Sabtu, 27 Ogos 2011

KOMUNIS FAHAMAN BARU PAS ....... ????


 Betul ke parti PAS akan menukar fahaman parti kepada fahaman komunis .....?? Kalau mengikut cerita Mat Sabu yang mengangung-agungkan komunis seolah-olah PAS akan menukar faham kepada fahaman komunis lebih-lebih lagi sejak berkawan dengan DAP.


Mat Sabu adalah ayam laga kesayangan DAP. Kalau tak masakan bil hospital Mat Sabu masa terpukang kat  KPJ Selangor Specialist Hospital BEERSHIT 2.0 berjumlah RM8,434.05 dibayar oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) Sdn Bhd. (klik). Atas arahan siapa Pengurus Besar PBA Pulau Pinang iaitu Ir. Jaseni bin Maidinsa berani mengeluarkan cek untuk membiayai rawatan Mat Sabu yang menyertai perhimpunan yang diistiharkan HARAM.



TAPI dalam hal Mat Sabu ni, adakah wajar PBAPP membayar bil hospital sedangkan Mat Sabu cedera semasa mengikuti aktiviti yang telah nyata salah di sisi undang-undang?

Mahkamah telah pun mengeluarkan Restriction Order yang menjelaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram. Makanya sesiapa pun yang menghadirinya bermaksud telah melanggar undang-undang termasuklah Mat Sabu..

Mengikut Faedah Perubatan 26.4 PENGECUALIAN (b) "Sebarang perbelanjaan yang bersangkitan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan Pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya"

Kalau polisi jelas mencatitkan seperti di atas, kenapa Mat Sabu mendapat pengecualian? Apakah istimewanya Mat Sabu kepada PBAPP?

DAP sedang merekrut Mat Sabu dengan ideologi komunis?? Dulu mereka (PAS) telah membuang perjuangan menegakkan negara Islam (klik). Adakah mereka bertujuan untuk menukar fahaman parti PAS kepada fahaman komunis???

TENTERA, POLIS, BEKAS POLIS DAN BEKAS TENTERA ADALAH PENJAHAT.....??




'LEMBU PUNYA SUSU SAPI PUNYA NAMA' ...... Komunis pejuang negara menakala tentera adalah penjahat negara ...... hadiah sempena syawal dari Mat Sabu untuk Tentera dan bekas-bekas tentera.

Inilah kebaikkan yang korang dapat daripada menyokong PAS. Gelaran Penjahat yang Mat Sabu bagi korang. Sia-sia korang hilang kaki, tangan dan lumpuh sumur hidup keran...a perjuangan korang adalah perjuangan seorang penjahat negara.



Siapa suruh sokong PAS.

Penat-penat korang berjuang untuk pertahankan negara, last-last pengganas komunis juga yang dipuji Mat Sabu.

Agaknya, apa perasaan polis, tentera, bekas polis dan bekas tentera dalam PAS. Adakah mereka marah dan bangkang apa yang Mat Sabu cakap atau mereka suka dan sokong sepenuh hati.

Walaupun aku bukan polis atau tentera tapi terasa begitu mendidih rasa marah dengan kata-kata Mat Sabu. Polis dan tentera begitu besar jasanya kepada negara. Kerana pengorbanan merekalah aku dan juga rakyat Malaysia dapat hidup aman dan bebas ke mana sahaja dengan selamat.

Di manakah maruah dan harga diri mereka yang selama ini sentiasa dibaluti uniform polis atau tentera?? Tidakkah mereka merasa begitu hina apabila dilabel sebagai penjahat atau pengkhianat negara oleh Mat Sabu??? 

Kalaulah polis, tentera, bekas polis dan bekas tentera pun masih sokong cakap Mat Sabu, memang bodohlah polis, tentera, bekas polis dan bekas tentera yang menjadi penyokong PAS. Wala' tak bertempat.

*Siapa suruh lantik orang tak habis sekolah jadi Timbalan Presiden.

