Selasa, 21 Februari 2012

PAS KENA NASI TANGAS @ NASI KANGKANG ?

Apa saja yang Penasihat PKR buat PAS pastinya tidak akan membantah malah menyokongnya. Walau pun pada mula menentang tetapi selepas itu pasti akan tunduk dan sujud kepadanya. Seperti yang terkini iaitu sokongannya kepada Israel. Akhirnya PAS akur dan percaya dengan katanya walaupun jelas apa yang dikatakan di Wall Street Journal (WSJ).

Kalaulah WSJ memutarbelitkan kenyataannya, kenapa dia tidak menyaman WSJ sebaliknya mahu menyaman Utusan Malaysia. Adakah dia hanya sekadar Hero Kampung sahaja?

Kalau pun dia hendak buat penjelasan atas kenyataannya buatlah dipentas dia buat kenyataan bukan di Cheruk Tok Kun. Rakyat Palestine boleh dengarkah? Umat Islam seluruh dunia boleh dengarkah penjelasan beliau?



Mungkinkah PAS telah memakan sajian 'nasi tangas' atau 'nasi kangkang' yang telah disajikan oleh manusia anugerah tuhan ini? Sesiapa yang tidak tau nasi tangas atau nasi kangkang, saya sertakan artikel mengenai apa itu nasi tangas .......

Bacalah ......

Kepada yang belum mengetahui apa itu nasi kangkang, kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua apa itu nasi kangkang dan kesan daripada nasi kangkang. Sebenarnya nasi kangkang adalah tergolong dalam kategori sihir pengasih dan kadangkala menggunakan sihir perantaraan jin dan syaitan.

Selalunya pembuat nasi kangkang akan memasak nasi panas-panas dan meletakkan didalam pinggan. Seterusnya “si perempuan” akan memakai kain batik beserta duduk keadaan mencangkung dan meletakkan nasi tadi betul-betul dibawah kemaluan.(seperti gambar diatas)

Hasil daripada wap tersebut maka terhasilnya air dan apabila air itu menitis di atas nasi maka selesailah sesi membuat nasi kangkang. Kesannya lagi “power” jika perempuan yang membuat nasi kangkang ketika datang haid.

Selepas selesai membuat nasi kangkang maka nasi itu dihidangkan kepada lelaki yang hendak dijadikan mangsa kepada perempuan itu. Lelaki yang memakan nasi kangkang biasanya akan menjadi terlalu sayangkan kepada perempuan itu dan menjadi gila bayang. Lelaki itu juga akan benci kepada perempuan lain kecuali kepada perempuan yang memberi nasi kangkang.

Amalan ini merupakan amalan syirik yang perlu dijauhi oleh orang Islam. Sesungguhnya perbuatan ini merupakan satu dosa dan boleh mengheret kita kepada ke lembah neraka. Diharap supaya gejala yang tidak sihat ini dijauhkan dalam kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua mendapat berkat dari Allah S.W.T.

Selasa, 14 Februari 2012

'IMAM MAHADI' SOKONG ISRAEL .........???

Sebelum ini mereka kata dia anugerah tuhan. Seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi. Selain itu, katanya, dia juga pernah melalui pelbagai cabaran seperti ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dipenjarakan. Dia adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk menjadi pemimpin rakyat.

Kemudian ada pula yang kias-kias dia sebagai 'Imam Mahadi'. 

......."Pemimpin itu sedang disiapkan. Dia sedang melalui series of trials ujian. Dia sedang di uji satu peringkat ke satu peringkat. Kalau calang calang orang menerima ujian itu sudah tentu lama binasa tetapi dia seorang yang kuat.. Makin di uji dia makin kuat dan sekarang ujianya peringkat akhir. Ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan Al Aqsa. 

Pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab, 'leading arab countries' bukan negara arab yang miskin-miskin, negara arab yang kaya-kaya,  Saudi, Dubai, Emirates, Abu Dhabi. Ya, dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab. Dia juga dihormati di barat dan di timur. Dia boleh bercakap soal Islam di pentas antarabangsa. Orang hormat pendirianya. Orang hormat ketegasannya dan orang hormat prinsip agamanya. Tidak lain tidak bukan sedara anwar ibrahim .......

Hebat, memang hebat puji-pujian dan sanjungan terhadap manusia ini. Tiada yang terbaik di dunia ini selain daripadanya. Pendek kata tiada cacat cela yang ada padanya. Segala yang dikata betul belaka, Segala perbuatannya baik belaka. Segala suruhannya mesti dilaksana. Jika ingkar jadi derhaka.

