Selasa, 25 Oktober 2011


DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT 
Berkelulusan :
- Ph.D (Sains Fisiologi/Kimia/Sains Nuklear), Universiti Of Lancester, United Kingdom

FUZIAH BINTI SALLEH
Berkelulusan :
- Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling, University of Reading, United Kingdom 
- Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, University of Wales, United Kingdom

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Berkelulusan : 
- B.A. in. Islamic Studies (Missionary), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor 
- M.A.(Islamic Studies and Tourism), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,Selangor.

Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berkata dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal Jun lepas : 

“Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang dibangkitkan perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr Che Rosli Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat. Dia PhD (ijazah kedoktoran) dalam bidang nuklear. Dr Dzulkefly Ahmad, bahagian keracunan. 

“Jangan rujuk kepada orang lain. Nak tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar getah. Sebelum buat keputusan, rujuk pakar kita. Saya tidak mahu ulas panjang, saya minta supaya dengar taklimat Dr (Che) Rosli tentang itu”. 

Dr Che Rosli yang meluat melihat pembohongan demi pembohongan oleh Fuziah dan pendirian yang berdolak dalik ustaz Tuan Ibrahim tentang fakta sebenar mengenai Lynas. Dr. Che Rosli konsisten dengan pendiriannya bahawa Lynas tidak merbahaya. 

Fuziah yang selayaknya menjadi kaunselor sahaja mabuk dengan laporan-laporan dari sebuah syarikat perunding milik seorang berkelahiran Malaysia tetapi menetap di Australia. Beliau tidak mempunyai ilmu mengenai nuklear, radiasi atau nadir bumi kerana ia bukan bidang pengetahuan seorang kaunselor. 

Tuan Ibrahim pula mengambil kesempatan isu Lynas untuk didagangkan dalam perebutan jawatan Muktamar Tahunan PAS ke-57 kununnya beliau menentang projek Lynas dengan harapan untuk meraih sokongan. Beliau pada awalnya tidak membantah malah siap berpesan secara bersemuka dengan pegawai tertinggi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. agar menelefonnya jika timbul isu kelak. Ini dinyatakan dalam sesi taklimat mengenai Lynas kepada 12 wakil PAS Negeri pada 29 Julai 2009, yang turut dihadiri Dr Che Rosli. 

Dr Che Rosli antara lain berkata, “Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yang dibawa, saya sendiri pantau, ‘monitor’; Lynas selamat, dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada Agensi Nuklear (Malaysia) akan pantau, AELB (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom) akan pantau…” 

Beliau juga berkata; “Yang membawa isu ini (ialah) PKR. Jadi, saya bersabar lama dan saya telah mendapat ‘warning’ daripada (Lujnah) Penerangan PAS mengatakan – ‘YB jangan buat komen apa-apa’. 

“Saya terima, tidak bercakap. Tapi tidak adil, mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senanglah”. 

Dr Che Rosli juga menyebut; “Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? ‘Radiation’lah, loji apa semua, macam-macam. Ha, dia ‘spin’ (putar-belit). Sayapun malu. Saya pun orang PAS juga”. 

Puan Fuziah sendiri pernah mengaku dalam beberapa siri ceramah anti-Lynasnya, dia banyak sandarkan hujahnya kepada laporan yang disediakan oleh sebuah syarikat perunding milik seorang berkelahiran Malaysia tetapi menetap di Australia. 

Waraskah Fuziah yang sekadar berkelulusan Ijazah Psikologi Kaunseling yang hanya bergantung laporan orang lain bagi memperlekeh hujah seorang saintis nuklear seperti Dr. Che Rosli. Sedarkah dia dengan kelulusan yang dimilikinya. 

Yang terkedepan dalam usaha mematahkan apa yang telah didedahkan oleh Dr Che Rosli ialah Ketua Penerangan PAS sendiri, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. 

Layahkah Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Master Pengajian Islam untuk menyanggah penjelasan Dr. Che Rosli .......

siri seterusnya ......

Isnin, 24 Oktober 2011

HASSAN ALI AKAN DIPANCUNG ...........

Perhimpunan Sejuta Umat yang menonjolkan Hassan Ali telah menyebabkan dewa-dewa PAS terutama Khalid Gereja sakit hati, sakit mata dan sakit otak. Mungkin mereka telah berkira-kira untuk menjatuhkan hukuman 'pancung' ke atas Hassal Ali. Tapi bagaimana dengan penyokong-penyokong PAS yang hadir? Tak nak hukum pancung jugak ke ........


Perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh Dewa Ambiga adalah perhimpunan jihad fisabilillah oleh penyembah-penyembah Dewa Ambiga. Perhimpunan ini 'difatwakan' halal dan wajib disertai. Mereka yang menyertai akan menerima balasan syurga.

<<<<<<<<<<< klik 1, klik 2, klik 3 >>>>>>>>>

Menurut Selangor Daily dalam www.selangordaily.com ........

Kelantangan Hassan Ali, iaitu mentor program ini, menjadi topik perbualan hangat kerana pendiriannya yang cukup konsisten mengakibatkan dirinya terus menjadi musuh no. 1 dalam kepimpinan PAS yang dikuasai oleh golongan Attartuk secara total. Tidak sukar untuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani telah menyakinkan Hadi Awang untuk mengeluarkan “fatwa” haram bagi ahli PAS untuk hadir ke penyatuan ummah bagi menentang agenda pemurtadan oleh harbi laknatullah. Klik sini. Klik sini dan klik lagi.

Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa Dr. Rani tidak mendapat didikan usrah PAS yang sebenarnya. Beliau hanya bersandarkan tempias pendidikan agama di luar negara, sewaktu bergelar pelajar perubatan ketika itu. Tidak hairanlah seandainya Dr. Rani meminta semua ahli PAS melupakan perpaduan ummah, kenyataan pertamanya setelah dilantik sebagai orang no.1 oleh Khalid Samad. Malah, mereka berdua secara terangan-terangan telah “melacurkan” kalimah Allah! 