Adakah Parti PAS kini telah menukar fahaman parti kepada fahaman komunis. Mungkinkah ini sebabnya mereka telah membuang perjuangan menegakkan Negara Islam......????

http://kerispusakabangsa.blogspot.com/2011/08/mat-sabu-hina-pejuang-kemerdekaan.html
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/08/bukit-kepong-mat-sabu-sokong-komunis.html

Rabu, 24 Ogos 2011

SEORANG LAGI MANUSIA BANGSAT PENYEBAR FITNAH .........??


Apa kelulusan, kepakaran dan kredibiliti awak nak membuat keputusan dan menyebarkan fitnah tentang isu Lynas. Kalau Sekadar kerja di kedai buku tak perlulah ulas macam awak seorang pakar nuklear.

Hari ini seorang pakar nuklear yang juga YB Parlimen PAS iaitu Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor berkata :

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Ostad Suhaimi awak jangan la jadi seperti ular lidi nak jadi naga .......... kalau ilmu tak ada jangan la bercakap dan menyebarkan fitnah seperti awaklah seorang yang sangat bijak dan mengetahui segala2nya.

Banyakkan buat pahala ostad.Tak terpikul nanti dosa fitnah yang ostad buat. Dr Che Rosli Che Mat, seorang saintis nuklera dan lebih bijak serti kelulusannya lebih tinggi daripada awak ....... orang Pahang kata ..."kado ke diri la siapa awak tu....."

Mana2 rakyat yang macam ular sawa ...... menelan apa saja bulat2, gunalah akal fikiran yang Allah berikan. YB Fuziah dan Ostad Suhaimi ni hanya menyebarkan fitnah sahaja. Cubalah tonton dan dengar sendiri daripada Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor. Dia bukan orang UMNO tetapi orang PAS.

Klik di sini ....... http://www.tv3.com.my/beritatv3/laporan_khas/Lynas_Selamat_Penduduk_Disajikan_Maklumat_Palsu.html

Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad berkata ......

Yang pertama sekali kita bincang persoalan tentang mengapa kita lawan dan kita tentang Lynas diantara sebab kita lawan Lynas yang nak dibuka di Gebeng Kuantan, Yang pertama kita ada sejarah hitam di Bukit Merah, negeri Perak, apabila kilang yang memproses 'rare-earth' dibuka beroperasi pada tahun 1982 dan kesan daripada itu kita boleh lihat bagaimana penduduk menerima kesan selepas beberapa tahun kilang itu beroperasi.

Walaupun pada ketika itu menteri katakan bahawa (ia) selamat, kemudian jabatan atom yang ditubuhkan pada (tahun) 1895 juga berkata (ia) selamat tapi hakikatnya penduduk terpaksa berhadapan dengan 1 masalah kesihatan yang sangat serius sehingga adanya lahir bayi yang cacat, kemudian Leukemia dan plumbum, beracun dalam darah dan sebagainya .

Kemudin yang kedua ialah, kita dapati bahawa ada maklumat yang tak telus dalam isu yang lain (berkaitan). Dalam EIA ataupun laporan alam sekitar lansung tidak menyebut bagaimana pengurusan sisa 'thorium', sisa yang dihasilkan daripada pemprosesan 'rare-earth' ini tidak diberitahu. Banyak mana 'rare-erath' itu nak diproses di Gebeng juga tidak di beritahu, sisanya banyak mana pun tidak diberitahu. Cuma kita mendapat maklumat rasmi daripada parlimen Australia, prosesnya (rare-earth) akan berilaku dalam (kuantiti) 22,000 ribu tan dan akan menghasilkan sisa berjumlah 2,200 tan setahun.

Cuba bayangkan kalau sisa itu berkumpul sehingga 20 tahun dia ia akan membawa satu bencana yang besar kepada masyarakat, dan sehingga hari ini kita dapati bahawa masalah pengurusan sisa ini pun todak ada (keputusan) muktamad. Pengarah Jabatan Atom, YM Raja Aziz memberitahu bahawa sisa (thorium) tidak ditinggalkan disini. sedangkan CEO Lynas yang datang dari Australia singgah di Kuala lumpur baru ini. menyebut bahawa sisa ini, telah mendapat keizinan daripada kerajaan Malaysia, untuk (ia) ditinggalkan disini buat selama-lamanya .

