dikenali sebagai Unit Khas Sabah. Seorang pegawai JPN yang kami temui berkata tujuan Unit Khas ini adalah untuk memproses permohonan-permohonan IC yang bermasalah di Sabah. Contoh-contoh masalah yang dikesan ialah Pertindihan Nombor IC. Terdapat kes di mana wujud dua atau tiga orang yang menuntut satu nombor IC yang sama. Unit Khas akan menyiasat ketiga-tiga permohonan tersebut, pemohon yang sebenar boleh dikesan melalui Pendua yang ada di JPN Putrajaya.

Malah JPN turut mewujudkan Bahagian Siasatan di mana sekiranya wujud keraguan pemohon diminta melakukansehingga ke tahap Ujian DNA untuk membuktikan mereka adalah anak kepada ibu bapa yang betul. Siasatan sangat-sangat ketat, apatah lagi JPN mempunyai Link dengan pihak PDRM dan Jabatan Imigresen yang membolehkan pihak JPN boleh mengesan jika wujudnya sebarang penipuan.

Penipuan-penipuan sebegini berlaku kerana wujudnya sindikiet-sindiket IC sepertimana yang dinyatakan di atas tadi.


Ds Najib Sangat Transparent

Manusia yang paling takut sekarang ini ialah Anwar Ibrahim. Ketakutanya terbukti apabila Anwar menyuruh Azmin Ali supaya mereka-reka cerita kononnya akan wujud tuduhan bahawa Anwar terlibat dalam IC Sabah! Bagi kebanyakan rakyat Sabah yang kami temui, jika tidak terlibat mengapa Anwar perlu takut???

Manakala DS Najib tanpa rasa takut kononnya andaian BN akan tergugat dengan RCI ini, telah meminta supaya ahli-ahli RCI menjalankan tanggungjawab dengan berani, adil dan tidak berselindung-selindung, kata DS Najib.

Berbeza dengan Anwar, beranikah Anwar mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja mengenai kegiatan mencuri Pasir di Selangor di mana Anwar dan anaknya Nurul Izzah telah mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya memberikan kontrak-kontrak pasir di Selangor kepada kroni masing-masing. Pembunuhan Taukeh Pasir di Selangor, Datuk Robert di Banting amat menakutkan Anwar Ibrahim kerana jika Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan menyiasat kematian tersebut, maka akan terbongkarlah kegiatan Anwar dan anaknya Nurul Izzah dalam kes curi pasir di Selangor.

YB DSP Pairin Kitingan menyokong kesungguhan DS Najib dengan meminta semua pihak memberi peluang kepada RCI menjalankan siasatan mereka dan janganlah memberi kesimpulan awal. Begitu juga DSP Salleh Said Keruak meminta orang ramai memberi peluang kepada RCI menjalankan tugas mereka. Di samping itu, DSP Salleh mendesak supaya Anwar tidak Hikpokrit berkenaan hal IC Sabah kerana ketika itu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan sangat-sangat berkuasa di Sabah, termasuk hal berkenaan IC. 


Sejarah Imigran Sabah Yang Berliku-Liku

Dari sudut Sejarah, negeri Sabah ataupun Borneo Utara pernah diperintah oleh Raja-Raja dari Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, Syarikat Edward Gent Bersaudara, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), penjajah Jepun dan akhir sekali diberikan kepada Kerajaan British selepas Perang Dunia Ke-2 (1945).

Di Pantai Timur Sabah khususnya di Tawau, Syarikat Hindia Timur Belanda pernah mentadbir daerah Tawau dengan dibantu oleh pemimpin-pemimpin tempatan dari suku Bugis dan Bajau. Sehingga ke hari ini, orang-orang Sulu (Suluk) Bajau Filiphina berulang-alik dari Sandakan ke Bandar Zambonga, atau dari pelabuhan ikan di Semporna ke pulau-pulau di Basilan dan Palawan di Selatan Filiphina.

Manakala orang-orang Banjar, Bugis dan Jawa berulang-alik setiap hari dari bandar-bandar Nunukan, Tarakan, Sg. Nyamuk di Pulau Wallace Bay ke Bandar Tawau. Ianya sama sahaja dengan pergerakan orang-orang Melayu Siam di Pattani dan Naratiwat di Thailand yang mengunjungi saudara mara mereka di Kota Bharu.

Juga berlaku sejarah tuntutan Kerajaan Filipina ke atas Sabah dan tuntutan oleh waris-waris Kesultanan Sulu yang menetap di Sabah. Namun, kejayaan DS Najib dan Kerajaan Malayhsia menjadi Orang tengah yang mengamankan pemberontakan BangsaMoro dengan Kerajaan Filipina amat-amat mengkagumkan Dunia Islam di seluruh Dunia. Sebab itulah DS Najib diberi Sambutan Besar-Besaran oleh Kerajaan Perdana Menteri Ismail Haniyeh di Gaza minggu lalu.