Tetapi kadang-kadang bila terlalu taksub akal manusia seolah-olah hilang fungsi, hilang timbang tara, hilang kepercayaan agama. Tidak boleh beza antara kaca dan mutiara.

Bagaimana manusia hebat anugerah tuhan ini sanggup bersekongkol menyokong dasar keselamatan negara Israel iaitu bangsa penzalim kepada umat Islam Palestine? Yahudi zionis merupakan musuh Islam. Yahudi zionis merampas, menindas dan membunuh umat Islam, merampas masjid Al-Aqsa tempat suci ketiga penganut Islam. Yahudi zionis ini juga yang menjadi dalang kehancuran negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan, Yemen, Tunissia, Lubnan dan Sudan.

Seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.

Bagaimana 'Imam Mahadi' PKR ini hendak membebaskan Masjid Al-Aqsa kalau dia menyokong Israel? Hebat benar 'Imam Mahadi' ini sehingga bangsa paling degil dan kejam ini tunduk kepadanya dan membebaskan Al-Aqsa. Hebat benar dia hingga pak arab-pak arab tunduk dan patuh kepada arahan dan pimpinannya. 

Sebagai umat manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal dan fikiran, berfikirlah dengan waras.Berfikirlah dengan rasional. Berfikirlah dengan iman. Berfikirlah dengan berpandukan sunnah dan Al-Quran. Siapakah anugerah tuhan dan 'Imam Mahadi' yang mereka katakan ini sebenarnya???

Jumaat, 13 Januari 2012

TAK PASAL-PASAL KENE GI KE KUIL HINDU ......

Hari ini aku letih betul. Ke hulu ke hilir nak menyelesaikan dan menyiapkan dokumen pinjaman PTPTN anak yang dapat masuk politeknik. Yang politeknik dan PTPTN pun satu hal jugak. Hari Selasa, 10 Januari 2012 keputusan kelulusan pinjaman PTPTN diumumkan. 15 Januari 2012 pihak politeknik dah nak kumpul semua dokumen sebab minggu berikutnya PTPTN dah nak kutip.


Semalam aku cetak dokumen-dokumen secara online. Pagi tadi berbaris kat Pejabat Pos beli setem hasil. Nak dapat 2 keping setem hasil kena tunggu dekat sejam. Lepas tu isi pulak maklumat dalam dokumen-dokumen tersebut. Kena pulak taip surat pengesahan isteri tidak bekerja. Sebab dalam senarai semak tersebut hendak surat pengesahan bagi isteri atau suami yang tidak bekerja. Yang tidak ada pendapatanlah maksudnya. Lepas itu kena pulak photostat salinan-salinan sijil SPM anak, kad pengenalan dan cetak slip gaji aku. Nak bukak laman web bapak la slownya sebab talian internet entah apa-apa. Laju lagi kura-kura berjalan.

Dah cukup semua dokumen, aku kena pulak jumpa pegawai atasan aku untuk dapatkan pengesahan bagi salinan-salinan dokumen yang diphotostat tadi dan sebagai saksi dalam dokumen perjanjian pinjman PTPTN. Dah siap semua ditandatangani oleh pegawai atasan aku, aku kena pulak cari Yang Berhormat untuk dapatkan tandatangan bagi surat pengesahan tidak bekerja bagi isteri aku pulak. Yang ni yang panas dalam sejuk ni.

Hari ini cuaca redup dan sejuk tapi hati jadi panas. Bukan sebab ada bara api dalam baju tapi susah sangat nak dapatkan tandatangan Yang Berhormat kita sendiri. Ketiga-tiga YB Parlimen dan DUN entah ke mana tak tau. Sibuk mengalahkan menteri. Dengarnya kat Dewan Rakyat tak ada pulak persidangan. Kat Dewan Undangan Negeri pun tak ada persidangan. Kalau ada sidang DUN kenapa YB Dun Damak, YB Dato' Lau Lee ada kat kawasan?

Patutpun rakyat jelata marah kat YB-YB yang amat sibuk ni. Nak jumpa untuk dapatkan tandatangan pun susah. Itu belum nak minta duit mereka. Patutnya bila dah jadi wakil rakyat senanglah rakyat nak berjumpa untuk urusan-urusan menandatangani borang-borang. Maklumlah sekarang ni musim anak-anak dapat tawaran belajar sana sini. Kalau sibuk sangat dengan kontrak dan berniaga, baik tak payah jadi wakil rakyat. Ramai lagi yang boleh jadi wakil rakyat. Kalau mereka pentingkan kontrak dan bisnes buatlah kontrak dan bisnes tu.