Kemudian yang ketiga kenapa Lynas yang datang beroprasi disini, dia menggunakan 'standard' piawaian negara China (dan) tidak mengunakan piawaian negara Australia, sebagaiamana (sedangkan) dia (Lynas adalah sebuah) syarikat (dari) Australia. Dalam piawaian Australia kita dapati bahawa kerajaan Australia telah meletakkan syarat (kedudukan kilang) 35 km jauh dari penempatan manusia..tapi hari ini kita lihat apabila dia mengambil piawaian China, kedudukan kilang ini (letaknya) 2 km (daripada) ada Taman Perumahan (iaitu) Balok Perdana, Balok Makmur dan perkampungan yang lain. yang bila kita kita lihat perkampungan itu yang (letaknya) di sekiling kilang ini. jumlah penduduk yang ada dalam sekitar 5 hingga 10 km. ada (kira-kira) 16 ribu (orang) penduduk.

Kemudian bila kita check (semak) dalam internet, antara wilayah yang terkesan dengan pemprosesan 'rare-erath' ini ialahi adalah Bota, di negara China dekat dengan Mongolia dan kita dapati bahawa NGO alam sekitar (disana) mengisytiharkan air tidak boleh untuk digunakan untuk manusia, untuk haiwan, tumbuhan, dan inilah yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini. (kita harap) agar ini tidak berlaku kepada negara kita pad hari ini. Sebab itulah hari ini kita menentang penubuhan Lynas dan kita menggerakan pelbagai cara untuk memastikan bahawa kilang ini tdak beroperasi.

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3529:tentang-lynas-demi-anak-cucu-kita&catid=36:berita-nasional&Itemid=84tatv3/laporan_khas/Lynas_Selamat_Penduduk_Disajikan_Maklumat_Palsu.htmlhttp://www.tv3.com.my/beri

MENGAPA RAKYAT BEGITU BODOH MENERIMA SAHAJA FITNAH FUZIAH .........




Bangsat lu Fuziah. Lu apa class dan kelayakkan mau cakap pasal nuklear. Lu saintis nuklera ke. Lu ada kredibiliti ke. Lu sudah tua. Ingat dosa dan pahala. Dunia hanya sementara buatlah kerja-kerja yang boleh menambah pahala ......... Pemfitnah Kepada Rakyat (PKR)

Sebahagian rakyat pula begitu bodoh menerima apa saja yang beluar dari mulut nenek lampir Fuziah ini. Agaknya kalau Fuziah kata taik saya ini sedap dimakan, rakyat yang bodoh ini juga akan memakan taik Fuziah ........ sebab itu kita perlu memilik dan menguasai ilmu bukan menjadi pak turut sepanjang hayat yang akhirnya akan ditipu oleh manusia bangsat seperti Fuziah dan kawan-kawannya ...........

Menegakkan kebenaran di sebalik fitnah dan pembohongan.


Itu yang dicari sampai ke lubang cacing wartawan Karam Singh Walia berhubung perancangan cukup rapi ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memutarbelitkan fakta mengenai kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.

Segala-galanya terbongkar melalui pendedahan 2 saintis nuklear negara yang juga orang kuat PAS.

Ikuti laporan ini.

Inilah respon yang diidamkan ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bermain dengan emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.

Mungkin itu budaya dan strategi politik yang disemai parti terbabit demi meraih sokongan penduduk setempat.

Lebih-lebih lagi apabila fakta dan maklumat sah diputarbelitkan Fuziah untuk menakutkan warga Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran radiasi yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.

Atas kesedaran itu, 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar.

Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear.

Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu.

Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

Dr Che Rosli Che Mat: "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa."

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat.

"Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment."


Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."

Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang.

Karam Singh Walia, TV3.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/laporan_khas/Lynas_Selamat_Penduduk_Disajikan_Maklumat_Palsu.html