Malah akhbar-akhbar utama di Amerika seperti New York Time, World Politic Riview dan Haarezt telah memberikan Perhatian yang sangat besar akan Kejayaan Lawatan DS Najib di Gaza. DS Najib telah diberi jolokan Hero Baru Dunia Islam. Malangnya Anwar Ibrahim masih berbangga dengan kenyataannya ini, “..i will support all effort of Israeli…”

Hari ini, negeri Sabah dilimpahi oleh kira-kira 800,000 (Jabatan Perangkaan;2010) pekerja asing dari negara-negara Filipina, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Indonesia, Bangladesh, Nepal, Taiwan, Negara China dan Vietnam. Mereka ini bekerja di sektor perladangan, pembuatan, pertukangan, perikanan, perkebunan, pelancongan dan sebagainya. Ada di kalangan mereka sudah menetap melebihi 10 tahun, tidak ingin kembali ke negara asal mereka. Semua ini akan memberi cabaran yang lebih besar kepada kita untuk menjaga keselamatan negara kita.


Kesimpulan: Kesederhanaan DS Najib Luar Biasa

Kepimpinan DS Najib telah berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau benar-benar seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat, tidak takut dengan kebenaran lantas meminta RCI bersungguh-sungguh menjalankan siasatan.

Sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang DS Najib Tun Razak telah tidak jemu-jemu menjayakan keinginan BangsaMoro untuk memerintah sendiri wilayah mereka dan akhirnya membuahkan kejayaan di bawah pentadbiran DS Najib.

Kesimpulannya, Isu IC Palsu, IC Projek atau Pengundi Hantu sebenarnya tidak pernah wujud. Ianya merupakan kegiatan individu-individu sendiri yang mencari kekayaan dengan cara mudah. Mereka ini digelar “pengurus” yang meminta suapan mencecah beribu-ribu ringgit. Kajian juga mendapati terdapat kakitangan kerajaan yang terlibat dengan individu-individu “pengurus” ini, namun ketangkasan pihak Polis dan SPRM telah berjaya menangkap beratus-ratus individu-individu ini dan kakitangan kerajaan yang terlibat.

Ianya sangat-sangat sukar diatasi melainkan kita memberi sokongan kepada kerajaan untuk berganding bahu membenteras aktiviti menjual kewarganegaraan ini. Tetapi percayalah, kerajaan DS Najib akan lebih transparent dengan sokongan kuat dari rakyat. Kita tidak perlu menipu rakyat sebagaimana kes Pengundian CEC parti DAP itu!

BELUM APA-APA DAH TERPANCUT ......



Belum pun Suruhan DiRaja membuat siasatan mengenai Projek IC Anwar Ibrahim awal-awal lagi sudah menafikan dirinya terlibat dalam RCI. Betul ke lu tak terlibat Anwar Ibrahim? Betul ke ni Nuar? Tunggu jelah Anwar Ibrahim, bila hang dipanggil nanti satu Malaysia nak tahu apa cerita yang lu sembunyikan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini. 

Menurutnya, Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu dan amat berkuasa serta tahu apa yang berlaku di Sabah. 

"Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau "dalaman"itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri)Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu. 

"Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat sini, Selasa. 

Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI. 

"Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu. 

"Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau "ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul," katanya. 

Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan di oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu. 


http://www.papagomo.com/2013/01/belum-apa-apa-anwar-ibrahim-dah-nafikan.html 

http://klpos.com/politik/37652-salleh-cabar-anwar-jelas-isu-pendatang-tanpa-izin-di-sabah

ANWAR DALANG SEBENAR .........???




TUN M AKUI ANWAR TERLIBAT DALAM 'PROJEK IC' ( Utusan Malaysia ) 
KUALA LUMPUR : Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah. 

Bekas Perdana Menteri berkata, perbuatan Anwar itu di luar pengetahuannya kerana tidak pernah memberi arahan tersebut. 

"Projek IC (kad pengenalan) itu boleh berlaku tanpa pengetahuan dan arahan daripada atasan. Anwar ketika itu memang mempunyai kuasa tetapi apa yang berlaku tidak semestinya atas arahan."

"Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia sempena ulang tahun ke-20 badan pemikir itu, di sini hari ini. 

Dr. Mahathir sebelum ini dituduh memberikan kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah sebagai ganti undi. 

Ditanya adakah beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut katanya; "Kadangkala kita tahu apa yang berlaku cuma tidak ada bukti untuk ditunjukkan.''
Katanya, beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil. 

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) kerana perbelanjaan domestik negara cukup kukuh. 

Dr. Mahathir berkata, meskipun begitu, negara amat bertuah kerana pelabur asing terus-menerus mengintai peluang untuk menjalankan perniagaan di sini. 

Menurut beliau, yang menariknya, pelabur mengintai masuk ke Malaysia bukan sekadar membuat pelaburan berjuta-juta sebaliknya berbilion-bilion. 

"Ini menunjukkan pelabur asing cukup berkeyakinan dengan ekonomi dan kestabilan negara ini," katanya. 

Katanya, keupayaan negara mencatatkan kadar keluaran dalam negara kasar melebihi lima peratus sangat membanggakan berbanding pertumbuhan Amerika Syarikat iaitu tidak sampai satu peratus dan negara Eropah kini dalam kemelesetan ekonomi. 

