Rabu, 30 November 2011

UMNO TAK PERLUKAN BLOGGER DAN FACEBOOKER LAGI .........?


PM sahaja yang menghargai blogger dan facebooker.

Nampaknya urusetia penganjur perhimpunan tak fikir tentang betapa pentingnya blogger dan facebooker pada persidangan ini. Patutnya diberikan satu ruang atau kawasan khas utk bloggers , paling tidak berikan mereka kebebasan utnuk bergerak mencari modal cerita untuk menghangatkan dan memantu kempen demi umno dalam persidangan ini .

Belum apa-apa, sudah terkeluar cerita tentang seorang urusetia bernama Nasri yang berlagk seolah 'bos' besar menghalau dan mengherdik bloggers , apa jadi ?
PM Najib bekerja keras untuk mendekati bloggers, orang bawah Najib pula berlagak pada bloggers!

Blogger dan facebooker bantu UMNO secara sukarela untuk mengikat emosi dan sokongan pengundi, orang UMNO pula menunjuk sombong seolah-olah tak perlukan bloggers!

Perkara ini patut disampaikan kepada PM!!! Biar PM tahu apa berlaku diperingkat bawah!!

UMNO terlalu mengharap media massa Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, TV1, 2, 3, 7, 8, 9 sahaja sebab media ni ada kepentingan periuk nasi mereka. Takkan dana nak salur pada bloger pulak. UMNO cume pandang bloger dan facebooker ni ibarat 'backup' masa terdesak dan nak Free Of Charge (FOC) je Kadang-kadang aku terkilan juga. Kenapa kata nak berjuang tapi tidak serius. Adakah mereka buta IT. Sesetengah mereka ada website, blog, FB atau Twitter. Itu pun mungkin upah orang tolong buat. Silap haribulan upah orang juga untnk update... tolonglah maju wahai UMNO.

Masalah bukan pada DS Najib. DS Najib memang dah kuat sangat bekerja kerana dia tahu dia jadi PM dalam zaman sakit. Penyakit kronik yang diwariskan oleh Tun Abdullah. Masalah sebenar adalah pada orang-orang UMNO diperingkat bawahan yang lebih sudu dari kuah, jenis yang kuat mengampu.... telan kejap.. lepas tu lupa segala..jenis bila pemimpin berucap.. bersorak sorai.. pastu tak ada buat tindakan apa-apa.... DS Najib dah sedar kepentingan cyber troopers... cuma banyak sangat 'Little Emperor' yang tak berguna di bawah dan tak faham-faham nak melaksana aspirasi DS Najib tu...

Walaupun DS Najib kata blogger dan facebooker adalah askar BN/UMNO tapi orang UMNO hanya beranggapan blogger dan facebooker hanya bertaraf prebet yang hanya layak duk dikaki-kaki lima Dewan Merdeka atau tepi-tepi jalan sahaja. Tidak ada apa yang ada pada prebet tepi jalan ni.

Ada orang kata kalau tak dapat masuk dalam pun boleh dapat berita juga. Di luar dewan disediakan tv atau skrin besar yang menyiarkan semua perbahasan dalam dewan. Boleh dapatkan berita untuk tulis berita dalam blog atau FB masing-masing.

Bagaimana kalau blogger dan facebooker yang pro BN/UMNO beralih angin kepada pembangkang .........??

Gajah belum tentu mengalahkan semut tetapi semut-semut kecil boleh membunuh seekor gajah yang besar. Fikir-fikirkanlah ..........

Selasa, 29 November 2011

PAS MEMANG PARTI HARAMJADAH .......

Tambah kapsyen
Salah satu sebab kenapa aku menyampah dengan parti lidah biawak ni ialah 'cakap tak serupa bikin'. Parti syaitan dikata parti Islam, badut penipu dikata ulama dan yang halal dikata haram dan macam-macam lagi yang pelik-pelik dalam PAS ni.

Memalukan aku je mereka ni ......
Pesuruhjaya PAS Pahang bersama Nek Lampir PKR bukan main menjaja fitnah sana sini pasal Lynas. Lynas merbahaya, keluarkan radiasi, kilang nuklear, rakyat akan kena kanser dan selagi ada yang boleh dijadikan fitnah habis disebarkan merata-rata. Pada hal mereka berdua tu cuma ostad ijazah pengajian Islam dan ijazah kaunseling je. Tak ada sikit pun ilmu pasal nuklear. 

Yang bangsatnya ialah hok 2 orang PAS yang duk sama-sama mentekedarah ngan Lynas. Ulama yang disangka badut tu bukan main kata macam-macam pasal Lynas rupa-rupanya ada dua biawak PAS duk mentekedarah duit Lynas. Mereka ni nak dikira macam mana. Kalau orang Cina cakap "cakap talak selupa bikin'. Kalau dalam istilah Islamnya boleh tak dikata mereka ini munafik?

Cerita ni bukan orang UMNO yang buat tapi orang yang sokong PAS gak ....... kalau nak tau cerita lebih lanjut, baca la dalam blog Cucu Mat Kilau. Klik kat sini je ..... klik sini.

