Jumaat, 27 Mei 2011

ULAMAK PAS MASUK UMNO

Golongan ulamak di dalam PAS sudah tidak diperlukan lagi, mengapa ......??

Hanya di Malaysia sahaja golongan ulamak PAS sahaja yang melaung-laungkan kononnya hanya mereka sahaja yang layak menjadi pemimpin. Kononnya merekalah yang arif dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan sesuatu organisasi atau sesebuah negara. Mungkin dari segi ilmu agama mereka lebih daripada orang lain tetapi dari segi ilmu pentadbiran, politik, pengurusan kewangan, ekonomi dan sebagainya selain dari bidang agama mereka boleh dikatakan hampir tiada ilmu tersebut.

Bagaimana kalau Nik Aziz menjadi Perdana Menteri Malaysia menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris. Sudah tentu dia memerlukan seorang penterjemah untuk berkomunikasi dengan pemimpin negara-negara lain.

Kalau tak beribu, agaknya beratus Ayatullah dan Hujjatul Islam di Iran. Ayatullah dan Hujjatatul Islam di Iran lebih tinggi kedudukannya dari ulamak di Malaysia atau secara khususnya dalam Pas. Jika tidak, mungkin sama taraf antara Ayatullah Iran dengan ulamak Malaysia kot.



Tetapi mengapa Ahmadenejad yang di pilih sebagai Presiden Iran. Konsep kepimpinan Ulama di Iran lagi hebat dari konsep kepimpinan Ulamak dalam Pas. Malah Pas memang meniru konsep dan semangat kepimpinan ulamak dari Iran itu. Tak ada Ayatullah atau Hujjatul Islamkah yang lebih layak menjadi Presiden Iran sehingga rakyat rakyat Iran terpaksa memilih Ahmadenajad yang tidak bertaraf ulama itu. Mengapa?

Rabu, 25 Mei 2011

Berdosa Menyokong PAS?

24 May 2011 10:28PM


Saya ditanya oleh seorang rakan, mengapa saya mendakwa bahawa menyokong PAS untuk menentang kerajaan UMNO/BN yang memimpin pada hari ini merupakan perbuatan dosa. Maka, saya menjawab secara spontan - "Sesungguhnya Rasulullah melarang umatnya menentang pemerintah Islam, sekali pun terdapat kezaliman dalam pentadbirannya. Selagi pemerintah Islam tersebut mengerjakan solat dan tidak menyuruh rakyat mensyirikkan Allah, maka adalah wajib bagi rakyatnya untuk taat dengan pemerintah Islam yang sedia ada, sekali pun mereka zalim. Perbuatan para pemimpin PAS yang menghina, mengaib, mencari-cari dosa pemerintah dan memburuk-burukkan kerajaan Islam UMNO/BN adalah perbuatan zalim dan akan diadili oleh Allah kelak. Ini bukan cara dan kaedah Islam. Lantaran itu, saya pertahankan kenyataan saya tersebut dengan hujah-hujah saya di bawah ini. Semoga Allah membukakan hati kita kepada kebenaran.

Selasa, 24 Mei 2011

Harga Minyak ....

Pendokong-pendokong parti Pakatan Rakyat@Peribadi Rosak membandingkan harga minyak di Malaysia dan Negara Arab. Contohnya : Malaysia dibandingkan dengan Qatar. Sebab itu suruh belajar rajin2 supaya boleh membezakan sesuatu, mana yang betul dan mana yang salah. Bukan mengikut cakap penipu tanpa berfikir dengan akal yang waras.


Pihak pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang terletak di atas kolam minyak dan mempunyai bilangan penduduk yang sedikit serta kadar perkapita yang tinggi. Patutkah membandingkan Malaysia dengan Qatar? Di sini saya sertakan sedikit fakta mengenai kedua-dua negara tersebut. Jadi gunalah akal dan fikiran yang waras dan pertimbangan yang sewajarnya sebelum menerima provokasi dan fakta-fakta yang dangkal yang tidak dinyatakan sumber rujukannya. Untuk mengetahui lebih lamjut fakta kedua-dua negara tersebut, anda boleh melayari 2 pautan laman web yang saya sertakan di bawah sebagai sumber rujukan.

Selasa, 10 Mei 2011

Mereka memang suka mencaci, memaki dan menghina .....???


Memaki, mencarut, mencerca dan melabel dengan nama-nama hina memang telah sebati dalam diri baik pemimpin atau penyokong pembangkang terutama PAS. Dalam Facebook saya sering dimaki, dilabel dengan nama-nama hina seperti anjing, babi atau Yahudi. Saya suka sahaja sebab yang berkata-kata begitu bukan penganut ajaran Islam sebenar.


KUALA KRAI: Beberapa penyokong Pas melemparkan kata-kata kesat terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika beliau melawat sebuah pusat mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika Muhyiddin meninjau perjalanan pengundian di pusat mengundi di Chuchoh Puteri manakala dalam lawatannya ke lima pusat mengundi lain, beliau dilemparkan dengan kata-kata bersifat provokasi.