"Jika fakta itu tidak cukup meyakinkan, kita boleh melihat banyak kren di tengah-tengah bandar di seluruh negara, sebagai tanda projek pembinaan giat dijalankan," katanya. 

"Hotel mahupun kondominium yang berada di tengah-tengah bandar pula terang-benderang, menunjukkan bilik mereka ditempah dan kediaman pula berpenghuni. 

"Apabila kediaman berpenghuni, ini membawa maksud pembelian rumah bukan untuk tujuan spekulator dan saya yakin Malaysia tidak berhadapan dengan masalah ini. 

"Saya berpendapat pakar ekonomi boleh menjadikan teori ini sebagai pertunjuk bahawa ekonomi Malaysia cukup kukuh dan berdaya saing," katanya sambil disambut tepukan daripada lebih 2,000 hadirin. 

Beliau yakin pertumbuhan Malaysia akan terus konsisten dan berada pada tahap tertinggi sekiranya negara berjaya mencapai sasaran 70 juta orang penduduk. 

"Kalau kita mempunyai pasaran domestik besar, saya yakin pertumbuhan negara akan lebih pantas," katanya. 


http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130201/po_05/Tun-M-akui-Anwar-terlibat-dalam-projek-IC

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-terlibat-beri-ic-di-sabah-tanpa-disuruh-kata-dr-m

Jumaat, 1 Februari 2013

FUZIAH THORON NAK CABUT LARI .......???




Desas desus terkini kedengaran dikalangan warga Kuantan. Nak pulak dari kalangan puak - puak Pakatan mengenai perkara ini. Katanya ada perubahan dari segi calon di Kuantan.

Memandangkan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dah kehilangan isu untuk dijadikan bahan berpolitik, dengar cerita dia dah nak berpindah kawasan.

Semua orang sudah sedia maklum bahawa isu berkaitan dengan Lynas tu telah GAGAL untuk meraih undi dari rakyat Kuantan.


Siapa yang lebih dipercayai apabila bercakap tentang Lynas ?? 

DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT 
Berkelulusan :
- Ph.D (Sains Fisiologi/Kimia/Sains Nuklear), Universiti Of Lancester, United Kingdom

FUZIAH BINTI SALLEH
Berkelulusan :
- Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling, University of Reading, United Kingdom 
- Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, University of Wales, United Kingdom

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Berkelulusan : 
- B.A. in. Islamic Studies (Missionary), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor 
- M.A.(Islamic Studies and Tourism), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,Selangor.

Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berkata dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal Jun lepas : 

“Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang dibangkitkan perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr Che Rosli Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat. Dia PhD (ijazah kedoktoran) dalam bidang nuklear. Dr Dzulkefly Ahmad, bahagian keracunan. 

“Jangan rujuk kepada orang lain. Nak tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar getah. Sebelum buat keputusan, rujuk pakar kita. Saya tidak mahu ulas panjang, saya minta supaya dengar taklimat Dr (Che) Rosli tentang itu”. 

Malah penduduk di Gebeng pun sudah hilang kepercayaan terhadap pihak yang kononnya nak memperjuangkan alam sekitar tu. 

Mereka kini tahu bahawa pihak berkenaan sebenarnya hanya mahu mempergunakan rakyat untuk kepentingan Politik semata – mata. Bukannya untuk memperjuangkan rakyat. 

Rakyat sudah tahu pembohongan mereka
Jika dilihat perkembangan terkini, Si Fuziah tu sudah tidak lagi menumpukan perhatian dikawasannya. Balik ke kawasan pun jarang sekali. 

Tatkala isu berkaitan dengan Inkues Suruhanjaya DiRaja (RCI) berhubung isu pendaftaran Sabah, nampak gayanya Ahli Parlimen Kuantan tu lebih menumpukan perhatian di sana. 

Dalam masa yang sama, Si Fuziah tu dilihat sengaja meninggalkan isu Lynas yang masih lagi diperjuangkan oleh beberapa saki baki SMSL yang semakin hari semakin tak dapat sambutan. 

Nampak gayanya, Si Fuziah ni sudah beralih arah. Tumpuan dia kini di Sabah. Mungkin sebab dia rasa tertekan untuk terus kekal di Kuantan, sebab itu dia bercadang untuk beralih kawasan.  

Sebelum ini pun, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri mengakui bahawa dia bakal beralih kerusi dari Permatang Pauh, kerusi yang dianggap Kubu Kuatnya sendiri. 

Maka, kemungkinan untuk Fuziah mengambil langkah yang sama tidak dapat dinafikan. Kemungkinan itu tetap wujud berdasarkan kepada perkembangan semasa. 

Tambahan pulak, rakyat di Kuantan sendiri pun sudah mampu menilai sejauh mana kemampuan Si Fuziah tu untuk jadi wakil rakyat. 4 tahun lebih menjadi Ahli Parlimen Kuantan satu apa usaha pun beliau tidak pernah lakukan untuk orang Kuantan. Hakikatnya, dia memang GAGAL. Jadi, memang bagus sangat kalau dia angkat kaki dari dia terus memalukan diri dia sendiri.

Baca lanjut di sini ........