Kalau mahasiswa di IPTA atau IPTS yang menyokong PAS atau PKR
membaca seperti ini patutpun dapat PNGK bawah 2.0


Dua Individu Di Kenali Sebagai "Dr.S" Dan "Hj.Z"

Individu yang pertama dipercayai terlibat ialah "Dr.S" yang mempunyai sebuah klinik di Kawasan Perindustrian Gebeng. Atas profesionalisme kedoktorannya, kita tidak hairan beliau menawarkan khidmat panel rawatan kesihatan kepada ribuan pekerja Lynas. Malah difahamkan, beliau mendapat untung ratusan ribu ringgit sebulan untuk dua kali rawatan kepada semua pekerja kilang terbabit. Terbaru, beliau juga telah mendapat satu lagi kontrak yang bernilai jutaan ringgit daripada Lynas. Individu kedua pula dikenali sebagai "Hj.Z" yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit untuk tempoh lima tahun dengan syarikat berkenaan. 

CMK masih menjalankan siasatan rapi terhadap kontrak kedua-dua individu terbabit. Kedua-dua mereka adalah merupakan penyumbang dana terbesar kepada PAS Pahang sebenarnya. Maka itulah, kepimpinan atasan kemungkinan besar tidak mahu membuat teguran atau mengambil tindakan terhadap mereka. Malah difahamkan juga ada AJK Pemuda PAS Indera Mahkota juga turut mendapat projek yang sama. Kesemua mereka mendapat kontrak lumayan daripada Lynas, sedangkan mereka adalah ahli PAS "tegar". Walau apa jua alasannya, CMK melihat tindakan mereka ini adalah tidak wajar kerana parti PAS menentang sekeras-kerasnya projek tersebut. 

Jika PAS boleh memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli itu hanya kerana dia keluarkan kenyataan kontroversi tentang isu Lynas di TV3. Maka, sepatutnya pihak yang mendapat kontrak jutaan ringgit ini perlu juga diambil tindakan. Kenapa perlu takut laksanakan tanggungjawab. Apakah dek kerana mereka menyumbang dana kepada PAS maka mereka bebas terlibat dengan Lynas?. Jika itu keadaannya, ternyata PAS Pahang bersikap hipokrit dalam hal ini. Ia tidak wajar dan amat memalukan. Ini kerana "wang Lynas" mengalir dalam parti tersebut.


Cucu Mat Kilau keluar PKR .........

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Dahulu negara pernah digemparkan dengan tindakan ‘berani mati’ seorang ahli lelaki Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencium penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di khalayak ramai yang pada masa itu memakai penyokong leher.

Sejarah individu itu sebagai penyokong tegar Anwar yang juga seorang penulis blog dengan nama komersialnya, Cucu Mat Kilau (CMK) atau nama sebenarnya, Mohd. Shukri Mohd. Ramli,kini tinggal sejarah apabila akhirnya beliau memutuskan untuk meninggalkan parti itu.

CMK yang pernah bertanding mewakili PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, telah menghambakan dirinya lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan parti itu bersama-sama dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor.


CMK di dalam blognya, www.cucumatkilau.blogspot.com menegaskan bahawa tindakan keluar PKR bukanlah satu keputusan bijak, namun demi meneruskan perjuangan beliau rela membebaskan diri daripada parti itu.

“Akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong tegar PKR lain.

“Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010,” katanya.

Dakwa beliau, budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR tersasar, walau dinafikan namun itulah hakikatnya.

“Semuanya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

“Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. 

“Kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar ‘pantang’ selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO dahulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan pimpinan tertinggi PKR, CMK berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang sepatutnya bertindak secara bebas, adil dan profesional bagi mengadili pemilihan itu tidak lagi menjadi telus.

Katanya, ia sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu dan amat tidak wajar dijadikan alat yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang kononnya mahu dipertahankan oleh PKR.

“Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. 

“Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat,” katanya.

DEWAN MERDEKA KOSONG ........ PERWAKILAN UMNO BOIKOT??

Majlis Perasmian Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur berlangsung malam tadi. Perasmian tersebut telah dilaksanakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia yang dihadiri oleh Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta para perwakilan.


Eh! Ini kat Dewan Merdeka , PWTC ke! ..... bior betul ....

Dewan Merdeka tempat berlangsungnya majlis tersebut 'kosong', hanya dipenuhi oleh kerusi kosong sahaja. YAB TanSri Muhyiddin Yassin, Ahli Majlis Tertinggi yang hadir dan exco-exco Wanita, Pemuda dan Puteri menangis teresak-esak melihat kehadiran para perwakilan. 

YAB Datuk Seri Najib ketika dihubungi begitu kecewa dengan kehadiran para perwakilan UMNO dari seluruh negara. Kekecewaan DS Najib adalah kerana UMNO telah dikalahkan oleh PKR yang telah 'berjaya' menganjurkan kongresnya di Johor yang telah dihadiri oleh 200,000 orang perwakilan. Perhimpunan UMNO pula hanya dihadiri oleh kira-kira 20,000 orang sahaja,

Yang ni kat mana pulak. Kat Johor ke ...... eh! ramainya ... 200,000 orang ke tu

Dikhabarkan oleh pemberi-pemberi maklumat pro UMNO, pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP sedang mengadakan parti keraian bagi meraikan kejayaan besar mereka mengadakan kongres di Johor dan ketidakhadiran ramai perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2011.

Anwar Ibrahim, Azmin Ali serta pemimpin-pemimpin PKR hampir sasau melihat kehadiran perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO tersebut. Dikhuatiri akan berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli-ahli PKR ke dalam UMNO yang dahulu mereka benci.

Eh! Betul ke ni.....!!!! Bior betul deme ni.

Tak percaya cuba tengok kat sini ............ klik sini