Khamis, 31 Mac 2011

SIAPA CAKAP ORANG ISLAM TAK MAKAN BABI????

Saya pernah berbual dengan rakan berbangsa Cina mengenai binatang yang dikategorikan najis kepada penganut agama Islam iaitu khinzir@babi. Katanya, siapa cakap orang Islam tak makan babi? Memang betul orang Islam tak makan daging babi, tak makan sup babi, tak makan babi salai atau daging babi goreng tetapi syarikat-syarikat milik orang bukan Islam menggunakan beberapa unsur daripada babi seperti lemak sebagai salah satu bahan dalam produk yang dikeluarkan terutamanya produk makanan.

Cuba anda layari laman web ini ........

http://apanyangku.wordpress.com/?pages-list



Selasa, 22 Mac 2011

LIBYA : Umat Islam terus memperbodohkan diri .........

Rakyat Libya yang menentang pemerintahan Presiden Muammar Gaddafi begitu teruja dan meraikan serangan tentera salib menyerang negara mereka dengan penuh kegembiraan. Mungkin mereka beranggapan kesengsaraan mereka di bawah pimpinan Gaddafi akan berakhir.

Rakyat Libya begitu gembira merayakan serangan tentera salib ke atas negara mereka sendiri

Tidakkah mereka mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Iraq? Rakyat Iraq begitu gembira, malah ada yang melakukan solat dan sujud syukur dengan serangan yang telah dilakukan oleh tentera salib ketika pemerintahan Saddam Hussein yang dikatakan pemerintah zalim dan kuku besi. Pesta-pesta dijalanan disambut dimerata-rata tempat untuk meraikan 'kemerdekaan' yang dihadiahkan oleh tentera salib. Tapi setelah sekian lama iaitu hampir 9 tahun Saddam digulingkan, apakah yang mereka kecapi kini?

Isnin, 28 Februari 2011

PENDUDUK KERDAU TAK PERLUKAN ULAMA ......???

HINANYA PENDUDUK KERDAU BILA ULAMA' PAS MENGATAKAN KERDAU TIDAK PERLU WAKIL RAKYAT BERPENDIDIKAN AGAMA .........



Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau tidak memerlukan seorang wakil rakyat yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi.

Sebaliknya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masyarakat DUN Kerdau lebih memerlukan pemimpin di kalangan golongan profesional bagi memastikan pembangunan di kawasan berkenaan dapat dijalankan secara berterusan.

"Keperluan dalam DUN Kerdau ialah calon profesional, calon yang mampu berdepan dengan masalah pembangunan dan kepincangan, (mereka mahu) calon begitu," katanya pada sidang media harian di markas PAS di sini, Isnin.

Jumaat, 19 November 2010

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM


BAHAGIAN 1 : YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

1.1        PAS PARTI SERPIHAN

PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO. Apabila ketuanya Tuan Haji Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku bagi merebut  jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951 , ia keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951 , iaitu PAS.

1.2        PENYERTAAN PAS DALAM BN

PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 mei 1969. Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 PAS menyertai Barisan Nasional. Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu di dalam pembangunan Negara, PAS turut menyokongnya. Apabila PAS keluar daripada Barisan Nasional dalam tahun 1977, perjuangan membela bangsa melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS , kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.