Mujur dan nasib baik lah ada seorang lagi yang sentiasa dekat dengan rakyat iaitu YB Dato' Lau Lee. Ibarat macam Ahli Parlimen dia di Jerantut. Manakan tidak, semua borang-borang bagi semua DUN dia yang tandatangani. Baik dia je jadi Ahli Parlimen. 

Oleh kerana hanya YB Dato' Lau Lee sahaja yang ada di kawasan, aku pun pergilah ke Pusat Khidmat DUN Damak untuk minta tandatangannya. Tak ada pulak dia di pejabat. Kata kerani di pejabatnya YB Dato' ada program dengan MIC di kuil hindu di batu 1. Nak tak nak terpaksalah aku menyusul dia di sana. Tak pasal-pasal hari ini aku pergi ke kuil hindu. Tapi program YB Dato' dengan MIC bukan di dalam kuil tapi di dewan di sebelah kuil tersebut. Dua tiga orang kawan yang lalu dari Jerantut menghala ke Damak agaknya pelik tengok aku berhenti dan berjalan kaki masuk ke dalam kuil. Dalam hati mereka mungkin tertanya-tanya, kenapa pulak kawan aku tu masuk ke dalam kuil?

Pilihanraya dah semakin dekat pun YB-YB kita ini masih dengan hal masing-masing. Tak ada lalulah nak bekerja keras melawat kawasan macam YB Dato' Lau Lee. Yang bagusnya YB Dato' Lau Lee ni memang bekerja keras dari dulu lagi. Kalau ada orang jemput dia mesti dia akan hadir. Tak kiralah majlis politik, kenduri kahwin, jamuan raya atau apa-apa sahaja majlis, biasanya dia akan hadir. Pendek kata kalau dia hadir sampai ke tempat basuh pingganlah dia bersalam dengan orang yang ada di majlis tersebut. Bukan nak kempen tapi itulah hakikatnya. YB-YB kita ....... hampeh. Nak hadir pun payah. Main pilih-pilih je kalau nak hadir dalam sesuatu majlis.

Entahlah apa nak jadi dengan Jerantut ni.

Ahad, 8 Januari 2012

DAP PECAT HASSAN ALI ........???


Seperti yang diduga ...... Hassan Ali telah dipecat serta merta daripada PAS. Hadi Awang telah melaksanakan suruhan 'tuannya' supaya Hassan Ali yang menyusahkan mereka dinyahkan daripada rumahtangga mereka. Nyata segala tindakan Hassan Ali mempertahankan Islam menjadi duri dalam daging kepada kafirin yang berusaha menyesatkan dan memurtadkan orang-orang Islam.


Aku dipecat????
Ulama suruhan kafirin yang akur dengan arahan dan suruhan 'tuannya' terpaksa memecat Hassan Ali yang berjuang mempertahankan maruah Islam demi undi kaum kafirin tersebut. Ulama lalang yang tiada pendirian dan prinsip ini lebih sayangkan kaum kafirin daripada berjuang bersama-sama Hassan Ali mempertahankan kesucian Islam. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana mereka juga sebelum ini telah 'mengkafirkan' orang-orang UMNO dan orang-orang yang tidak bersama-sama mereka menjadi orang suruhan kafirin.

PAS yang pecat tak apa. Jangan Allah pecat aku
Sudu-sudu yang lebih daripada kuah seperti yang disebutkan oleh Nasaruddin Mat Isa sebelum ini menghentam RJ dalam Facebook kononnya telah membuat cerita yang tidak benar dan membuat fitnah berhubung dengan 2 artikel sebelum ini iaitu Hassan Ali Ditembak dan Konspirasi Balas Dendam. Nyata hari ini Hassan Ali benar-benar telah dipecat. Esok lusa Nasaruddin Mat Isa pula akan menerima nasib yang sama.

Pemecatan tersebut telah disarkan di dalam Harakahdaily dan akhbar tabloid KOSMO pada 8 Januari 2012.

Hadi Awang menerima pujian daripada 'tuan-tuannya'
PAS pecat Hasan Ali

Harakahdaily 

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. 

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Antara persamaan dan bersamaan :
PAS = PKR = DAP = SYAITAN