Dan ketegasan Hasan Ali dalam memurnikan Islam menjadi duri dalam daging kepada 2 watak utama PAS Selangor. Rupanya, setelah dilucutkan jawatan no. 1 PAS Selangor, Hasan Ali bertambah garang, mengakibatkan Dr. Rani terpaksa menggunakan PAS Pusat untuk menghalangnya dari menurunkan ahli PAS yang pro ulama dari menyertai himpunan fisabillillah ini. 

Hasan Ali mungkin sudah bersedia untuk ber mufarakah; meninggal saf perjuangan PAS yang dilihat persis ke arah gaya Mustafa Kemal Attaturk. Perjalanan politiknya bakal menyaksikan dia berseorangan, memikul janji perjuangan oleh pemimpin-pemimpin PAS terdahulu. Mungkin ramai yang bersimpati, namun itulah hakikat Islam yang diancam oleh PAS melalui ejen-ejen Attaturk milik Anwar. 

Tahniah mu Aji sebab tak ikut 
Himpunan sejuta Umat 
Hasan Ali percaya, pemurtadan umat Islam adalah masalah ummah, dan harus ditangani bersama. PAS pula percaya, pemurtadan adalah hak asasi,asalkan beroleh undi demi kepentingan parti. 

PAS semakin jauh tersesat. Institusi Raja-Raja Melayu dicabar, hak Melayu dipertikai, negara Islam dan Hudud sekadar kosmetik. Dan kali ini, himpunan ANTI MURTAD pun “difatwakan” haram!

PAS itu DAP
DAP itu Kafir ........



Sabtu, 22 Oktober 2011

BOLEH LIWAT ISTERI ......



Barulah faham kenapa PAS sangat-sangat menyokong PKR dan membela Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh. Rupa-rupanya mereka juga suka kepada perbuatan liwat. Klik sini. Cuma bezanya mereka membenarkan meliwat isteri sendiri sahaja. Kalau PKR boleh liwat sesiapa sahaja.


.......Seksyen 14 Enakmen tersebut yang dirujuk oleh salah seorang ahli parlimen hari ini menetapkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur“. (Rujuk Seksyen 14. Liwat, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M). Klik sini
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/0/cb36901c419ea86448257385002c3dc8?OpenDocument


Seksyen 14 dengan tajuk Liwat ini menjelaskan takrifan jenayah Liwat yang dikenakan Hukuman Hudud. Menurut seksyen ini, jenayah Liwat yang akan dikenakan Hukuman Hudud tidak merangkumi keadaan di mana isteri diliwat oleh suami. klik sini. Dan klik sini.

Ganas betul puak-puak PAS ni yek ...... bini sendiri boleh diliwat. Bini orang pula boleh dikhalwat. Masyaallah ............Kena pakai cawat besi la isteri2 orang PAS yek ..... Klik sini.

PAS bukan parti Islam tapi PAS adalah Parti Ambiga Sreenivasan.

PAS tolak Himpunan Sejuta Umat = PAS tolak Islam

PAS itu DAP
DAP itu Kafir

Rabu, 19 Oktober 2011

Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut

Mustaffa bin Mat Arof bersama Syed Hamid
JR telah menerima panggilan telefon daripada Sdr. Mustaffa bin Mat Arof pada 16 Oktober 2011 kira-kira pukul 12.45 petang sejurus tiba di rumah dari Kuala Lumpur kerana menghadiri Program Himpunan Penulis Maya 2011 Bersama Perdana Menteri di KL International Hotel. Beliau menjemput ke Rest House Jerantut bagi memikir dan merancang suatu idea bagaimana untuk menyatukan pengamal-pengamal media maya ini tanpa mengira fahaman politik. 


Dalam masa yang singkat kami dapat mengumpulkan tujuh orang pengamal media maya (blogger dan facebooker) untuk berbincang dan merancang aktiviti. Perjumpaan tersebut diadakan di Rest House Jerantut kira-kira pukul 4.30 petang dan berakhir jam 6.40 petang. 

Hasil dari perbincangan tersebut, persetujuan telah dicapai untuk merancang menghimpun semua pengamal-pengamal media maya (Blogger, Facebooker dan Twitter) dengan tujuan untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat, pandangan atau idea. Bagi memeriahkan lagi perjumpaan tersebut, blogger-blogger terkenal juga akan djemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. 

Majlis tersebut dijangka akan dirasmikan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut. 

YBM Tengku telah melantik sdr. Mustaffa sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut untuk mengendalikan media baru Jerantut. Beliau juga adalah Pengerusi MAYC Kebangsaan. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di Persatuan Francais Malaysia. Mustaffa Mat Arof berkelulusan degree economics dari UUM. Pemegang Master in Information Technology dari UKM. 

Mustaffa Mat Arof segera mengambil langkah mengadakan pertemuan dengan bloggers, Facebookers, Twitters Jerantut. 

Melalui perjumpaan ini diharapkan dapat dikumpulkan seberapa ramai yang mungkin pengamal-pengamal media maya setempat.




Biro Media Baru Jerantut yang diketuai Sdr. Mustaffa bin Mat Arof menjemput semua penulis-penulis maya (blogger, Facebooker dan Twitter) hadir ke Majlis Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut. Majlis tersebut akan diadakan pada 26 Oktober 2011 jam 4.30 petang di Rest House Jerantut.


**** Kepada penulis-penulis maya Jerantut, sila sebarkan kepada sahabat-sahabat penulis maya Jerantut untuk hadir ke majlis tersebut.